Munafik [I]

13 8 2
                                    


💞

Hanya Allah dan aku sahaja tahu,
Betapa aku perlukan lebih masa di tikar sejadah,
Siang bagai malaikat, malam bagaikan syaitan,
Bagai manusia bertopengkan?

Siapa sangka aku boleh melangkah di atas muka bumi,
Dengan berjuta-juta dosa di atas bahu,
Siapa sangka hebatnya aku?
Menyembunyikan kelaku buruk aku?

Andai dosa itu berbau,
Ternyata akulah yang paling busuk,

Bagaimana lagi caranya untuk aku bertaubat?
Jika setiap hari aku bergelumang dengan dosa?
Layakkah aku diampunkan?
Kerana dosaku seluas buih di lautan?

by choconad_

Inner Self✓Where stories live. Discover now