BAB 7

538 64 7
                                    

LISA tersedar daripada tidurnya apabila telinganya sayup-sayup mendengar suara orang sedang berbual. Kelopak mata dibukanya perlahan-lahan. Pandangannya sedikit kabur. Lisa kelipkan matanya beberapa kali, untuk menormalkan sistem penglihatannya.

"Dah bangun?"

Lisa halakan pandangan ke arah si penyoal. Danny. Dia fikirkan Clark. Bebola matanya melilau memandang sekeliling, mencari kelibat suaminya itu.

"Clark turun bawah tadi beli makanan. Sekejap lagi dia naiklah tu," jelas Danny, faham dengan apa yang dicari oleh adik tirinya itu.

Lisa angguk kecil. Perlahan-lahan dia bangun daripada baringan. Tulang belulangnya terasa sakit yang amat. Rasa seperti dicucuk-cucuk benda tajam. Kepalanya juga rasa sakit lain macam.

"Nak pergi mana?" soal Danny, apabila melihat Lisa seperti mahu turun dari katil.

"Lisa nak pergi tandas."

Danny angguk kecil. Dia bangun daripada duduknya dan menghampiri katil. Dia membantu Lisa untuk turun dari katil hospital itu.

"Lisa boleh jalan sendiri," ujar Lisa, menolak bantuan daripada Danny.

Danny hela nafas kecil. "Hati-hati."

Lisa senyum tipis sebelum melolos masuk ke dalam bilik air. Usai membuang hajat, dia membasuh tangannya di bawah aliran air paip singki. Sambil itu, dia melihat pantulan wajahnya pada cermin bilik air itu. Wajah seorang perempuan yang penuh dengan dosa. Perempuan yang masa lalunya amat teruk. Kasihan suaminya. Dikurniakan isteri seperti dia.

Lisa hela nafas berat. Tutup pili air, dia melangkah ke arah pintu. Baru setapak kakinya keluar dari bilik air, tiba-tiba saja kepalanya terasa sakit yang amat. Dek kerana itu, dia rasa seperti hilang imbangan tubuh badan. Matanya dipejam, pasrah jika dia tumbang di hadapan bilik air itu.

"Kau okay?"

Suara garau yang begitu hampir dengan telinganya membuat Lisa buka semula matanya. Dia menoleh ke sisi. "Abang... Bila abang ada kat sini?" soalnya pelik. Patutlah dia tak jatuh, ada tangan yang menahannya.

Clark tidak menjawab. Dia terus mencempung tubuh Lisa dan dibawa ke katil. Selimut dibetulkan menutup tubuh isterinya itu.

"Mana Abang Danny?" soal Lisa, apabila sedar abang tirinya itu sudah tiada di dalam bilik itu.

"Balik. Ada kerja. Aku minta dia cover aku sekejap je kat sini sementara aku turun bawah tadi," balas Clark. Plastik di atas meja sisi katil dibuka ikatannya. Semangkuk bubur dikeluarkan daripada dalam plastik.

"Ni, makan bubur. Kau dari semalam tak makan langsung. Lepastu makan ubat," arah Clark seraya mengambil tempat di birai katil. Penutup mangkuk bubur dibuka.

"Abang..."

Tingkah Clark yang sedang mengacau bubur di dalam mangkuk di tangannya itu terhenti tatkala mendengar Lisa memanggilnya. "Kenapa?"

"Abang, tak nak lepaskan Lisa ke?" soal Lisa, menunduk wajah sambil bermain dengan jari sendiri.

Dahi Clark berkerut mendengar soalan isterinya. Sesaat kemudian, dia hela nafas kecil. "Jangan nak tanya aku soalan bodoh," balasnya dingin. Bubur di dalam mangkuk disudu sedikit, ditiup perlahan lalu disua ke mulut Lisa.

Lisa pandang sudu di hadapan wajahnya itu. Dia paksa diri untuk membuka mulut. Takut kena marah dengan suaminya itu.

Sepanjang tempoh beberapa minit itu, suasana sunyi di antara mereka. Clark sibuk menyuap Lisa. Dan Lisa pula, hanya menerima saja suapan daripada suaminya itu.  Setelah sepuluh sudu bubur masuk ke dalam mulut, Lisa mula menolak.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now