“ARGHHHH!!!”
“Tak guna punya perempuan. Dia tak kenal lagi siapa aku sebenarnya.”
“Berani-beraninya kau rampas Farhan dari aku ye? Kau tunggu. Aku akan pastikan kau menderita lepas ni. Aku takkan biarkan kau bahagia.”
Gambar-gambar Farhan tergantung elok di dinding biliknya. Gambar Farhan bersama bekas-bekas teman wanita juga ada, namun wajah permepuan-perempuan itu dilukis dengan tanda berwarna merah. Seram!
Wajah Kayla tersenyum memandang muka-muka perempuan yang pernah mendekati Farhan. Semuanya sudah dia bereskan. Dan semuanya sudah tidak berani mendekati Farhan lagi. Takut akan Kayla.
Senyuman Kayla mati apabila terpandang gambar Farhan dan Hasya yang duduk bersebelahan di dewan kuliah waktu itu. Teringat kemesraan Farhan dan perempuan itu. Mukanya naik merah menahan marah. Terasa dirinya dicabar oleh Hasya walaupun amaran untuk tidak mendekati Farhan sudah disampaikan. Seakan ugutannya itu dianggap remeh oleh Hasya.
Pisau cutter diambil lalu muka Hasya digaris berkali-kali sehingga gambar itu terkoyak dan berlubang. Muka Hasya tidak mampu dikenali langsung kerana hirisan yang teruk. Tapi perasaan marahnya belum terlepas.
“Kau pandang rendah kat aku? Aku akan buat kau tertunduk di kaki aku. Barulah kau tahu siapa Kayla Mianra yang sebenar.”
“My baby Farhan. I akan buat you jatuh cinta kat I. You hanya milik I seorang. Kenapa you nak dekat dengan perempuan tak guna tu? I lebih cantik dari dia, I lebih seksi dari dia, I lebih menawan dari dia, I lebih menarik dari dia. Tak boleh ke you pandang I?” bebelnya sambil merenung gambar Farhan.
Tangisan secara tiba-tiba melanda. Air mata jatuh dari tubir mata. Tapi matanya tidak menunjukkan kesedihan, hanya tatapan kosong. Seperti hati dan jiwa yang telah hilang.
Kayla melepaskan ketawanya selepas beberapa minit larut dalam kesedihan. Seperti tidak terjadi apa-apa. Entah apa yang difikirkan Kayla. Ketawa dengan suara yang lantang. Namun hatinya tetap kosong.
***
TING!
Bunyi pesanan masuk membuat Hasya menghulur tangan mengambil telefon canggih miliknya. Siapalah yang chat masa waktu rehat dia ni? Dia terlalu asyik menonton drama korea sambil mengunyah makanan ringan.
Nombor tak dikenali tertera di aplikasi mesej itu.
- Hai, Hasya
Muka Hasya berkerut memandang pesanan yang diterimanya. Dahlah tiada nama. Ingat dia kenal dan terus tahu ke siapa yang chat? Hasya membiarkan sahaja pesanan itu tanpa perasaan ingin membalas.
Ting!
Pesanan baru masuk lagi.
- It’s me, Farhan.
Akhirnya Hasya tahu manusia yang menghantar pesanan kepadanya. Awal-awal tak nak perkenalkan diri.
‘Kenapa?’
Hanya itu Hasya balas.
- Jom tengok wayang. Aku tak terima penolakan. And for sure, aku belanja.
Hasya terkedu membaca pesanan Farhan. Macam tahu-tahu sahaja yang dia nak reject. Patutkah dia terima ajakan Farhan memandangkan lelaki itu menawarkan diri untuk belanja. Siapa nak tolak rezeki kena belanja? Betul tak?
‘Okey’
Hasya menerima ajakan Farhan.
- Nice! See you tomorrow. 4 petang.
Seen. Hasya menutup kembali screen telefonnya selepas membaca chat akhir dari Farhan. Cukup balas dalam hati pun tak apakan?
***
FARHAN menatap skrin telefon canggih miliknya yang terbuka. Mesej yang dihantar hanya dibaca oleh Hasya. Patutkah dia mengeluh? Tapi kenapa dia nak mengeluh pula? Dia sendiri suka menghiraukan chat dari orang lain. Bluetick katakan. Entah kenapa dia seakan berharap Hasya membalas pesanannya. Inikah rasanya chat diabaikan? Dia seperti beria sekarang ni.
