Bab 4

69 4 0
                                    

USAI mengambil Alice di lapangan terbang, mereka singgah di Eclipse Cafe yang berdekatan untuk bersantai dahulu. Sebentar tadi, Hidayah mendapat panggilan daripada Datin Liza bahawa ada sedikit persiapan yang belum selesai di rumah. Tambahan pula, kek yang ditempah oleh wanita itu lambat pula penghantarannya kerana ada masalah. Hidayah dan Hanny tidak bertanya lebih, jadi mereka beritahu ingin membawa Alice ngopi-ngopi di kafe sementara segala yang Datin Liza rancangkan selesai. Alang-alang tu bolehlah catch up serba sedikit sementelah mereka sudah lama tidak bertemu.

Memandangkan mereka bertiga pencinta kopi, Eclipse Cafe adalah tempat yang paling sesuai untuk melepak buat sementara waktu. Hanny oder iced cafe latte, Hidayah oder iced spanish latte dan Alice pula oder iced caramel macchiato.

Setelah mendapatkan air masing-masing di kaunter, mereka bertiga mengambil tempat di meja belah belakang, yang sedikit tersorok daripada pintu masuk. Kononnya hendak privasi. Kebetulan pula pelanggan tak berapa ramai yang dine-in di kafe pada hari ini.

"Ha Alice, apa cerita pasal kes daddy kau suruh kerja dekat syarikat kawan dia tu? Dah confirm?" Hidayah membuka topik sebaik sahaja duduknya dilabuhkan. Sempat dihirup air beberapa kali bagi melegakan rengkung.

"Hmm... nampak gaya macam tu la, Yaya."

Ujaran tidak bersemangat Alice mengundang aneh dalam diri Hanny. Dahinya semerta berkerut sebelum turut sama menyampuk.

"Kenapa kau nampak tak suka je, Alice? Syarikat tu boleh tahan besar juga, kan? Kalau daddy kau yang sarankan, mesti ada bagusnya yang dia nampak demi kebaikan kau." Hanny menyatakan pandangannya.

"Bukan tak suka, Hanny. Kalau boleh, mestilah aku nak kerja sebumbung dengan daddy, Alex, tapi daddy tiba-tiba campak aku dekat syarikat kawan dia. Katanya, timba pengalaman dekat tempat lain dulu la, apa la. Huh, pengalaman la sangat! Penat-penat aku further study dekat Australia," bebel Alice panjang lebar. Meluahkan segala ketidakpuasan hatinya. Jujur, Alice dah boleh terima perkara ini, cuma dia sekadar nak melepaskan beban yang terbuku di dada.

Hidayah gelak kecil manakala Hanny menggeleng kepala. Layankan saja apa yang Alice mahu omongkan.

"Alah Alice, ada la tu hikmah kenapa kau kena campak dekat syarikat lain. Untung-untung terjumpa jodoh ke, kan? Ha, manalah tahu. Kau hadap je dulu semua benda ni, nanti-nanti ada la sinarnya tu." Semberono Hidayah bergurau. Tak mahu Alice terlalu serius akan hal ini.

Hanny yang bersetuju dengan Hidayah, angguk kepala dengan laju. Picing mata Alice memandang dua orang sahabat baiknya itu. Jauh benar fikiran mereka melayang. Entah nanti Alice terjumpa jodoh atau bodoh. Ke... dua-dua sekali? Ergh! Yang bodoh itu minta dijauhkan.

"Oh by the way, pasal reunion 5 i-TOP tu macam mana? Jadi ke?" Teringat tentang perbualan mereka yang tidak habis dalam kereta, Alice lantas menukar topik.

"Hmm, kali ni confirm jadi. Kebetulan kau pun baru balik Malaysia, bolehlah join sekali, Alice. Tak ada la aku dengan Hanny berdua je nanti. Fuh! Setelah berkali-kali plan kononnya nak reunion, lepas 10 tahun baru jadi ya. Bukan main banyak masalah sebelum ni. Tapi tu la, sekarang baru syok nak buat reunion sebab dah complete. Eh, kau tak ada dalam grup WhatsApp kan, Alice? Nanti aku tambah nama kau dalam list and suruh dia orang add dalam grup. Grup tu pun dia orang baru je buat sebab yang lama dah ramai left," terang Hidayah satu per satu seraya menjadi pelapor berjaya kepada Alice.

Alice menjatuhkan kepala tanda faham seraya menggumam ringkas. "Kiranya tempat, tarikh apa semua dah ada la? Bayaran macam mana?"

"Itu kau tak payah risau, Alice! Sebab..." Hidayah kerling sekilas ke arah Hanny. Nak perhati reaksi gadis itu. Tetapi, Hanny buat selamba sahaja sambil menanti bicara daripada Hidayah. Bersahaja, dia sedut iced cafe latte.

