Hampir tiga minggu juga dia nak habiskan latihan. Harini merupakan latihan terakhir. Minggu depan dia perlu menghadiri penilaian pula, dimana menentukan adakah dia layak untuk ambil test jpj.
Lega rasa hati sebab takpayah nak berpanas lagi lepasni semata-mata untuk latihan motor. Dahla satu jam kau pusing buat benda yang sama, gila!
Tapi paling dia bersyukur sekali sebab tak terserempak langsung dengan mamat mulut kurang ajar tu. Aman dunia. Mungkin dia datang hari lain dan waktu yang lain.
Tempat parking motor dituju. Dia bawa motor saja selamani. Tapi ikut jalan dalam kampung sebab lebih dekat. Yang penting lebih selamat dari jalan raya.
Tanpa membuang masa, pantas Nawal menghidupkan skuternya. Helmet tak lupa juga untuk dipakai.
Kedengaran bunyi guruh walaupun matahari masih terik atas kepala. Laju sahaja dia memulas motor untuk pulang.
Malang,
Nasib tidak menyebelahinya, hujan turun rintik-rintik dan lama kelamaan menjadi lebat. Habis kabur pandangannya sekaligus membuatkan dia sukar untuk melihat jalan. Namun dia tetap memulas motornya laju.
Tidak lama selepas itu, entah dari mana datangnya biawak bersaiz agak besar yang tiba-tiba sahaja ingin melintas di tengah jalan.
Terbeliak habis matanya. Jantung usah kata, terkejut macam kena heart attack.
Tidak semena-mena Nawal hilang kawalan. Sel-sel otaknya juga tidak berhubung untuk menekan brek kecemasan.
BAM!
Akhirnya dia terbabas di sebuah rumah. Habis dilanggarnya pasu bunga yang entah milik siapa.
Motornya jatuh, kepalanya yang dipakaikan helmet terhentak agak kuat. Berpinar kepala. Dalam keadaan hujan yang semakin lebat membasahi bumi, dia tetap sedaya upaya cuba untuk bangun. Rasa pedih di bahagian lutut dan tapak tangan diabaikan.
Dalam hati memang tidak berhenti menyumpah seranah biawak tadi.
Memang time orang nak lalu lah dia sibuk nak melintas. Jalan lembab mengalahkan siput khinzir pulak tu.
Baru sahaja dia ingin mengangkat motornya, ada tangan yang terlebih dahulu menolong. Nawal melihat gerangan tersebut disebalik viser helmetnya.
Kabur, tak nampak sangat wajahnya. Tapi dia tahu itu lelaki.
"Masuk rumah, hujan lebat ni!" Lelaki itu sedikit menjerit disebabkan bunyi hujan yang semakin lebat. Dirinya juga sudah basah lencun.
Dia terkejut tadi apabila mendengar seakan sesuatu yang pecah di luar rumah. Apabila melihat dari tingkap biliknya yang berada diatas, seorang gadis telahpun terbaring di atas tanah.
Motor Nawal ditolak ke bawah rumahnya yang berbumbung. Nawal membontoti langkah lelaki itu dengan kaki yang terhinjut-hinjut. Punggung dilabuhkan di atas kerusi dengan bibir yang terketar-ketar, tubuhnya dipeluk kesejukan.
Lelaki yang menolongnya tadi telahpun masuk ke dalam rumah. Tak lama selepas itu, dia keluar semula bersama dua helai tuala.
Gadis yang menunduk sambil memeluk kesejukan itu didekati.
Saat mata mereka bertembung, dua-dua dengan riak yang sama. terkejut.
"Lembab!?" Terjerit kecil suaranya apabila memandang di gadis.
Tak sangka, adakah ini satu kebetulan yang sangat ketidakbetulan?
Nawal tahan dirinya daripada menjadi singa. Terasa sangat anti dengan perkataan lembab tu. Eh salah, anti dengan lelaki ni!
Sehelai tuala diletakkan di belakang tubuh membaluti diri gadis yang jelas kesejukan itu. Tuala yang satu lagi awal-awal sudah dipakaikan ke tubuh sendiri.
Nawal agak terkejut dengan tindakan itu, tapi dia hanya diam. Nak cakap terima kasih, tapi macam berat sangat nak keluar dari mulut ni.
"Jum, masuk dalam." Arah lelaki itu seraya menapak ke dalam rumah tanpa menunggu si gadis.
Nawal terpinga-pinga di tempatnya. Dia hanya melihat lelaki itu masuk ke dalam rumah dengan ekor mata.
Lama dia diam tak berkutik di kerusi itu memeluk tubuh sendiri. Sejuk gila!
Tiba-tiba kedengaran dari belakangnya ada sesuatu yang berbunyi. Tingkap casement yang ada dibelakang perlahan-lahan dibuka dari dalam. Terlihatlah satu wajah manusia yang terjengul di tingkap itu.
"Faham bahasa melayu tak ni? Aku cakap masuk dalam kan? Kau nak tunggu petir sambar kau sampai mati kejung dekat situ ke apa?" Sangat indah kata-katamu wahai jejaka.
Nawal menjelingnya tajam. Nak membalas tapi bibir terketar-ketar ni sampai tak boleh keluar satu perkataan.
"Masuk cepat! Mak aku ada kat dalam." Katanya lagi sebelum perlahan-lahan menutup semula tingkap.
Nawal perhatikan saja dia. Tiba-tiba tingkap itu kembali terbuka.
"Sebelum aku kunci pintu, baik kau masuk sekarang."
Tingkap itu ditutup kembali. Nawal tunggu sekejap, manatahu dia bukak balik.
BUM!
Tertutup matanya mendengar bunyi kilat yang mula sabung-menyabung.
Ah! Nak taknak dia gagahkan juga diri untuk berjalan masuk ke dalam rumah. Gila tak takut duduk luar. Kalau betul-betul kena sambar dengan petir, tak ke habis riwayatnya.
YOU ARE READING
love license
Short Storykisah mereka, bermula dengan kemalangan kecil, kemalangan sederhana, kemalangan besar, dan akhirnya mati bersama. :: baca boleh, percaya jangan.