breath | Jungwon

77 8 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Play this song)

Yang Jungwon as Jungwon
you as Mia

_____

"Sayang, bangun"

Aku bukak mata lalu memandang wajah Jungwon. Tidak lama selepas itu mataku beralih ke arah tingkap, melihat cuaca di luar.

Hujan.

"Dah pukul 2 petang ni. Cepatlah bangun, pergi mandi"

Aku mendiamkan diri. Terasa begitu malas untuk bergerak.

"Sayang"

"Hmmmm"

"Awak penat ke?"

Lama aku mendiamkan diri sebelum aku angguk kepala.

Ya, aku penat walaupun tidak lakukan apa apa.

"Jom, saya bantu awak mandi" balasnya lalu dukung tubuhku pergi ke bilik air.

"Awak duduk sini, saya pergi ambil baju awak" balasnya lalu membiarkan aku berada dalam tab mandi bersama air panas yang membasahi seluruh tubuhku.

"Jungwon, lama lagi ke?" jeritku apabila dia mula hilang dari pandangan aku.

"I'm coming!" balas Jungwon lalu masuk dalam bilik air bersama baju aku di tangannya. Baju itu dia letak atas rak sebelum mendekati aku.

"Awak takut saya tinggalkan awak ke?" soalnya sambil shampoo rambutku.

"Takut" balasku sepatah

Jungwon tersenyum nipis lalu cium pipiku lembut.

"Saya tak akan tinggalkan awak. Saya ada je dekat sini"

Aku mengetap bibir. Menahan perasaan sebak di dada. Kenapa lelaki ini terlalu baik untuk aku.

Aku gagal dalam menjadi pasangan yang sempurna untuknya, tetapi dia terlalu sempurna bagiku.

"Haaa mula laa tu nak berangan. Jangan biarkan fikiran awak melayan, saya ada depan mata awak ni. Tengoklah muka saya"

Aku dongak kepala memandang Jungwon.

Yaa, aku harus pandang dia dan lupakan segala kesakitan.

_____

Tidak.

Perkara itu tidak terjadi. Aku mula berfikir negatif. Berfikir tentang segala perkara yang pernah menyakiti perasaan aku.

Salahku sebab kematian ibu.

PUZZLE PIECE | ONE SHOT Where stories live. Discover now