"Hyqarl dengan Wafiy yang sponsor semua."

"Wow, seriously?! That was unexpected," komen Alice.

Hanny sungging senyuman sinis di bibir. Dia faham maksud unexpected bagi Alice. Bukan terkejut sebab mereka boleh taja sebegitu besar amaun untuk reunion 5 i-TOP, memandangkan Wafiy dan Hyqarl memang orang berada. Tetapi, terkejut sebab manusia yang sangat nakal sewaktu zaman sekolah dahulu boleh terniat nak sponsor segala-galanya buat bekas rakan sekelas. That means... including Hanny, a.k.a. Hyqarl's enemies. Semua orang tahu betapa bencinya Hyqarl terhadap Hanny.

"Kau... okey ke, Hanny?" Tiba-tiba Alice mengajukan soalan itu apabila cuma kebisuan yang Hanny pamerkan.

Tersentak, terangkat kepala Hanny, memandang tepat ke arah sepasang mata berwarna hazel kepunyaan Alice. Keningnya ternaik, aneh dengan pertanyaan yang dilontarkan itu. Wajah cuba melakar reaksi tenang. Hanny faham tetapi sengaja dia buat-buat tak faham.

"Okey je. Kenapa? Nampak macam aku tak okey ke?"

"Tsk! C'mon, Hanny. Kita orang bukan kenal kau setahun dua. Kalau kau okey, kenapa waktu awal-awal dia orang plan nak reunion, and even sebelum ni pun, kau berkeras tak nak pergi? Bukan sebab kau tak okey ke? Maksud aku, kau tak okey sebab ada Hyqarl. Kan? Kalau aku tak pujuk kau habis-habisan, mungkin kau takkan pergi sampai bila-bila pun." Hidayah dan mulut lepasnya itu berpisah tiada. Tak ada kias-kias ya, terus dia bagi setepek nama Hyqarl, berserta sebab musabab.

Mendengar kata-kata Hidayah itu, Hanny tetap berlagak sama. Ingin menampakkan bahawa dia tidak terkesan sedikit pun. Walau sejujurnya, sudah tentu hati dia terusik.

"Dulu, ya. Aku tak okey. Kalau boleh, sampai bila-bila pun aku memang nak elak daripada jumpa Hyqarl sebab aku tak nak tengok muka dia langsung. Hati aku masih sakit setiap kali memikirkan apa yang dia pernah cakap dekat aku, Yaya. Tapi lepas aku fikir balik, aku ubah fikiran. Sebab aku rasa useless kalau aku lari sekalipun. Buat apa aku nak lari, kan? Aku bukannya buat salah apa-apa dekat dia. Dan, aku tak takut dengan hinaan dia lagi tapi..."

"Kau takut jatuh cinta dekat dia lagi?" celah Hidayah dengan pandangan helang. Awas ya kalau Hanny suka mamat poyo itu lagi! Hidayah tak akan benarkan sama sekali.

"Kau ni, Yaya! Bagilah Hanny habiskan ayat dulu," marah Alice.

"Memang tak la aku nak jatuh cinta dekat dia lagi! Apa dia tu hebat sangat ke sekarang? The new Hanny takkan senang-senang je bagi muka dekat dia. Aku tak takut dengan hinaan dia lagi, tapi aku juga takkan elak daripada dia sebab aku nak dia tengok dengan mata kepala dia sendiri, sejauh mana hinaan dia dulu membawa perubahan dalam diri aku," bidas Hanny, serius dan sekerasnya. Dari luaran, tidak nampak walau sedikit pun gentar yang terpapar.

Namun jauh di sudut hati, Hanny masih punya sekelumit perasaan takut jika hatinya menderhakai tuan. Hanny dah lama move on kut! Takkan dia nak suka kepada orang yang sama lagi selepas apa yang jejaka itu buat kepada dia? Minta dijauhkan!

"Kalau yang tu, aku sokong! Teringin betul aku nak tengok reaksi Hyqarl dekat the new Hanny. Sampai sekarang, aku pegang lagi tau kata-kata dia. Jangan makan diri sudah, oops! Bye-bye je la ya kalau dia nak try Hanny. Aku tak akan izinkan mamat berlagak macam dia tu sebab tak sepadan langsung dengan kawan baik aku yang cantik ni."

Kata-kata Hidayah itu membuatkan fikiran Hanny melayang, memikirkan kejadian di mana dia dimalukan dan diremehkan perasaan 10 tahun lepas. Bagaikan siaran ulangan, setiap kata-kata, mimik muka dan perlakuan Hyqarl suatu ketika dahulu bergentayangan bagai layar di hadapan mata Hanny.

Hanny nekad, dia akan munculkan diri di hadapan Hyqarl untuk tunjukkan sisi the new Hanny.

The New HannyWhere stories live. Discover now