Hembusan nafas panjang keluar dari mulut Farhan. Seketika terbayang wajah Hasya di benak fikirannya. Matanya terbuka lebar.
Aku dah gila ke?
Farhan meraup mukanya sekilas. Hasya membuat dirinya tertarik untuk mengenali lebih dalam. Gadis itu mempunyai tarikan misteri dan Farhan ingin mencari tahu tentang hal tersebut.
Ya Allah. Esok dia nak keluar tengok wayang dengan Hasya. Hatinya rasa gembira tanpa dia sedari. Kaki mula melangkah ke almari pakaian. Memilih baju yang hendak digunakan esok. Nampak tak tahap keterujaan tu?
“Terlalu biasa,” komen Farhan apabila mengeluarkan baju hoodie miliknya.
Sweater lengan panjang pula diteliti lalu dipadankan pada tubuhnya.
“Terlalu polos.”
Next.
Baju kemeja pula dipadankan pada tubuhnya.
“Formal sangat. Nak tengok wayang je pun.”
Tangan mencapai lagi helaian baju yang sesuai digunakan.
“Amboi, anak ibu. Pilih baju nak pergi mana?”Suara di depan muka pintu mengejutkan Farhan. Hampir terkeluar jantungnya kerana terkejut. Ibu ni…
“Abang nak keluar tengok wayang dengan kawan esok,” maklum Farhan. Tangannya bergerak mengusap belakang leher tanpa dia sedari.
Ibu Farhan tersenyum simpul melihat kelakuan anak sulungnya itu.
“Siapa kawan abang tu?” Sengaja Ibu Farhan bermain kata.
Farhan tergugup. “Erk…”
“Cakap aje. Ibu tak marah pun kalau abang nak keluar dengan kawan perempuan. Jaga perangai. Jangan gatal-gatal nak pegang anak dara orang suka hati.”
“Ish, ibu ni. Abang tak akan buat macam tulah.”
“Oh… Jadi betullah abang nak keluar dengan perempuan?”
Nafas Farhan terhenti seketika. Alamak.
Farhan hanya menayangkan sengihan melihatkan giginya yang tersusun rapi.
“Ibu saja tanya macam tu. Pelik nampak anak lelaki mama seorang ni pilih baju malam-malam. Biasanya kalau nak keluar, ambil aje apa yang depan mata. Tak adanya nak pilih satu-satu.”
Farhan diam seribu bahasa. Badannya membatu. Otaknya pun tak mampu nak bagi jawaban apa. Dah kedapatan nak buat macam mana? Jujur ajelah.
“Abang nak keluar dengan Hasya…”
“Aih… Perempuan baru lagi ke?”
Laju Farhan menggeleng kepala.
“Tak! Hasya memang kawan abang. Tak lebih.”
Ibu Farhan menghela nafas panjang. “Ibu cuma nak pesan kat abang. Tak baik mainkan perasan perempuan. Kalau tak suka, baik terus terang. Tak payah terima hati mereka atas sebab kasihan. Cakap ajelah ‘saya tak ada hati kat awak, awak berhak cari yang lebih baik’. Bukan ibu tak tahu abang selalu tukar girlfriend setiap minggu.”
Sempat juga Ibu Farhan menyindir dihujung ayat.
“Macam mana ibu tahu?”“Tu…” Mulut Ibu Farhan muncung menunjukkan telefon pintar milik Farhan yang berada di sebelah anaknya itu.
“Wallpaper telefon abang tu selalu berubah. Entah bila nak setia pada yang satu,” sinis Ibu Farhan berkata.
Farhan hilang kata. Nampaknya ibu sering memeriksa telefon miliknya bila dia tinggalkan di rumah. Aduh…

ANDA SEDANG MEMBACA
MELTED HEART OF ICE (LOVE OR DARE)
Fiksi RemajaDisebabkan sebuah taruhan mempertemukan Farhan Ardiaz dengan seorang gadis yang bernama Hasya Adrina. "Nak bertaruh?" "Kita tengok sama ada dia akan suka kau ataupun tak." Siapa yang tidak kenal Hasya? Gadis yang agak terkenal dalam kalangan lelaki...