Siapa sangka ketika kita sudah berada titik akhir ingin menyerah, ada keajaiban yang berlaku. Sama sekali tidak berharap namun ia tetap berlaku dengan izin-Nya.
Shawl yang penuh dengan darah tadi ditukar kepada tudung sarung milik Aida, salah seorang rakan sekerja di hospital itu.Mujur dia dikelilingi orang-orang baik yang tidak berkira mahupun talam dua muka.
Hidup dia tidak seindah pelangi. Tidak juga secantik berlian. Nasibnya juga tak secantik wajahnya.Banyak kisah dan lakaran menyedihkan yang tersorok di sebalik wajah yang penuh dengan senyuman. Ya, dia tahu bukan dia seorang sahaja yang mempunyai keluarga seperti itu tapi adakalanya juga dia letih untuk memahami yang orang lain lebih susah daripadanya
Kepala yang kian terasa denyut, dipicit pada pelipis. Masih tersisa saki baki sakit dek pinggan yang dibaling tadi.
Kelopak mata dibuka, lemah tubuhnya. Lagi-lagi dia terpaksa masuk air melalui titisan IV.Dengan berbekalkan tenaga yang sikit, dia menyandarkan tubuh pada kepala katil hospital. Tangan yang dimasukkan jarum titisan IV, dicabutnya. Giginya diketap kuat.
"Rina, kau dah sedar? Kau okey? Kau tahu tak kau kat mana sekarang ni?" Soal Daus. Cemas betul.
"Aku okey. Sakit sikit aje. Macam mana aku boleh ada kat sini? Bukan tadi..."
"Ya, kau kat rumah dan mak tiri kau tu cuba nak baling satu lagi pinggan kat kau. Satu lagi, yang tukarkan kau tudung tu, Kak Aida. Yang rawat kau semua tu Kak Aida. Jangan risaulah." Kata Daus. Manalah tahu nanti Rina salah faham kerana yang ada di sisinya itu ialah Daus.
"Tapi... siapa yang bawa aku ke sini?"
Soalan itu mendiamkan Daus. Tidak menjawab sebelum Rina mengulang semula soalan itu.
"Akulah."
"Tapi macam mana?"
"Masa kau nak balik tadi, aku nampak jam kau atas meja. Kau pernah cakap yang jam tu istimewa sebab arwah abah kau yang kasi. Jadi aku ambil untuk pulangkan pada kau tapi kau dah naik teksi. Aku pun ikutlah. Tapi tak sempat aku nak pulangkan jam ni, aku terdengar yang mak tiri kau tengah marah. Jadi aku tak nak ganggu tapi aku tak sedap hati. Aku... terpaksa intai dan aku cepat-cepat masuk bila aku nampak mak tiri kau nak baling pinggan pada kau." Coretnya panjang. Jam kulit yang berada dalam genggaman dipulangkan semula kepada empunya jam itu.
Jam itu diambil Rina. Terus memakai pada tangan kanan.
Wajahnya diangkat memandang Daus. "Jadinya kaulah yang selamatkan aku? Tapi kau tak cedera ke?" Rina mula risau. Manalah tahu dia turut terluka.
"Sikit aje." Jawabnya. Tangan kiri yang berbalut diangkat ke udara dengan senyuman.
Terlopong mulut Rina sewaktu melihat tangan Daus terluka kerananya. Air mata mula bergelinangan.
"Tangan kau tu berhargalah, Daus. Kau tu doktor. Kalau tangan sakit macam mana kau nak treat patient?"
Daus tertawa kecil sambil mengusap balutan tangannya.
"Sayang juga kau kat aku."
Bibir Rina mengukir senyuman.
"Aku sayang semua orang yang pernah tolong aku dan selamatkan aku. Maaflah... gara-gara aku, tangan kau pun kena berbalut."
"Tak ada apalah. Tak sakit pun. Kau tu, kalau ada problem cakaplah. Kongsi dengan aku. Aku setia mendengar." Ujar Daus, ikhlas.
Rina hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia bersyukur Daus menyelamatkan dirinya. Tiada ungkapan lain yang boleh dia terjemahkan. Bersyukur sangat-sangat kerana dia sentiasa didatangi orang baik.
Pejam celik, pejam celik, sudah hampir seminggu berlalu. Luka yang dijahit juga sudah semakin sembuh. Sejak daripada peristiwa itu, Rina lebih luangkan masanya di tempat kerja. Tidur, makan, mandi semuanya dia buat di asrama. Dia tiada sesiapa lagi sejak abahnya pergi buat selamanya.
