5

32 0 0
                                    

Amna aku nak mintak maaf atas salah faham kita beberapa hari ni. Aku nak mintak kau jangan panggil aku Encik depan family aku. Aku tak nak nenek masuk campur hal kita seperti mana Suraya dan adik aku.

Saya ok je. Balas Amna. Nasi dihulurkan kepada Uwais. Nak lauk apa tanya Amna.

Letak je semua aku makan. Ikan cencaru bakar dan air asam, sambal sotong dan sayur campur. Memang menu sihat ni bisik hati Uwais. Masuk sahaja mulut. Sedapnya...

Nak jus lagi tanya Amna selesai makan dia mengutip pinggan. Uwais masih kekal di meja bar itu.

Amna.

Ye, jawap gadis itu.

Aku nak cakap sikit. Kata Uwais.

Cakap apa?

Aku tau kau pun tak kenal sangat kan ahli keluarga aku yang lain. Kau cuma kenal nenek, papa, mama, maksu, paksu dan anak-anak diorang.

Ye. Kita pun masih baru jadi saya tak ada masa nak berbual lebih lama dengan Encik. Balas Amna.

Uwais, panggil je nama aku Uwais... Amna, aku nak kau tau serba sedikit tentang keluar aku sebelum orang lain cerita.

Aku ada 2 orang adik, seorang belajar di politeknik nama dia Umar Ilham dan adik perempuan aku Syarifah Uqasyah. Sekarang dia yang menetap di Sabah sebagai cikgu. Adik aku tu memang tak sekepala dengan mama, cucu kesayangan nenek aku tu. Perangai nenek aku sebiji pada dia.

Amna hanya jadi pendengar. Sambil tersenyum. Nak kopi atau Hot coklat tak?

Tak payah la kau pun tentu penat semalam kerja shiff malam. Dah lama ke kau jadi pakar bedah ni.

Nak kata lama tak jugak. Masa saya bedah awak dulu tu saya baru habis tamat tempoh sebagai pakar separuh mahir. Kemudian saya sambung belajar sekarang ni masih dalam tempoh untuk pertauliahan sebagai seorang pakar bedah profesional. Ada beberapa jam dan beberapa peperiksaan akhir yang saya perlu buat.

Oooo, kau memang sentiasa kerja malam ke soal Uwais.

Tak sebenar saya kerja shiff pagi 3 hari, shiff malam 3 hari. Masa kat hospital kerajaan pun sama tapi ada oncall. Lepas kita bertunang saya terus berhenti kerja dengan kerajaan pindah  masuk ke hospital Putra sekarang ni. Sebab saya fikir bila kerja kerajaan saya banyak komentmen seperti oncall.. Macam mana dengan fam..

Ting tong... Bunyi loceng di luar.

Fam apa... Amna. Soal Uwais.

Ada orang kat luar jap saya tengok.

Maksu, nenek. Suraya pun ada masuklah. Macam mana keadaan Faisal. Tanya Amna. Sebaik sahaja mereka duduk.

Alhamdulillah abang Faisal dah sedar Dr Amna. Terima sebab selamatkan suami saya kata Suraya dalam nada sayu.

Dah tanggungjawab saya Suraya. Tubuh Suraya dipeluk wajah anak Suraya yang lena tidur ditatapnya. Tak elok nagis ni nanti boleh menganggu mental awak Suraya pujuk Amna.

Betul tu Amna sokong maksu.

Uwais hanya memerhati dari jauh Amna memang tak kekok dalam semua hal. Sekarang jika dibuat perbandingan antara dia dan Amna mengerikan Amna jauh lebih segalanya berbanding dia. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus.

Dah lebih seminggu Faisal di hospital Alhamdulillah tulang bahu yang patah pun sudah sedikit membaik hari ni Faisal dah dibenarkan pulang ke rumah.

Terima kasih Dr Abdullah, Dr Chong dan Dr Amna yang memberi rawatan pada saya kata Faisal.

Ingat kamu tak boleh lasak. Jangan angkat benda berat, tunduk terlalu lama dan jangan memandu kenderaan buat masa ni. Pesan Dr Abdullah.

Baik doktor.. Jawab Faisal sambil tersenyum. Suraya di sisi terpancar kegembiraan.

______________****__________________

Satu plan mengejut yang mereka sendiri pun tak rancang tapi sekarang Uwais dan Amna dah berada di kampung Amna.

Amna baru habis shiff malam. Malam ni dia tak kerja. Kerana dia dah 4hari kerja malam. Sepatutnya 3hari dalam jadual kerjanya. Oleh kerana mengganti rakan sekerja yang ada masalah keluarga jadi malam shiff dia dah ada orang yang ganti. Sabtu selalunya dia oncall. Tapi dah ada yang ganti. Ahad offday. Isnin public holiday. Jadi 3 hari cuti.

