Prolog

2 0 0
                                    

Amirul merupakan seorang pelajar sekolah rendah di kawasan perkampungan yang terletak di negeri Kedah. Dia adalah seorang pelajar dari keluarga yang tidak berkemampuan kerana keluarganya tidak mempunyai kerja yang mewah hanya "cukup kais pagi makan pagi kais petang makan petang" bak kata pepatah orang dulu-dulu.

Amirul merupakan anak sulung (pertama) dari empat orang adik beradik. Adiknya yang kedua bernama Ammar dan adik perempuannya yang ketiga bernama Nurin. Amirul dan Ammar sangat rapat kerana mereka berdua hanya berbeza setahun, sang abang berumur 12 tahun dan sang adik berumur 11 tahun.

Amirul hanyalah seorang pelajar biasa di sekolah kerana dia lebih gemar bermain daripada belajar, disuruh membaca buku 30 minit sahaja dia akan mencari-cari alasan. Tatkala dimarah oleh kedua ibu-bapanya dia akan berlari mengadu ke neneknya yang rumahnya terletak berhampiran rumah mereka. Meskipun begitu sang adik merupakan seorang yang cerdas dari segi akademik, Adiknya ammar sering mendapat anugerah pelajar terbaik di sekolah dan sering dibangga-banggakan oleh kedua orang tuanya.

Adiknya yang ketiga pada ketika itu baru berusia 5 tahun tapi sering dikatakan bijak kerana dari segi percakapannya yang lancar. Tipulah sebagai seorang abang dia tidak terguris hati ketika sang adik lebih dimanjakan. Namun hal ini tidak mengubah sifatnya yang malas belajar kerana nenek selalu menjadi pendengar dan pemujuk yang setia.

Namun, segala-galanya berubah drastik ketika mana sang nenek yang dicintai meninggalkannya ketika Amirul berada di tengah fasa sekolah menengah. Tiada tempat bagi dirinya mengadu, tiada lagi pujukan ketika dimarahi, dan tiada juga peneman di hati. Segalanya seakan kosong dan gelap gelita, hingga menimbulkan sifat dari syaitan yang meminta untuk mengakhiri diri dengan banyak perkara negatif seperti merokok, berjudi, dan lain-lain.

BAGAIMANAKAH CERITA INI AKAN DILANJUTKAN DI BAB YANG SETERUSNYA MARI KITA SAMA-SAMA NANTIKAN BERSAMA

KOMEN PENDAPAT ANDA

Lelaki Punya Hati Where stories live. Discover now