01

72 24 24
                                    

Masuk sahaja ke dalam pusat akademi memandu tersebut, Nawal terus bergerak ke kaunter dan meletakkan kad pengenalannya di dalam sebuah bekas yang tertulis 'latihan motor B2'.

Nawal melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia sementara menunggu giliran untuk melakukan latihan. Hampir 30 minit juga dia menunggu, barulah gilirannya tiba diikuti empat orang yang lain.

     "Nawal Imani Binti Saiful."

Bingkas dia menuju ke kaunter setelah mendengar nama dipanggil.

     "Cap jari." Kata pekerja itu seraya menunjukkan ke arah pengesan cap jari yang ada di atas kaunter. Tanpa berlengah Nawal mengikut arahannya.

     "Boleh pergi belakang untuk buat latihan ya. Nanti dah selesai ambil semula ic dekat sini." Tuturnya sopan dan Nawal bergegas ke belakang di mana sesi latihan motor dijalankan.

Setibanya dia di situ, ada beberapa orang yang telah selesai melakukan latihan. Hanya ada satu saja cikgu harini, jadi lima orang sahaja setiap satu jam.

sling bag yang dibawa disimpan dahulu di dalam loker sebelum bersiap sedia untuk melakukan latihan.

Baju pantulan cahaya dan helmet dipakai. Memang digalakkan bawa helmet sendiri. Kalau pakai helmet yang tersedia dekat situ, fuh! tau tau jela baunya macam mana. Boleh pengsan seminggu.

     "Cikgu, dah boleh mula ke?" Nawal bertanya kepada guru memandu yang hanya duduk sambil melihat telefon.

Mesti dia tengah tengok tiktok. Bukan main kuat lagi bunyi sound "lu pijak sama gua sekarang..."

Guru itu hanya mengangguk tanpa memandang Nawal sedikitpun. Ni mesti jenis cikgu kalau ada budak jatuh motor pun dia buat tak tahu.

Perlahan Nawal menuju ke arah motor yang tersusun, dalam masa yang sama beberapa orang yang lain datang untuk melakukan latihan. Sama seperti Nawal, mereka memakai baju pantulan cahaya dan helmet.

Tanpa menunggu, Nawal bergerak ke latihan litar. Agak nervous sebenarnya sebab ini merupakan latihan kali pertama. Nafas dihela perlahan. Motor dipastikan berada sebelum garisan putih.

Elemen pertama, titi. Seperti yang diajar semasa sesi ceramah haritu, sebelum mula setiap elemen, pastikan buat CITO.

Nawal melaraskan cermin sisi, hon dibunyikan dan pandang kebelakang. Kemudian motor dipulas perlahan-lahan.

Dengan lelong-lelongnya Nawal cuba mengimbangi badannya agar tayar tidak jatuh dari titi. Tapi sikit saja lagi untuk sampai hujung, dia tak mampu kawal dan akhirnya tayar motor keluar dari landasan. Nasib sempat tahan kaki, kalau tidak memang dah gedebuk.

Cermin sisi dipandang, dilihat semua dah beratur dengan motor masing-masing. Aih malunya! Mesti semua kat belakang tu nampak dia bawa macam mana tadi.

Cikgu yang berada disitu dipandang, masih lagi dengan telefonnya. Dah agak dah, memang diani tak kisah apa yang jadi dekat sekeliling.

Tanpa membuang masa, elemen kedua diteruskan iaitu halangan kon.

Kon ni kacang je!

Seperti biasa, mulakan dengan CITO. Kemudian motor dibawa ikut gerakan zig-zag. Sangkanya kacang, kacang sangat sampai semua kon dia langgar.

Nawal pandang belakang, habis semua kon senget. Dia tergelak sendiri. Tadi berlagak sangat dalam hati.

Belum sempat dia turun dari motor, sudah ada lelaki yang tolong betulkan kon. Nawal kekal diam di posisi. Dah ada orang betulkan, takpayah dahla dia sibuk nak betulkan jugak, kan?

Sampai sahaja kon terakhir, lelaki itu pandang Nawal.

     "Kon tu kau kena elak, bukan langgar. Asal tak langgar sekali divider tu?" Katanya seolah-olah memerli dan terus bergerak ke motornya semula.

Semua benda jadi lambat disebabkan perempuan tu. Bermula dengan titi pun dah masalah. Tengah panas ni, bukannya dalam dewan yang ada bumbung kipas semua bagai. Ramai lagi beratur belakang tu nak buat latihan.

Nawal mendengus geram. Memang dia sengaja nak langgar pun, memang! Lelaki itu dijeling dari jauh.

elemen ketiga, brek kecemasan. Antara benda paling best kalau buat latihan motor sebab boleh lawan siapa bunyi paling kuat.

Nawal telan liur, sejujurnya dia tak pernah buat brek kecemasan. Tengok orang buat waktu sesi ceramah haritu pun dah bergetar segala tulang badannya. Lagi-lagi bila dengar bunyi geseran lepas brek tu.

Macam mana kalau dia brek nanti lepastu jatuh?

PIN!

Terhinjut bahunya bila tiba-tiba bunyi hon dari belakang. Memang betul-betul belakang dia.

Lelaki tadi terus berhenti di sebelah Nawal yang masih tidak berganjak.

     "Lembab."

Terus bertukar reaksi Nawal mendengar apa yang diperkatakan. Viser helmet diangkat.

     "Kau ni—"

Belum sempat membalas, lelaki tu terus memulas motornya laju sehingga sampai di petak kuning,

SRETTT!

Nawal pejam matanya rapat. Seriau dengar!

Keluhan berat dilepaskan perlahan. Tarik nafas, hembus. Nawal beranikan diri, kalau diam dekat situ tak bergerak, sampai bila nak habis latihan?

Motor dipulas, dan sampai sahaja di petak kuning,

selamat.

Nawal selamat, tidak jatuh, santai dan masih aman diposisi.

Sebab apa? sebab dia guna brek biasa saja.

Baguslah cikgu memandu yang mengajar tu pun tak kisah dengan anak muridnya. Mungkin kalau cikgu lain yang mata sentiasa memerhati, dah lama rasanya dia kena marah.

Cikgu kelas memandu kan, jaranglah jumpa yang baik-baik. Ada, tapi tak semua.

Nawal meneruskan sesi latihannya pada hari itu. Setelah beberapa kali ulang, semuanya baik-baik saja, kecuali titi. Sekali pun dia tak lepas bahagian titi.

Tapi tak mengapa. Tak perlu risau, masih ada 5 kali sesi latihan untuk dia berlatih. Confirm pro! Bak kata mat saleh "practice makes perfect."

love license Where stories live. Discover now