Barang di atas meja berselerak. Habis dibuang semua ke bawah. Dadanya naik turun. Nafasnya tidak teratur. Rambut pulak jangan ditanya serabai atas bawah. Peluh menitik habis ke tubuh.
“ aku nak tanya siapa orang yang berani ceroboh data penting kita? macam mana dia tahu semua pangkalan data dan kisah silam kita? ” suaranya mendatar. Lelaki yang berdiri di depan kecut perut mendengar suara tuannya itu.
“ dia tentera tuan ” dengan gagap dia menjawab soalan lelaki itu.
“ yelah aku tanya nama dia apa! ” diherdik orang suruhannya itu.
“ tapi tadi tuan tanya dia siapa ”
Panggg!!
Terasa bepinar tamparan yang diberikan oleh tuannya itu. “ menjawab ! aku tanya tak reti nak tanya ke? melawan je lebih! ”
“ Awa... ” Belum habis nama disebut dia rebah ke bumi.
Tanpa belas kasihan dia menyepak orang suruhan itu. “ dasar lemah! memang kamu semua datang sini untuk jadi lemah ke!? ” diherdik semua anak buah yang ada di situ.
Tiada seorang yang sanggup melihat ke arahnya kini. Semua tunduk ke bawah. Seorang lelaki datang dari arah pintu.
“ tuan, aku dapat maklumat pasukan tentera terlibat dalam hal ini juga. tapi bukan tentera biasa. special force punya. komando ” lelaki yang dikenali sebagai Albi Han memberitahu berita itu kepada lelaki yang sedang berdiri di depannya. Sikit pun dia tidak takut seperti anak buah yang lain kerana dia telah masak dengan perangai lelaki itu. Dari zaman bujang hingga ke berumur.
“ siapa orang tu? ” nafasnya makin tidak teratur. Tangan dikepal geram.
“ Awang Irfan ” dengan selamba dia memberitahu.
Terbeliak mata lelaki di depannya. Mata ditoleh ke arah anak buah di sebelah lalu ditumbuk. Tanpa belas kasihan dia menampilaskan semua amarahnya kepada lelaki itu.
“ why that's name sound familiar? hah!? aku tanya ni Albi ! jawab ! ” matanya memandang tajam ke arah Albi.
“ I think you know this ” sekeping gambar pasangan bahagia diletakkan di atas meja.
“ aku dah bunuh diorang. 22 tahun yang lepas. diorang dah mati ” muka Albi dipandang dengan wajah yang sukar ditafsir.
“ mungkin kau dah bunuh diorang. anak? dah? ” Albi sengaja memberi lelaki itu lebih tertekan.
“ aku pun dah bunuh juga! aku bunuh dia dalam kandungan lagi. mustahil budak tu boleh lahir ”
“ tiada benda yang mustahil dalam dunia ni kalau percaya Tuhan ”
“ hey Albi ! kau tak payah nak berlagak alim dengan aku. selama ini pun kau ikut aku buat kerja haram juga. ada kau ingat Tuhan? No! kau masuk dunia mafia , ada kau ingat Tuhan? No! semuanya tidak. jadi kau jangan nak sembang pasal Tuhan dengan aku ”
Nafas ditahan. Perlahan-lahan mindanya mencengkam kisah 22 tahun dahulu. Kenangan pahit dan manis semuanya di situ.
Delta Amour 2022.......
seorang perempuan yang sarat mengandung memaut lengan sasa suaminya. Peluh mula merintik. Dia dapat merasakan dia akan bersalin sebentar lagi.
Bukan di hospital tapi di dalam kereta itu juga. Pada masa itu mereka melalui pelbagai jenis pokok di dalam hutan tebal itu. Dia tidak menyangka waktu berpindah tempat tugas isterinya akan bersalin.
Dia tidak menghiraukan jalan yang dilaluinya rosak seperti ular kena palu. Dengan kelajuan maksima dia memecut kawasan hutan itu.
Kringg....
