Rumah ini semalam meriah dihadiri keluarga terdekat. Siang hari semalam berlangsung majlis perkahwinan di antara Syed Uwais Adly dan Norarfa Amna.
Pihak lelaki awal-awal lagi berkata majlis perkahwinan ini hanya di adakan di kampung sahaja. Tidak di sebelah lelaki kerana pengantin lelaki sibuk dan perlu ke luar negara beberapa hari.
Tarikh mereka yang tetapkan, majlis hanya di sebelah perempuan seakan pihak perempuan pulak yang terhegeh-hegeh nak berkahwin. Rungutan Akram kembar kepada Norakma Adra mereka merupakan abang dan kakak kepada Norarfa Amna. Akram sengaja menekankan kata-katanya itu kepada ibu bapanya. Sebenarnya dia memang tak bersetuju dengan cadangan pernikahan ini sejak awal.
Akram jaga sikit nada suara tu. Keluarga tuan Syed masih ada berbual dengan atuk dan nenek kat luar tu kata Umi.
Betul pun apa yang abang kata tu Umi. Umi ni ikut je cadangan keluarga tuan Syed tu. Umi fikir tak apa perasaan Amna. Umi tahu kan semalam Amna tu bertugas. Dah la dia masih dalam tempoh latihan. Nak bergerak balik ke sini dengan tergesa-gesa. Kalau terjadi apa-apa masa adik memandu balik ke kampung ni macam mana? Kini Norakma pulak berpunyi.
Umi terdiam. Nasib baik semua saudara mara mereka sudah pulang hanya tinggal keluarga tuan Syed dan keluarga mereka sahaja.
Umi. Adik gerak dulu kata adik yang baru keluar dari biliknya sambil membawa beg berisi pakaian. Malam ni shiff adik.
Nak abang akram hantar tak tanya akram pada adiknya.
Tak apalah abang akram tadi tuan Uwais kata nak tumpangkan adik sampai hospital lepas tu dia nak ke Australia.
Ooo.. Ok. Esok abang hantarkan kereta adik ye. Hari esok abang ingat nak hantar kak Noor balik rumah mak dia dulu. Kata Akram.
Terima kasih abang.
Selesai bersalaman mereka pun bergerak ke Kuala Lumpur.
Kau dengar ni, pernikahan ni cuma atas kertas sahaja kau dengan urusan kau aku dengan urusan aku. Kata Uwais kepada Amna.
Maksud abang.
Stop calling me abang. Aku bukan abang kau. Panggil Encik Uwais.. Mulai sekarang kalau kau nak jumpa aku balik rumah mama aku. Selebihnya pandai-pandai la kau nak hidup dan jangan sesekali bagitau apa hubungan kita pada semua ingat tu.
Sebaik sahaja Amna turun dari kereta Uwais terus dia ditinggalkan terkulat-kulat sendirian di situ. Dilihat jam 2jam lagi dia perlu masuk kerja.
Mama, saya minta diri dulu malam ni saya shiff malam. Kata Amna pada mertuanya.
Emm... Ok terus dia di tinggalnya Amna terkulat-kulat dia seperti Uwais. Dalam hati. Kenapa mereka Pinang aku kalau dah tak suka aku?
Amna. Tegur tuan Syed.
Tuan.. Saya kena masuk kerja.
Oh ye. Tadi Baba kamu ada bagitau. Papa ingat Uwais terus hantar kamu ke hospital tapi dia tinggalkan kamu disini. Sekejap bagi Daud rehat nanti papa minta dia hantar kamu ke hospital.
Tak apalah Amna naik Grab je. Lagipun ingat nak singgah rumah sekejap nak ambil baju bersih.
Kalau macam tu baiklah.
YOU ARE READING
Denting
RandomSyed Uwais Adly - mengalami kemalangan jalan raya yang agak kritikal semasa mengejar tunangannya. Itu menyebabkan kemarahan kedua ibu bapa dan neneknya. Mereka memaksa Uwais bernikah dengan anak kenalan mereka yang kebetulan doktor yang bertanggungj...