RINDU | HEESEUNG

157 13 4
                                    

Heeseung as Hazer Aiman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Heeseung as Hazer Aiman

You as Nurin

< Vote & comment >

_____

"Nurin, awak boleh tak bawak bersabar. Cukuplah merengek.. Saya banyak kerja nak buat"

"Macam mana saya nak sabar kalau awak tak tunaikan permintaan saya" Nurin memandang Hazer geram. Rasa nak tarik je rambut dia.

"Awak nak apa? Rasanya semua benda saya dah bagi. Takkan tak cukup lagi?"

"Saya nak ibu saya"

Hazer lepaskan keluhan. Rambutnya diselak ke belakang.

"Sayang, ibu awak dekat sabah, kita pulak duduk KL. Awak ingat Sabah tu dekat ke? Nanti saya cuti kita baliklah"

Nurin geleng kepalanya. Dia tidak kira, kehandaknya harus ditunaikan juga.

"Saya tetap nak balik rumah ibu. Kalau awak tak nak ikut, bagi duit dekat saya. Biar saya balik sorang"

"No, saya tak boleh lepaskan awak balik sorang. Bahaya"

"Dah tu, ikutlah saya"

Lama Hazer diamkan diri. Fikirannya kusut. Patutkah dia tunaikan permintaan Nurin walaupun kerjanya masih banyak di pejabat.

"Lamanya awak fikir.. Bagi je lah duit de-"

"Saya ikut awak balik"

;

"Assalamualaikum ibu" Nurin berlari anak masuk dalam rumah. Nampak saja susuk tubuh ibunya, terus wanita separuh abad itu didakap erat seperti tiada hari esok.

"Waalaikumuasalam, kenapa balik tak bagitahu dulu? Ibu tak buat persiapan apa pun" balas ibu lalu membalas pelukan Nurin.

"Tak apa ibu. Nanti Hazer bawak ibu pergi beli barang" celah Hazer sambil membawa bagasi masuk ke dalam rumah.

"Kamu takde kerja ke Hazer?"

"Saya cuti demi isteri tercinta" balas Hazer sambil kerling ke arah Nurin.

"Jangan ikut sangat cakap anak ibu ni. Nanti naik lemak"

"Ishhh ibu ni. Tak baiklah" Nurin mencebik bibir lalu menjeling ibunya.

"Betul lah apa yang ibu cakap. Kamu tu mengada-ngada, video call ada. Nak jugak balik kampung.. Tak kesian ke dekat suami kamu?"

"Alaaa buat apa nak kesiankan dia. Hazer kan lelaki, hero kena kuat"

"Eh apa kena mengena awak ni" dahi Hazer berkerut

"Ishhh dahlah.. Saya nak masuk bilik, nak tidur" balas Nurin lalu berjalan masuk ke bilik tidur sambil mencebik bibir.

PUZZLE PIECE | ONE SHOT Where stories live. Discover now