Terdetik dalam hati dah lama tak pulang ke kampung. Terus masej ringkas dihantar kepada Uwais. Jawapan Uwais dia balik rumah Amna selepas solat Jumaat. Amna pun ke dapur menyediakan juadah makan tengahari mereka. Sambil itu pakaian kerjanya dicuci dan rumah dikemaskan walaupun tak bersepah.

Tempoh hari semasa Faisal masih di hospital keluarga Amna antara yang datang melawat. Oleh kerana maksu, nenek dan Suraya masih bermalam di rumah Amna jadi kedua ibu bapa Amna memilih untuk tinggal di rumah abang Amna.

Uwais ternganga jugak bila dengar perbualan maksu dan ummi Amna. Bukan calang-calang kerjaya adik beradik Amna. Amna pun tak kurang hebatnya sebagai seorang doktor pakar bedah. Abang Akram adalah pensyarah di akademi penerbangan. Kakak Adra pulak seorang peguam begitu jugak dengan suaminya tuan Sufian. Kak Noor, iparnya Amna pulak bekerja di sektor penerbangan. Manakala ibu bapa pulak bekas pesara kerajaan. Sempat umi dan baba tanya bila nak balik kampung. Jawapan mereka tunggu cuti lama sikit.

Habis solat Jumaat Uwais yang kebetulan baru balik dari mesyuarat dengan Jabatan kerja raya terus pulang ke rumah Amna.

Kita balik kampung awak nak cadang Uwais. Awak cuti 3hari kan. Dia berjalan ke meja makan. Sambil mata melirik ke juadah yang disediakan oleh Aman. Tom yam campur dan kerabu sotong. Sangat menyelerakan.

Boleh ke? Awak macam tanya Amna sambil tangannya lincah mengisi nasi ke pinggan Uwais.

Apa tak boleh ye. Kan kita dah janji nak balik kampung awak kalau ada cuti lama. Lagipun saya dah lama tak memancing ni. Gatal tangan ni nak pegang joran. Uwais suka cara layanan Amna bila mereka berada di meja makan dulu awal perkahwinan nak angkat muka pun Amna tak berani kini, lembut jugak hati Uwais dengan layanan Amna. Amna seperti biasa mengisi pinggan nasi Uwais dengan lauk pauk. Sunnah Rasulullah saw melayan suami memang Amna jaga.

Kalau macam tu pakaian awak macam mana tanya Amna.

Kat dalam kereta tu ada beg pakaian yang saya standby takut kerja lambat siap jadi saya akan bermalam kat hotel. Tapi tak banyak la untuk semalaman je.

Tak apa nanti saya siapkan pakaian awak balas Amna. Tempoh hari masa keluar dengan maksu sempat Amna beli sehelai dua baju untuk Uwais. Ada sehelai kurta dan baju kemeja lengan pendek untuk lelaki. T-shrit, kemeja dan seluar Uwais pun ada beberapa helai kat rumah ni. Sejak kejadian Faisal tempoh hari Uwais terus bermalam disini. Kad akses Amna dah sediakan satu untuk Uwais. Duit belanja pun Uwais sediakan setiap kali sebelum berangkat ke tempat kerja.

Macam mana Uwais teruskan memancing ke nak balik tanya baba mertuanya.

Banyak ke ikan baba dapat. Tanya Uwais dalam hati beliau belum puas lagi. Tadi dia dapat seekor ikan baung sebesar tapak tangannya. Ada juga 2 ekor ikan kelah dan ikan patin buah seberat sekilo lebih. Udang galah hanya ada 3 ekor sahaja.

Baba adalah dapat seekor ikan kelah dan 12 ekor udang galah. Jawab baba, sambil melihat hasil yang diperoleh Uwais. Wah banyak ni. Boleh la kita masak tempoyak ikan patin dan baung ni. Kelah ni kalau digoreng buat sambal kicap cicah terangkat ni.

Betul tu baba, udang ni kita mintak Amna masak sambal baba cadang Uwais. Dia memang suka makan sambal yang dimasak oleh Amna.

MAKAN MALAM memang meriah dengan hasil yang mereka peroleh siang tadi. Sambal udang galah dengan petai. Asam pedas ikan patin dan ikan bakar bersama ulam-ulaman.

Baba dan Uwais orang yang paling rancak berbual. Ada saja cerita mereka tentang minat memancing mereka. Daripada jenis joran, ikan dan macam-macam la. Amna tak sangka suaminya yang nampak tak ada perasaan ni boleh minat memancing.

Esok nak ke mana baba? Tanya Amna sambil membawa beberapa cawan minuman kepada bapa dan suaminya.

Ingat esok baba nak bawa kamu semua kutip buah kat kebun petang tadi pak Wan cakap rambutan dan cempedak kita dah mula masak.

Best tu baba Uwais tak pernah tengok pokok cempedak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Denting Where stories live. Discover now