Kaki digagahkan masuk ke dalam bilik tidur. Badan dihempas di atas katil. Mata cuba dipejamkan. Dia cuba mengimbau kembali perbuatannya tadi. Jikalau boleh dia berharap itu ialah kali pertama dan terakhir dia menggodam syarikat koprat yang besar. Selama ini dia hanya menggodam atau menyelidiki maklumat siapa sahaja seperti yang diarahkan oleh Laksamana.
“ kenapa Laksamana minta aku hack data syarikat tu? ” dia bertanya kepada diri sendiri. Namun bukan itu yang menjadi persoalan. Semasa menggodam data syarikat itu dia terkejut dengan paparan gambar yang persis sepertinya tidak ubah bagai pelanduk dua serupa namun yang menjanggalkan lagi ada seorang perempuan berdiri di sebelahnya.
“ siapa diorang? ” . Malas hendak berfikir panjang dia masuk ke dalam bilik ari lalu membersihkan diri.
Berbagai saluran dialih namun tiada satu menarik minatnya. Dia bingkas bangun lalu membuka laci. VCD kartun disney diambil. Puas dibelek, kartun Elena of Avalor menjadi pilihan.
Tengah ralit melihat tv, telefon di atas meja berdering....
kringggg!!!!
I was a girl in the village doing alright,then I became a princess overnight,now I gotta figure out how to do it right,so much to learn and see,up in the castle with my new family in his store that's for royalty, a whole enchanting world is waiting for me, am so excited to be...
“ hp sapa ni? ” handphone yang berdering di atas meja diambil lalu dijawab panggilan.
“ helo? kami dari pusat bujang terlajak. ada apa-apa yang boleh kami bantu? ”
Dia meneguk air liur sebaik sahaja mendengar suara dalam panggilan. Lelaki itu menganggukan kepala menerima arahan. Selepas lima minit dalam talian terus dimatikan.
“ Awang! ”
Seorang lelaki bertubuh sasa datang sambil mengenakan kain tuala sahaja. Rambut masih basah. Mata kuyu memandang tepat ke arah temannya itu.
“ kenapa terpekik melolong panggil aku? tahu tak aku tengah tahan berak lepas mandi tadi ” jelas mukanya masih merah.
“ besar sangat ke tadi sampai kau lama tahan? ” Azhad memandang ke arah Awang sambil tersengih mengusiknya.
“ sebesar Colt M1911 ” Awang melayan sahaja usikan dari temannta itu.
“ tu taik atau senapang kawan? by the way tadi Laksamana call, dia suruh jumpa dalam masa lima minit dalam bilik mesyuarat ” Azhad memberitahu tentang panggilan yang diterimanya tadi.
“ what the hell kawan! asal tak bagitahu awal? ” muka Awang jelas riak terkejut.
“ sebab aku syok layan ring tone kau tadi..ehhh lupa ada pesanan ” Azhad tersengih sumbing.
Awang menggelengkan kepala. “ dasar punya kawan ”
“ jangan marahh ” Azhad meneruskan melihat tv semula.
Awang masuk ke dalam bilik tidurnya semula. Di dalam rumah itu hanya tinggal mereka berempat. Isa Izzham,Azhad Asytar,Gibrael Yong dan dia Si Awang Irfan.
Isa Izzham seorang lelaki introvert. Entahlah bagaimana dia boleh lulus menjadi tentera. Bagi dia introvert bukan penghalang dia untuk menceburi bidang yang disukai. Namun ia menjadi tunjang azam untuk berjaya.
Azhad Asytar pula merukan seorang lelaki periang. Satu kem terhibur dengan telatah nya. Pernah satu kali dia diberi warning oleh Laksamana. Bukan kerana ulahnya tapi kerana dia menjadi pendiam satu hari.
Gibrael Yong? Dia lelaki keturunan Bidayuh. Kulit kuning langsat dan mata agak sepet. Tapi dia bukan cina ye. Bulu kening yang lebat dan badan berbentuk doritos menarik perhatian ramai gadis untuk mendekatinya. Namun dia tidak berminat untuk bercinta atau rapat dengan mana-mana gadis. Sikapnya selalu berang dengan keadaan kecil menjadikan dirinya selalu ditinggalkan. Hal ini menyebabkan dirinya menutup pintu hati untuk mana-mana gadis yang datang menghampiri.
YOU ARE READING
Ti Amo Mr Commando | SU
FanfictionHadeel Husniyah balik ke Malaysia selepas sekian lama menuntut di London. Dia merupakan anak tunggal Tun Haikal Haron yang merangkap ketua menteri dan Tun Amanda Ukasyah. Pertama kali balik ke Malaysia menyebabkan dirinya canggung dan bongkak. Semak...