Bab 30

1.1K 59 0
                                    

A relationship is like a house. When a light bulb burns out, you don't go and buy a new house. You fix the light bulb.

Damia memarkirkan kenderaannya di garage rumah..Dengan tergopoh gapah,dia mematikan enjin kereta dan terus keluar dari perut kereta berlari anak masuk ke dalam rumah..Terasa berbahang satu badan dengan cuaca panas terik kemudian dicampak jaket denim dia di atas kerusi sebelah pintu masuk..Fuh melekit!

Datin Hawa yang baru sahaja melangkah keluar dari arah dapur sempat melihat kelibat anak perempuannya berada di pintu masuk utama lalu terus berjalan mendekati Damia..

"Hah ini sorang lagi anak perempuan dari mana pulak? tenggelam timbul tenggelam timbul Dammy buat rumah mommy dah macam hotel nampak gayanya..kenapa tak berumah terus je dekat hotel papa kamu tu kan senang?"~ bebelnya dengan sekali nafas sahaja..

Geram!

Baik anak lelaki,baik anak perempuan semuanya panas punggung kalau duduk dirumah sendiri..Apa nak jadi dengan budak-budak remaja zaman sekarang ni?getusnya dalam hati..

Dalam tak sedar,Damia mengeluh perlahan..

Balik salah tak balik salah..bisik hatinya

Rambut panjangnya yang terurai paras belakang disanggul tinggi..Lantas Damia menatap wajah mommy nya yang sedang berdiri didepan mata bersama senyuman terpaling manis..

"Dammy balik sebab rindu mommy la.."~ ujarnya lembut..

Nafas dihela panjang..

Datin Hawa melabuhkan duduknya di atas sofa bersebelahan anaknya..Diperhatikan Damia dari atas sampai ke bawah seakan tidak terurus..Nak kata dia tak bagi duit belanja baru beberapa lepas suaminya bagitahu sudah transfer sebanyak 10 ribu untuk keperluan Damia..Takkan dah habis?

"Kenapa Dammy buat semua macam ni..Dammy tak kesiankan dekat mommy dengan papa ke?"~

"Mommy please stop bercakap pasal hal tu..mommy anggap saja hubungan Dammy dengan Dallen takde jodoh.."~ luahnya..

Itu adalah salah satu sebab kenapa dia tidak mahu pulang ke rumah..

"Allahukabar budak ni..macam mana mommy tak tanya majlis pertunangan tu berlangsung di hotel papa..Apa Dammy tak fikir ke apa perasaan papa bila majlis berlangsung tanpa ada anak perempuannya..apa Dammy tak malu ke?!"~ marahnya tidak dapat dibendung lagi..

Nafas dihela panjang..

Damia membetulkan kedudukannya kemudian diraih kedua belah tangan mommynya lalu Damia menatap wajah Datin Hawa dengan penuh rasa bersalah..

"Dammy tahu Dammy yang bersalah dalam hal ini tapi Dammy tak cintakan Dallen..macam mana Dammy nak bertunang dengan dia.."~

Datin Hawa terkedu mendengar pengakuan dari mulut Damia..

"Ya Rabbi..kalau tak cintakan Dallen kenapa Dammy hampir nak bertunang dengan dia?This is totally insane.."~ marah Datin Hawa sambil mengurut dadanya..

Melihat mommy seakan marah dengan apa yang terjadi..Damia bingkas bangun dari situ..Lalu diraup kasar rambutnya yang sedikit kusut masai itu..

"Sebab Dammy sengaja nak sakitkan hati Syafiq.."~ beban yang selama ini dia pendam akhirnya terluah jua..

Akibat terkejut Datin Hawa turut bingkas bangun berdiri..Dipegang bahu anaknya lantas dipusingkan agar menghadap ke arahnya..Damia gugup!

"Syafiq? Syafiq mana pulak ni?!!"~ berapa banyak teman lelaki yang Damia ada?

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now