BAB 11

562 68 8
                                    

Paris Charles de Gaulle Airport, 12.00 a.m

"BRO!"

Clark yang sedang duduk di kerusi menunggu di luar balai ketibaan itu menoleh ke arah suara yang menjerit. Melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya itu, dia bingkas bangun dari duduknya. Telefon disimpan ke dalam poket seluar. Sebelah tangan menarik bagasi milik Lisa. Sebelah tangan lagi memimpin tangan Lisa. Risau isterinya itu hilang dalam kesesakan manusia yang ada di lapangan terbang itu.

"Welcome back to France," ujar Adam sebaik Clark berdiri di hadapannya. Dia bersalaman dengan Clark sebelum mereka berpeluk ringkas.

"Mana yang lain?" soal Clark, apabila sedar hanya Adam di situ.

"Andi dengan Andri kat rumahlah. Jaga anak bini," balas Adam. Memandang gadis di sisi Clark, bibirnya ukir senyum tipis. "Hai girl."

Lisa yang tadinya sibuk meliarkan pandangan ke sekeliling terus memandang gerangan yang menyapanya. "Hai." Dia menunduk kepala sedikit, tanda salam pertemuan.

Clark menoleh sekilas ke sebelah, sebelum dia tumpukan perhatian pada wajah Adam. "Adik aku mana ya? Aku call dia tak berangkat langsung. Chat pun one tick je," soalnya kepada Adam. Risau. Dia ada telefon adiknya. Namun tiada satu pun panggilannya yang berjawab. Bila dia chat, hanya satu tanda saja. Sepatutnya gadis itu yang menjemputnya di lapangan terbang itu.

"Kat rumahlah kot. Jomlah ke kereta dulu. Kasihan bini kau. Sini aku tolong bawakan beg."

Clark angguk kecil. Bagasi Lisa ditolak kepada Adam, membiarkan lelaki itu membawanya. Dia tidak membawa apa-apa bagasi pun. Sekadar beg galas. Mengikut Adam di belakang, sambil bermain telefon bimbit. Mencuba lagi untuk telefon adik kembarnya.

"Abang okay?" Lisa yang berjalan di sebelah Clark menegur. Wajah suaminya kelihatan agak risau.

Clark menoleh sesaat ke sebelah. "Okay." Ringkas jawapan dia beri. Berpimpin tangan dengan Lisa, mereka menuju ke tempat parkir kereta. Sebuah kereta BMW X3 berwarna hitam dihampiri. Pintu bahagian penumpang belakang dibuka. Diarahkan Lisa masuk. Dia pula masuk ke bahagian penumpang hadapan.

"Tak dapat ke call adik kau?" Adam yang baru masuk ke bahagian pemandu menyoal. Sejak tadi dia lihat Clark asyik melekapkan telefon ke telinga.

"Tak. Mana dia pergi ya?" Clark urut pelipisnya.

"Tak tahulah pulak aku. Tadi petang dia ada datang mansion. Tapi sekejap jelah," jelas Adam, seraya menghidupkan enjin keretanya.

"Datang mansion? Buat apa?" Clark kerut dahi.

"Dia minta tolong aku carikan maklumat perempuan nama Annabel. Dia kata dia malas nak duduk rumah hadap perempuan tu."

"Lepastu?" soal Clark, merenung tepat wajah lelaki di sebelahnya itu.

"Adalah dalam 15 minit, lepastu dia blah. Dia kata nak merayap sekejap. Tak tahulah dah balik ke belum."

Clark angguk kecil mendengar penjelasan Adam. Buat kesekian kalinya, dia mendail lagi nombor adiknya.

"Shit!" Clark memaki apabila panggilannya itu tidak dijawab juga. Telefon bimbit dicampak ke atas dashboard. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan.

"Chill. Tengok dulu dia ada kat rumah kau ke tak. Kalau tak ada, aku cuba kesan lokasi dia nanti." Adam tepuk lembut bahu Clark, cuba menenangkan lelaki itu.

"Hmm..." Clark berdeham kecil. Kedua matanya dipejam rapat.

"Macam mana kat Malaysia? Semua okay?" soal Adam, memecah kesunyian di dalam kereta itu.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now