Handphone miliknya berdering. Nama Aiman tertera di skrin. Dia mengangkat panggilan itu. Dia menyangka bahawa Aiman bercanda lalu menamatkan panggilan.
Belum sempat dia menoleh isterinya kereta terpaksa berhenti mengejut.
Srekkkk...
Perut isterinya dihalang supaya tidak terhentak semasa break mengejut. Empat buah kereta menghalang perjalanan mereka.
Cermin kereta dibaling. Habis kawasan itu dipenuhi dengan sisa kaca.
“ Awang Ilzham! kau keluar sekarang! ” lelaki bertopeng hitam memanggil empunya suara keluar dari perut kereta.
“ Ilzh..jangan please.. anak kita ” Puan Nora cuba merayu suaminya supaya jangan keluar dan menemankan isterinya bersalin. Namun belum sempat dia membantu isterinya tidak semena-mena cermin di tepinya dipecahkan...
Dia ditarik tanpa belas kasihan lalu dihentakkan kepada tiang pokok yang cukup besar. Lelaki itu gelak apabila melihat mangsanya hampir tumbang.
Kepala serasa berdenyut.. Dia memandang isterinya namun... Puan Nora lebih dahulu dijemput ajal. Lehernya dikelar menggunakan pisau. Sungguh sadis seorang ibu ingin melahirkan tetapi tidak sempat kerana dibunuh.
Semuanya bagaikan berlaku dengan pantas dalam diri Awang Ilzham. Dia menumbuk semua orang yang mengelilinginya itu. Setengah jam mereka bertarung. Awang Ilzham hampir hilang tenaga. Luka di badannya semakin banyak. Tetapi tidak dapat menumpaskan seorang diri.
Akhirnya diri dia tewas apabila sebutir peluru masuk menembusi perutnya. Dia tewas di dalam tangan orang yang tidak dikenali. Namun suara yang menjerkah itu sempat menembusi gegendang telinganya. Parut di bahagian kanan lelaki itu dia kenal.
“ Awang Ilzham...aku dah hapuskan kau macam mana kau hapuskan bapak aku.. semoga tenang di sana ” jarinya ditunjuk ke atas langit.
Sedarlah Awang kini nyawanya tingal nyawa-nyawa ikan. Dia memejamkan mata. Terasa perit seluruh badan.
Badanya habis dihunus menggunakan parang dan ditembak menggunakan pistol. Dengan kudrat yang ada dia melihat ke arah isterinya.
Satu benda menarik perhatiannya ketika itu...perut isterinya bergerak-gerak.
Dia mengambil sisa kaca yang dipecahkan penjenayah tadi. Dihiris bahagian perut isterinya itu.
Perlahan-lahan tangannya masuk ke dalam organ perut isterinya. Dia menarik bayi yang masih mempunyai pusat keluar. Bayi itu bergerak-gerak. Awang tersenyum gembira. Dia mengucapkan syukur, anak di dalam perut isterinya masih hidup. Dia memotong pusat anaknya sendiri. Dengan perlahan dia memotong agar tidak menyakitkan isterinya walaupun dia tahu Puan Nora telah lama meninggalkannya 30 minit lalu.
Sempat dia mengalunkan zikir kepada anak sulongnya. Senyuman gembira melihat anak terunaya telah lahir dan melihat dunia. Tetapi senyumannya tidak lama. Senyuman di mulut Awang Ilzham kian memudar. Dia tahu sudah tiba masanya untuk menemankan Puan Nora di sana. Bayi tersebut diletakkan di atas bidang dadanya.
Hujan mula turun dengan lebat seakan sedih dengan pemergian dua wira negara itu. Kini yang tinggal hanyalah warisnya sahaja.
YOU ARE READING
Ti Amo Mr Commando | SU
FanfictionHadeel Husniyah balik ke Malaysia selepas sekian lama menuntut di London. Dia merupakan anak tunggal Tun Haikal Haron yang merangkap ketua menteri dan Tun Amanda Ukasyah. Pertama kali balik ke Malaysia menyebabkan dirinya canggung dan bongkak. Semak...