Helmet diletakkan sekejap diatas meja yang tersedia di kaunter. Selesai dia scan cap jari, pekerja itu memberikan semula ic nya.
Sling bag dibuka untuk menyimpan semula ic. Tidak perasan dibelakangnya ada yang menunggu. Dekat depan kaunter ni jugakla dia kalut nak simpan ic.
"Ketepi boleh tak? Jangan lembab sangat."
Nawal berdecit perlahan. Dia terus berganjak dari situ tanpa memandang ke arah punca suara. Kaki laju beredar dari situ apabila kelibat kereta ayahnya sudah sampai di luar pagar.
Tak sampai dua meter dia berjalan,
"Lembab!"
Jeritan dibelakang memberhentikan langkahnya, automatik dia toleh belakang.
Melihatkan dari baju yang dipakai oleh lelaki tersebut, rasanya dia ni lah yang tolong angkat kon tadi. Maklumlah waktu dia tolong tu, muka kena sorok dengan viser. Nak pulak visernya warna hitam, memang tak nampak la muka.
Nawal perhati lelaki yang mendekatinya, baru perasan ada helmetnya ditangan lelaki itu.
Ah! lupa pulak nak ambil.
"Kau mengaku eh diri kau lembab?" Katanya lalu tersengih mengejek. Helmet yang dia hulurkan diambil kasar.
"Kau ni kan, tak boleh cakap baik-baik ke?" Nawal buat muka menyampah.
Suka-suka je panggil orang lembab. Jolok taik anjing dalam mulut baru tahu. Banyak juga anjing dekat sini. Dalam tiga empat ekor.
"Cakap baik-baik? Aku ada cakap benda jahat ke?" Soalnya.
Panas pula hati Nawal. Bercampur dengan cuaca yang memang sedia panas, jumpa pulak lelaki mulut takda insuran ni. Berasap! Kalau dalam kartun, dah keluar api dari kepala. Menyala!
Malas mahu melayan, badan dipusingkan kembali berjalan meninggalkan si jejaka.
"Orang dah tolong, tak reti cakap terima kasih?"
Entah bila waktu ketika, tiba-tiba si jejaka sudah berjalan beriringan di sebelahnya.
Nawal berhenti, dan dia turut sama berhenti. Masing-masing menghadapkan badan melihat satu sama lain.
Kening dijongketkan sebelah. Kerek habis muka mamat ni.
"Terima kasih daun keladi, lepasni jangan tolong lagi." Ucap Nawal seikhlas yang mungkin. Senyuman paling manis sekali dia hadiahkan.
Lelaki itu tersengih. Sengih yang buat orang menyampah rasa macam nak lenyet dekat jalan tar.
"Aku dah tolong kau dua kali, so kau hutang dengan aku."
Heh! Whatever. Tak betah lama disitu, laju-laju Nawal melangkah untuk ke kereta ayahnya. Makin lama dia bercakap dengan mamat ni, makin menjadi-jadi.
"By the way, helmet kau bau kepam!" Jerit lelaki itu agak kuat memandangkan si gadis telah menjauh darinya.
What!?
Nawal tak pandang belakang. Dia teruskan langkahnya. Helmet ditangan dibawa ke hidung.
Mana ada bau! Ugh!
Helmetnya tu baru beli kot. Dasar mulut kurang ajar.
YOU ARE READING
love license
Short Storykisah mereka, bermula dengan kemalangan kecil, kemalangan sederhana, kemalangan besar, dan akhirnya mati bersama. :: baca boleh, percaya jangan.