7 Days | Yang Jungwon

63 6 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang Jungwon as Danish
You as Dhia Eryna

_____

Dhia membuka matanya apabila cahaya lampu menembusi matanya. Padangan pertama yang dilihat ialah seorang lelaki duduk disampingnya sambil membaca surah yasin.

Dhia mendiamkan diri, mendengar setiap alunan ayat suci yang dibaca oleh lelaki itu. Lama dia mendiamkan diri sehinggalah lelaki itu simpan yasin tersebut di dalam meja.

"Sedapnya suara awak" puji Dhia

Lelaki itu terpaku saat mendengar suara Dhia. Matanya mula berair menunggu masa untuk membasahi pipinya.

"Syukur, awak dah sedar" lelaki itu tunduk sedikit tubuhnya lalu mencium dahi mulus Dhia

Seluruh badan Dhia membeku.

Siapa lelaki ini?

Kenapa dia begitu berani mencium aku?

"Awak siapa?" soal Dhia polos

"Saya suami awak, Danish" balas lelaki itu lembut

"Ouh.. Maaf.

Saya tak ingat awak siapa"

Danish geleng kepalanya. Bibirnya masih tersenyum manis.

"Saya tahu awak tak ingat saya. Tapi saya jamin, hati awak mesti ingatkan saya"

Tangan Dhia naik mengusap dadanya. Perasaan gementar menguasai diri. Seakan lelaki di hadapannya kini memang benar cinta sejatinya.

"Boleh ke saya percayakan awak?"

"Mestilah boleh. Kita ada anak"

"Anak?" soal Dhia hairan

"Yaa, anak kita. Daniel Aqeel"

"Mana dia sekarang?"

Danish mendiamkan diri buat sementara waktu sebelum menjawab soalan Dhia.

"Dekat syurga, sayang"

Tanpa dipinta air mata Dhia terus jatuh membasahi pipinya. Walaupun dia tidak ingat namun sakitnya begitu mendalam.

Terbayang wajah gembira Danish ketika dia mengandungkan Daniel.

"Saya ke punca Daniel pergi?"

Danish geleng kepalanya. Rambut Dhia diusap lembut.

"Tidak. Daniel pergi kerana tuhan sayangkan dia, lagipun awak patut gembira. Syurga awak menanti di sana"

PUZZLE PIECE | ONE SHOT Where stories live. Discover now