Azhad Asytar memandang wajah Delyna. Ditenung lama wajah suci itu. Setelah puas menatapnya dia berbicara " mana awak pergi Del? kenapa baru muncul sekarang? mana Delvya?"
Delyna ingin membalas namun dengan cepat Marcus menggeleng. " ok semua, jadi kita dah tahu William kena culik tapi dalam masa yang sama kita kena jalankan satu misi iaitu sleeping cell. Kita kena sediakan mental dan fizikal yang cukup. "
" tapi Puan, kami memang dah cukup mental dan fizikal pun " Azhad menjadi riak.
Delyna hanya menggelengkan kepala sahaja dengan tingkah laku Azhad. Dia telah sedia malum akan perangai semua buddiesnya. tapi tak sangka pulak perangai Azhad sampai macam ni sekali.
───── ⋆⋅☆⋅⋆ ─────
Pemandangan malam menjadi santapan mata mereka. Bintang di langit telah menambah keindahan di malam hari. Delyna duduk di atas sofa. Badan dihenyakkan. Rasa sakit belum sembuh lagi.
" So Del..apa yang menyebabkan kau balik ke Malaysia ni? " Awang memusingkan badannya menghadap ke arah Delyna.
" Arya Siew Tang Khan " dia menoleh ke arah Awang. " aku rasa kau tahu gadis ini, bukan? " Sampul kuning dilemparkan kepada Awang.
" aku nak kau bunuh perempuan ni sebelum sleeping cell mision "
───── ⋆⋅☆⋅⋆ ─────
" apa!? kau gila ke Awang? " mata mencerlung ke arah Awang. Tajam menikam sehingga sesiapa sahaja yang melihat boleh 'maut'
" tak, aku tak gila. masih waras lagi belum ada kad pink lagi " Awang menjawab dengan nada bersehaja.
" bodo la..taik betul " Azhad memberikan kata-kata kasar kepada Awang. Semua yang berada dia situ menggelengkan kepala. Mereka tak pernah nampak Azhad serius inikan pula marah tetapi perkataan kasar seperti itu yang selalu digunakan olehnya untuk memaki hamun sesiapa saja.
" buddy dengar sini dulu. aku bukannya nak bunuh macam tu je mestilah aku periksa latar belakang dia takkan main bunuh je. nakkan bodoh macam tu. ' paloi ' tu baru ' paloi ' " Awang menarik nafas dalam-dalam selepas itu ketiga-tiga rakkanya ditinggalkan begitu sahaja di ruang tamu.
" ouh,,ok takpa " Azhad menggoyagkan kepalanya ke kiri dan kanan untuk mengiayakan Awang. " ehh keja, dia sebut apa tadi ? "
Gabriel menjawab soalan Azhad sambil tersenyum " dia kata 'paloi' " . Isa sedang menahan ketawa daripada meletus. Api kemarahan Azhad kemuncak. Kalau boleh dilihat sudah berasap kepalanya.
" Awang Irfan bin Awang Ilzham! "
Awang membuka langkah seribu apabila melihat Azhad mengejar seperti itik ingin mematuk mangsanya. Sambil berlari ketawanya meletus diiringi ketawa Gabriel dan Isa dari arah dapur.
Kaki Awang tersandung apabila sampai di depan kebun bunga kecil milik mereka berempat. Tangan diusap, melihat ada luka kecil lantas dia berdiri ingin mencuci kesan lukanya namun dihalang oleh Azhad.
Azhad mendepakan tangannya. " apa lagi Az, tangan aku luka ni " dia melihatkan tangan kirinya kepada Azhad.
" luka kecil je tu. Kata anak jantan takkan luka kecik ceput pon " nada suaranya mengejek Awang.
" kau nak apa kejar aku ? nak gay ke? maaf aku masih 100% jantan "
" mulut kau kalau aku gosok untuk bersihkan tempayan kat rumah opah aku baru kau tahu nanti. kalau aku gay sekalipun aku takkan pilih jantan macam kau. harap muka je hensem tapi luka kecil dah ' auch mummy cakitnye ' " kakinya berundur ke belakang.
" Azhad..kalau aku kata kau paloi nanti kau tak nak. ini kau kacau aku boleh la? macamtu? " dia mula membara selangkah ke depan.
Azhad mula menggeletar. Peluh mula merintik di dahi. " Awang aku bukan nak cakap tak boleh. Bukan tu maksud aku "
YOU ARE READING
Ti Amo Mr Commando | SU
FanfictionHadeel Husniyah balik ke Malaysia selepas sekian lama menuntut di London. Dia merupakan anak tunggal Tun Haikal Haron yang merangkap ketua menteri dan Tun Amanda Ukasyah. Pertama kali balik ke Malaysia menyebabkan dirinya canggung dan bongkak. Semak...