04

42 20 17
                                    

Suasana sepi antara mereka sejak lima minit yang lalu. Mata tak terasa langsung untuk pandang ke kanan. Dari tadi hanya fokus kehadapan sambil melihat tv.

Tak dengar sangat pun suara dari tv kerana diselangi dengan bunyi hujan. Entah apa manusia dalam tv tu membebel pun dia taktahu. Niat dalam hati nak saja ambil remote dan kuatkan sikit volume, tapi sedar ini bukan rumahnya.

Dari tadi lagi dia rasa diri diperhatikan oleh orang di sebelah. Namun dihiraukan. Tangan tak henti menggapai pisang goreng ditengah yang menjadi perantaraan mereka berdua. Habis kunyah satu, ambil. Habis, ambil. Habis lagi, ambil,

Eh?

Kenapa rasa macam pegang lantai ni?

Akhirnya mata dikalihkan ke sebelah memandang pinggan pisang goreng yang tadi ada, aik? sekarang takdak pulak!

Mata naik keatas sedikit, ha itu dia!

Tanpa segan silu tangan menggapai pisang goreng yang berada di tangan lelaki itu. Belum sempat tangan mengena pisang yang disaluti tepung lagikan enak, dia dah jauhkan pinggan tu dan sorok dibelakang tubuh.

     "Ish! Orang nak makanlah!" Bentak Nawal. Pantang betul makanan dibuat main.

     "Amboi kau, dari tadi kau ngap ngap ngap sorang sorang je. Makan tak reti nak ingat orang lain."

Pinggan tadi diambil semula.

     "Ni ha! Tinggal dua je? Habis aku nak makan apa?" Selesai tunjuk bukti dia sorok balik pinggan tu dibelakang.

Dari tadi dia pandang saja gadis depan diani makan macam sebulan tak jumpa makanan. Sengaja dia perhati sampai pisang goreng tu nak habis. Dia tak sentuh satu pun sebab ralit tengok si gadis mengunyah dengan pipi kembungnya lagi.

Nawal pandang tv. Hoodie yang menutupi kepala ditarik semakin kedepan untuk sorokkan muka dia. Lengan hoodie yang memang sah sah panjang tu pula dia tarik hingga tak nampak langsung tapak tangan.

Ini satu masalah jugak ni. Mamat ni takda baju lain ke nak bagi. Hoodie besar gedabak macam apa lagi dah macam hulk je rupa dia sekarang. Warna hijau pulak tu! Dan memang gambar hulk pun!

Lelaki itu berdehem kecil. Takkan merajuk pulak perempuan ni.

     "Alee! Dah kenapa letak makanan belakang bontot tu!? Makan ikut lubang lain pulak ke macam mana?"

Terkejut Alee bila tiba-tiba suara ibunya memetir dari belakang sambil bawa satu pinggan berisi penuh pisang goreng bersama satu jug air teh panas.

Nawal tahan gelak melihat muka Alee yang dah macam tempoyak bila kena marah. Pinggan tadi dia letak semula di tempat sepatutnya.

Padan muka!

Belakang leher diusap perlahan. Aduh malu! malu!

     "Err tak ibu, tadi main teka teki dengan Nawal. Alee suruh dia teka pisang goreng ni tinggal berapa. Kan Nawal kan?" Isyarat mata diberikan agar Nawal mengiyakan kata-katanya.

Nawal betulkan semula hoodienya, ikatan dibawah dagu dikemaskan agar tak nampak leher. Satu jelingan menyampah dia bagi kepada lelaki yang baru dia tahu namanya Alee itu.

     "Tak makcik! Dia sorok pisang goreng tu sebab taknak bagi saya makan!" Nawal mempertahankan dirinya.

Serentak itu satu cubitan hinggap di perut Alee.

     "Argh! Ibu!" Jeritnya apabila diperlakukan seperti budak kecil. Menggeliat habis badannya, sakit tambah geli.

Jangan la depan awek ni ibu! Malu la!

     "Tahu pun! Perangai awak tu baik-baik sikit ya. Tetamu ni, jangan nak macam-macam." Selesai memberi amaran, Ibunya kembali semula ke dapur. Banyak kerja yang perlu dibuat.

Alee menganggukkan saja kepalanya. Kalau dengan ibu memang dia kalah lah jawabnya.

Nawal tersenyum kemenangan. Pinggan pisang goreng yang masih panas itu didekatkan dengan dirinya. Ha apa lagi, ngap lah.

     "Amboi.. suka suka kau je kan?" Pinggan pisang goreng yang tinggal dua ditolak ke Nawal. Yang masih banyak dia ambil dan bawak lari pergi sofa.

Sedap dia duduk bersila atas sofa sambil ngap pisang goreng yang masih panas tu. Nikmat!

Nawal pandang kecil besar kecil besar je si mamat Alee ni. Pisang goreng yang tinggal dua itu dia habiskan saja. Lebih baik pandang apa yang didepan mata daripada pandang apa yang dibelakang. Menyakitkan hati!

Tak lama, habis dua goreng pisang tu. Nak lagi...

Kepala ditoleh kebelakang.

Pinggan kosong diangkat kemudian jari telunjuk diangkat.

     "Satu?" Dengan muka polosnya Nawal meminta.

Alee rasa nak tendang-tendang angin je sekarang. Kenapa nampak comel eh minah ni!?

     "No." Muka ketat dia pamerkan.

Pinggan diletakkan kasar ke lantai. Nasib bukan kaca, kalau tak, retak habis ibarat hatinya yang retak tak dapat pisang goreng.

    "Macam ni eh kau layan tetamu?" Tangan disilangkan ke dada. Posisinya sekarang seratus peratus menghadap Alee di sofa.

     "Ops, correction. Tetamu tak diundang yang tiba-tiba tersadai tepi rumah aku."

     "Eh hello!? Kau ingat aku nak sangat ke tersadai tepi rumah kau ni hah? Entah-entah biawak melintas tadi tu sebenarnya haiwan peliharaan kau kan? Dasar tak reti nak jaga!"

Entah sejak bila pulak ada orang bela biawak sebagai haiwan peliharaan dalam Malaysia ni.

Alee buat tak kisah. Malas nak kisah. Nawal mendengus geram. Saat tubuh dibawa berdiri, terasa pedih luka di lutut. Terhinjut-hinjut dia berjalan menuju ke dapur. Nak mengadu dekat makcik! Biar berlubang perut si Alee tu kena cubit.

     "Jalan pun lembab!"

Aish! Sesiapa tolong tahan Nawal dari ambil pasu mini dekat meja tv ni.

Tolong,

love license Where stories live. Discover now