Bab 4
Hari ini merupakan hari yang sangat penting untuk diri aku kerana hari ini merupakan hari interview aku setelah sekian lama aku belajar dengan tekunnya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang seni bina landskap. Aku dengan penuh tekad dan semangat aku melangkah masuk ke bangunan di mana aku bakal interview.Assalamualaikum pak cik boleh saya tanya dekat mana tempat yang bakal interview. Ujar aku kepada pak cik yang menjaga pintu bangunan ini. Cik nak interview jawatan apa bidang apa?”, soal pak cik itu. Saya nak interview bidang seni bina landskap dan jawatan arkitek landskap”. Tutur aku dengan penuh semangat dan ceria. Oh kamu tersilap hari ini kalau nak interview bidang ini esok sebab hari ini interview untuk bidang kewangan”, ujar pak cik itu. Esok untuk bidang seni bina landskap! Kiranya saya tersilap hari lah ini. Tak apalah pak cik saya balik dulu esok saya datang balik”, ujar aku dengan cepat. Macam mana aku boleh tersilap hari ini sudahlah tempat itu ramai orang. Buat malu muka aku saja”. Bisik aku perlahan.
Tiba-tiba saja aku merasakan badan aku tidak seimbang dan aku terjatuh. Aduhh... macam mana aku boleh tersandung bata pula ini”. Ujar aku. Ehh... bata? Siapa pula letak bata dekat tengah jalan pula ini. Bebel aku seorang diri sambil mengambil bata itu untuk diletakkan di tepi jalan. Setelah beberapa minit aku berjaya mengalihkan bata-bata tersebut aku mula hendak melangkah tiba-tiba saja ada suara yang menjerit.Cik hati-hati. Aku terus menoleh ke belakang untuk melihat siapa tiba-tiba ada sebuah kereta yang memecut laju ke arah aku. Tiba-tiba saja seseorang terus menarik aku sehingga aku berada di dalam dakapan seseorang. Cik ok?”, soal suara tersebut. Saya ok. Apa yang berlaku ini?”, soal aku dalam keadaan terkejut dengan masih keliru tak faham apa yang sedang berlaku. Tadi waktu saya lalu dekat sini saya ada tengok ada sebuah kereta, kereta itu nampak mencurigakan sebab itu saya menjerit bagi tahu cik suruh hati-hati dan saya nak minta maaf sebab tarik cik sehingga cik...” Tutur suara itu lagi dengan menggantungkan ayat terakhirnya.
Aku melihat kereta yang dimaksudkan kereta itu terus memecut laju. Kereta siapa pula itu? Kenapa dia nak langgar aku atau dia tidak sengaja?”, fikir aku sendiri. Cik?”, soal suara itu lagi mungkin kerana dia melihat aku membatu dekat situ dan masih berada dalam pelukan dia lagi. Hello cik dengar tak?”, soal dia lagi. Ya saya dengar”, ujar aku. Aku yang masih berfikir sendiri. Aku baru sedar yang aku masih berada di dalam dakapan dia. Terus aku menjauh satu meter.
Erhh... sorry saya tak bermaksud nak. Belum sempat aku nak habiskan ayat suara itu terus memotong. Tak apa cik saya yang patut minta maaf ”, tutur dia. Apa pula encik nak minta maaf tak apa saya ok lagi pun encik nak selamatkan saya”, ujar aku. Tiba-tiba saja aku melihat wajah lelaki itu aku baru perasan yang aku macam pernah nampak lelaki itu tapi dekat mana? Aku berfikir sejenak. Ok sudah dapat lelaki ini yang pernah tolong aku waktu aku kena ragut pada bulan lepas ke aku yang salah mungkin peladuk dua serupa mungkin tetapi aku rasa tak salah kalau aku nak tanya kan lagi pun tak rugi kalau aku nak tanya bukannya kena bayar duit pun betul tak”, bisik aku sendiri.
Tunggu sekejap boleh saya tanya kita pernah jumpa ke? Encik pernah tolong saya ke sebelum ini? Encik pernah tolong saya kan waktu saya kena ragut dulu?”, ujar aku bertalu-talu. Ya kita pernah jumpa dan betul saya yang tolong cik dulu waktu cik kena ragut dulu”, ujar lelaki itu. Encik boleh saya tanya encik nama apa?”, ujar aku. Nama saya... tiba-tiba telefon lelaki itu berbunyi menandakan ada panggilan untuk diangkat. Lelaki itu mengangkat panggilan itu sambil berlalu pergi meninggalkan Reesa sendiri. Cis... baru nak tahu nama apa kacau duit betul lah panggilan itu. Mungkin bini kot yang telefon sebab dia terus jalan saja. Tak apalah mungkin tak ada rezeki nak tahu nama dia”, ujar aku dengan positif dan aku mula beredar dari situ.
YOU ARE READING
Truth Or Death
RomanceKisah perjalanan hidup seorang gadis yang ingin mencari kebenaran atas kematian ahli keluarga disebabkan seorang lelaki misteri yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Yang menyebabkan dirinya diselimuti rasa kesedihan takut marah yang melampau...