🤍Kau pilih,
Apa kau mahukan hati yang kotor atau bersih?
Terkadang mereka tahu untuk memilih
Dan ada hak untuk memilih
Tetapi bab hati, jarang sekali
Kenapa memilih hati yang bersih
Sedangkan selangkah kehadapan pun kau tidak berganjak?
Kenapa masih di tempat yang sama,
Sedangkan kau ada hak untuk memilih?
Ujarlah pada hati,
Wahai hati,
Telah lama kau berdiam diri,
Sudah lama kau duduk menyepi
Hiduplah,
Kau memilih hati yang bersih,
Kejarkan hati yang bersih itu,
Berubah dengan perlahan,
Tidak perlu tergesa,
Dunia ini bukan tempat berlumba,
Dunia ini tempat ujian,
Bagi makhluk-makhlukNya,
Niat yang ikhlas akan hadir dengan hati yang ikhlas.
by choconad_
YOU ARE READING
Inner Self✓
PoetryF I R S T P O E M🍫 When Rabi'ah Al-Adawiyah said: "Alangkah buruknya, orang yang menyembah Allah kerana mengharapkan Syurga dan terselamat dari Neraka. Seandainya Syurga dan Neraka tidak ada, apakah engkau tidak menyembahNya? " Satu kata bagi mere...