Bab 5

58 6 3
                                    

RUANG tamu banglo mewah milik Dato' Hisham itu diamati dengan rasa kagum. Air muka Hanny nampak saja tenang, tapi dalam hati, keterujaannya sudah mencapai tahap maksima apabila melihat suasana kediaman semegah ini. Rumah Alice terkecuali kerana dia telah terbiasa ke sana daripada sekolah menengah. Tetapi, banglo Dato' Hisham ini berganda lebih besar dan glamor untuk Hanny yang baru pertama kali mampir ke sini.

Lihatlah ruang tamu yang berkonsepkan victorian dengan padanan warna modern white tersebut. Bersiling tinggi dengan ruang yang lumayan luas. Sedap mata memandang. Lama menikmati keindahan dunia yang terhidang di hadapan mata itu, Hanny jadi ralit. Sehingga dia tak sedar dua pasang mata yang sedang memandangnya sambil tersengih. Barangkali terhibur kerana sikap Hanny yang tak ubah seperti rusa masuk kampung.

Apabila tersedar, barulah Hanny duduk elok-elok lalu mengeluarkan sebuah senyuman. Lebih kepada nak menutup segan.

            "Sorry, Hanny terleka sekejap scan rumah Dato' dengan Datin tadi. Cantik sangat."

Datin Suri ketawa kecil. "Tak apa, Hanny. Baru first time, kan? Aunty faham. Eh, minumlah dulu air. Kesian Hanny, baru balik kerja, terus datang sini." Datin Suri menghalakan tangan ke arah meja.

            "Alah, hal kecik je, Datin. Hanny dah biasa dah." Hanny membalas mesra.

            "Macam mana tadi? Senang tak nak cari rumah uncle?" Kali ini Dato' Hisham pula menyampuk untuk beramah mesra sebelum benar-benar masuk ke perbincangan yang serius. Teh panas yang dibancuh oleh pembantu rumah disisip perlahan.

            "Ya Allah! Banyak kali juga la sesat sebelum sampai tadi. Cakap pasal cari rumah, Hanny banyak kali lalu depan residence Dato', cuma Hanny teragak-agak nak masuk. Takut tersalah rumah. Nasib baik last-last jumpa juga rumah yang betul," celoteh Hanny sambalewa. Entah bagaimana dia boleh berborak sesantai itu dengan orang kaya.

            "Hah, kan? Itulah, uncle dah cakap dah. Nak cari rumah uncle ni pening sikit sebab agak tersorok. Uncle nak suruh pemandu peribadi uncle ambilkan, Hanny tolak," ujar Dato' Hisham dalam gurauan.

Hanny terkucil tawa. Menyambut gurau dengan baik. "It's okay. Hanny tak nak susahkan Dato'. Lagipun, kalau Hanny drive sendiri bolehlah Hanny explore kawasan walaupun sesat. Tak jumpa jalan, tak ada hal. Boleh tanya orang. Baru terasa independent sikit."

            "Yalah. Kalau Hanny dah cakap macam tu, kami pun tak halang. Hanny mesti dah terbiasa independent, kan?" Datin Suri meneka.

            "Macam tu la, Datin. Duduk jauh dari family. Memang kena independent juga." Hanny senyum lebar.

            "Oh, patutlah. Kalau aunty boleh tahu, family Hanny duduk mana? Jauh ke?"

            "Jauh jugalah, Datin. Dekat Kedah. Dulu, family Hanny memang stay KL sebab dua-dua parents Hanny kerja dekat sini. Abah Hanny polis tapi pencen awal sebab severe injury waktu bertugas. Mak Hanny pula cikgu sekolah menengah tapi dah ditukarkan lepas mak dengan abah buat keputusan untuk menetap dekat kampung. Salah satu sebab, abah nak duduk dekat dengan mak tok dan abah nak jaga rumah pusaka keluarga dia dekat sana. Sebelum ni pun, abah selalunya suruh orang datang bersihkan rumah sekali sekala je sebab tak ada siapa yang duduk. Kalau family Hanny balik kampung, baru berpenghuni rumah tu. Kakak dengan adik-adik abah pun duduk dengan suami masing-masing." Panjang Hanny bercerita mengenai keluarganya.

Dato' Hisham dan Datin Suri tekun mendengar. Sekali sekala menganggukkan kepala, sekali sekala menggumam perlahan.

            "Jauh juga Kedah tu kalau nak ulang-alik selalu," komen Dato' Hisham.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The New HannyWhere stories live. Discover now