Jam tangan yang sentiasa dipakainya begitu berharga kerana hanya itu sahajalah kenangan yang dia ada. Selebihnya sudah dibuang Kuntom. Malah gambar-gambar sewaktu dia kecil bersama arwah ibu dan abahnya juga sudah menjadi abu.
Semuanya lesap selepas dia pulang ke sekolah dan waktu itu adalah hari terakhir dia tamat peperikasaan SPM. Waktu itu dia masih muda. Mentah, tidak tahu yang dunia ini kadang-kadang menjadi tidak adil.
Tapi apa yang membuatkan dia kuat adalah dia percaya dengan janji-janji Allah. Dia tahu selepas ribut akan adanya pelangi walaupun mungkin mengambil masa yang terlalu lama untuk dia tunggu.
Sudah jam 9 malam. Barulah kini dia mempunyai masa untuk makan malam.
Aida dan Daus yang sudah menempah tempat duduk di kafeteria, melambai tangan tinggi ke arah Rina yang sedang membawa tray makanan.
"Awalnya Kak Aida turun?"
"Mesti! Perut ni dah berkeroncong dari tadi. Nampak Daus dalam lif, terus ajak makan sekali." Kata Aida.
"Yalah, jom kita makan. Karang kena panggil dah tak sempat nak makan." Kata Rina. Tangan meraup ke wajah seusai membaca doa makan.
Mereka bertiga betul-betul menikmati rezeki yang ada sehingga tiada sebutir nasi pun yang tertinggal.
Perut sudah penuh, hati pun gembira.
"Sedapnya makanan hari ni. Dah lama tak makan dengan santai macam ni." Ujar Daus.
"Betul tu. Bila lagi kita nak macam ni, kan?" Sambung Aida.
Mereka bertiga tertawa kecil. Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan dirinya. Aman. Tiada kes kecemasan atau pun sebaliknya.
Tapi orang tua-tua kata jangan seronok sangat. Nanti nangis.
Beberapa minit selepas itu, siren ambulan pun kunjung tiba. Semua kakitangan hospital yang telah dimaklumkan bahawa akan ada kes kecemasan telah mereka tunggu di ruang itu.
Pintu ambulan dibuka, pesakit yang berlumuran dengan darahbanyak pada tubuhnya diusung masuk segera ke dalam hospital bagi rawatan lanjut. Selang beberapa minit, kereta Velfire hitam pula berada di belakang parkir ambulan. Beberapa orang lelaki berbadan besar turun daripada kereta dan mengejar langkah seorang doktor itu.
"Doc! Doc!" Teriak pembantu jururawat yang ada di kaunter.
"Kenapa?!" Soal Doktor Zul, dia baru sahaja ingin memakai sarung tangan.
"Isteri doc dah nak bersalin!" Sahutnya selepas mendapat panggilan daripada isteri doktor yang bakal merawat pesakit itu.
Sarung tangan getah ditanggalkan. Kini dia berada dalam situasi yang berbelah bahagi. Sama ada nyawa seorang pesakit ataupun isterinya sendiri?
Melihat keadaan yang begitu kelam kabut membuatkan Rina bangun daripada tempat duduk dan berlari anak ke tempat itu. Pesakit itu masih berada dalam keadaan kritikal. Tak akanlah dia mahu lihat sahaja.
"Doc, pergilah. Biar saya yang handle patient ni." Kata Rina. Sarung tangan getah yang baharu disarung.
"Betul ni? Baiklah, terima kasih banyak, Rina." Ucapnya dan segera berlalu pergi dari situ.
Pantas kedua tangannya mengoyakkan baju kemeja hitam pesakit itu. Matanya membuntang melihat begitu banyak parut dan juga kesan tikaman yang agak dalam pada perut. Itu satu hal, lagi satu hal pula pesakit itu mempunyai six packs.
Kepala itu digeleng. Mata kembali fokus. Bacaan nadi diambil. Namun sudah tentu tidak stabil. Tekanan darah juga jatuh.
Bahu pesakit itu ditepuk Rina.
"Encik! Encik! Encik dengar tak ni?" Soalnya mahu pastikan jika pesakit masih separuh sedar.
Tangan yang menepuk dada tadi disentuh pesakit yang sedang mengerang menahan sakit.
Muka dia semakin pucat dek kehilangan banyak darah semasa dalam perjalanan ke hospital."Nora! Sediakan bilik bedah!" Arahnya, lantang selepas mendengar ngerangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Storie d'amore"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...