Bab 5
Reesa kau tak boleh macam ini kau kena juga buat report polis. Kau tahu tak ini kes stalker. Macam mana kalau orang ini ada niat tak baik dekat kau.”, tutur Riana dengan riak wajah paniknya.Bukan aku tak nak report. Macam mana kalau orang itu nak main-main saja. Atau ini untuk orang lain nama saja yang sama dengan aku, tak pun tersalah alamat. Aku tak naklah besar-besarkan cerita. Lagipun ini tak bermakna orang itu ada niat jahat sebab dia tulis be careful saja itu tanda orang itu tak ada niat yang tak baik. Kita fikir positive dahlah”, ujar aku dengan yakin kerana aku tak nak Riana berfikir sangat pasal hal aku. Ini pun aku bagitau dia sebab aku nak share.
Aku bukan apa aku takutlah kalau jadi apa-apa dekat kau. Aku tak nak sesuatu menimpa kau nanti. Reesa please report polis nanti pasal ini. Andai kata kau takut nak pergi balai polis seorang-seorang tak apa aku boleh teman kau. Please report Reesa ”, tutur Riana cuma untuk memujuk aku pergi buat report polis.
Nantilah aku fikirkan macam mana. Ok?”, ujar aku. Riana aku nak cerita dekat kau ini waktu aku pergi interview itu. Kau nak tahu aku jumpa siapa”, ujar aku untuk cuba mengubah topik.
Siapa dia ceritalah aku nak dengar”, tutur Riana dengan teruja nak dengar cerita aku. Yes berjaya pancing dia nak ubah topik”, bisik aku dalam hati.
Waktu aku interview aku jumpa orang yang tolong aku waktu aku kena ragut beberapa minggu yang lepas. Dia yang interview aku time itu serius handsome gila mamat itu time interview aku hari itu tambah pula dengan berpakaian pejabatnya aura karisma dia meningkat 100%. Bila dengar suara dia boleh cair hati weii... waktu hari yang dia tolong aku dia macam nak cepat so aku pun tak berapa nak ingatlah suara dia”, ujar aku dengan bersungguh-sungguh biasalah kalau bab-bab lelaki handsome ini aku memang cepat gatal sikit aku ini hihih... tapi tak selalu ok aku kalau jumpa Riana perangai gatal miang itu memang akan keluar sebab Riana saja yang boleh layan perangai ini.Seriously aku rasa itu jodoh kaulah sebab ini dah tiga kali kau jumpa dengan dia. Lepas ini kau jangan lupa panggil aku datang makan nasi minyak kau”, tutur Riana dengan gembiranya maklumlah dia tak sabar nak makan nasi minyak.
Dia ini kalau kes macam ini dia nombor satu. Suka-suki dia jelah nak pasangkan aku dengan siapa-siapa saja yang aku baru jumpa”, bisik aku didalam hati. Kau tak payah nak jodohkan aku. Ini bukan kali pertama kau duduk jodohkan aku. Waktu belajar dulu pun kau boleh nak pergi jodohkan aku dengan siapa entah mana dia datang, maklumlah waktu itu aku selalu dapat surat dari orang mana entah. Bila teringat balik lawak pun ada Riana jadi poswomen tak berbayar. Kalau ada surat dialah yang tolong bagi dekat untuk aku. Biasalah kebanyakkan orang yang nak dekat aku tak berani nak datang menyapa atau bagi surat sendiri diorang kata aku ini garang dengan menakutkan yang aku pelik itu diorang nak dekat aku tapi takut dengan malu bukannya aku ini makan orang aku pun makan nasi juga macam orang lain.
Reesa ini ada surat untuk kau”, tutur Riana. Siapa pulalah kali ini”, bisik aku. Riana hulur sepucuk surat untuk aku. Surat itu bertukar tangan dengan aku. Lalu aku membuka sampul surat itu tiba-tiba saja bedak habis jatuh atas baju aku. What...! Ini zaman mana lah pula yang letak bedak dalam surat ini habis baju aku sudahlah nanti aku kena pergi kelas pukul dua nanti”, marah aku sambil tangan sibuk duduk sapu bedak untuk hilangkan bedak dari baju. Reesa janganlah marah nanti kita balik tukarlah lagipun bukannya kau duduk rumah sewa kena apa kau kan duduk asrama so relax lah”, tutur Riana cuba untuk meredakan kemarahan aku. Ok fine”, ujar aku sambil buat muka tak puas hati aku. Aku mengambil surat itu lalu membaca isi kandungannya.
YOU ARE READING
Truth Or Death
RomanceKisah perjalanan hidup seorang gadis yang ingin mencari kebenaran atas kematian ahli keluarga disebabkan seorang lelaki misteri yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Yang menyebabkan dirinya diselimuti rasa kesedihan takut marah yang melampau...