Dr. Chong ini laporan yang doktor mintak. Kata Amna pada ketuanya.

Thanks Amna. Jemput duduk saya ada beberapa perkara nak berbincang dengan kamu. Amna terus duduk sebaik sahaja menarik kerusi di hadapan Dr. Chong. So macam mana dengan tugasan sekarang ni ada apa-apa masalah.

Alhamdulillah tak ada yang teruk sangat doktor biasalah kita di unit kecemasan ni memang tak lari dari kekangan masa nak siapkan laporan tugasan, kes kemalangan dan kesihatan.

Betul tu. Itulah tugas doktor Amna. Kita ni tak lari dari masalah kemalangan, kematian dan kesihatan. Oh ini ada satu surat dari jabatan sumber manusia buka dan baca.

Tawaran sebagai pegawai perubatan professional gred U48.

                     ***

Habis shiff malam Amna tak terus pulang ke rumahnya. Dia terus pulang ke rumah mertuanya. Ingat dapatlah berehat rupanya ada majlis makan tengahari mertuanya bersama dengan kenalan rapatnya.

Kamu tunggu apa lagi pergi tolong mak kiah di dapur. Arah mertuanya. Ingat ye jangan pakai, pakaian elok pakai baju kurung kedah dengan kain batik ni je. Kalau kawan-kawan aku tanya cakap kau anak saudara mak kiah.

Baik datin.

Mak kiah masak apa tegur Amna.

Cik Amna.

Tak payah bercik-cik pun mak kiah. Panggil Amna je. Kata Amna sambil tersenyum.

Mak kiah nak buat kari Ayam, sambal udang dengan petai, sambal belacan dan sayur campur. Tapi tadi Daud kata Datin nak makan kerabu sotong mak kiah rasa dah tak sempat ni dah pukul 11.00pagi.

Kalau macam tu biar Amna je yang tolong buat sambal udang dengan petai dan kerabu sotong.

Boleh ke? Tanya mak kiah ragu-ragu.

InsyaAllah boleh.

Tepat pukul 12.15minit tengahari semua juadah siap dihidangkan. Ada tambahan lagi jeli teh bunga dengan asamboi memang sedap la kalau di makan waktu panas tengahari macam sekarang.

Semua memuji hidangan yang disediakan untuk tengahari ini. Bukan main kembang hati datin Mazanah.

Menu yang tidak disangka mencetus pujian adalah kerabu sotong dan jeli teh bunga.

Amna terus ke bilik untuk solat, sebaik sahaja masuk ke bilik dia pun menanggalkan tudung untuk berhadas dan berwuduk. Usai solat dia langsung tak ke dapur kerana malas nak menutup kepala lagipun penat tubuh ni bekerja semalam tak hilang lagi. Entah macam mana dia tak sedar dia tertidur sebaik sahaja selesai solat zohor.

Woi bangun la. Pemalas.. Marah Uwais.

Usai solat asar Amna turun kedengaran suara berbual riuh di ruang utama.

Mata tajam merenung Amna..

Siapa perempuan tu tegur seorang wanita seusia Umi.

Norarfa Amna binti hj Nordin.

What.. Anak kat Amirah ke ni. Ya Allah dah besar panjang cantik orang ye. Ni ke mak kat kat Min ada kejutan tu.

Mari Amna kenalkan ni lah kawan baik Umi kamu masa kami tinggal sekampung dulu. Maksu Jasmin.

                 ***

Syarifah Jasmin bukan main seronok bercerita tentang zaman kanak-kanaknya dulu.

Maksu suka sangat bila tahu nenek dan papa jodohkan Amna. Ya Allah dulu zaman budak-budak maksu pernah plan dengan Umi kamu nak jodohkan anak kami bersama biar kami berbesan tapi anak maksu baru umur 14tahun kata maksu Jasmin sambil tergelak.

Amna pun turut tergelak.

Amna jom esok teman maksu pergi shopping nak? Anak-anak maksu diorang nak ke petrol sains anjuran kem motivasi yang paksu kamu daftar tu. So maksu free.

Emmm.. Tapi Amna kena balik rumah dulu. Sebab nak siapkan pakaian untuk kerja.

Uwais, hanya mendengar dari tadi tak pernah pulak dia tanya mana rumah Amna. Setahu dia hanya lokasi tempat kerja Amna. Tak sangka gadis itu ada rumah. Tentu sewa dengan kawan-kawan ni.

Dah lewat ni, Uwais naik atas dulu dah mengantuk la.

Ok. Kata mereka yang berada di situ. Amna hanya mampu jadi pemerhati tadi masa Uwais kejutkan dia tertidur di sejadah awal-awal dia pesan jangan tidur sekatil dengannya. Jangan tinggal apa-apa barang milik Amna di dalam bilik itu.

Boleh kan Amna.

Baik la.. Tapi kita ke rumah Amna dulu la. Kat kawasan rumah Amna dekat dengan Mall dan butik pakaian.

Cantik jugak macam tu.

Bising nenek Uwais kepada Amna. Mana taknya seorang ke timur seorang ke barat. Uwais dengan kerja yang tak tentu masa balik ke rumah itu. Amna pun sama.

Tapi maksu bijak memujuk nenek.

Mak budak-budak ni masing-masing ada tanggungjawab dan ada tugas mak. Mak kena faham Amna ni doktor bukan senang tugas dia. Uwais pun mak kena faham dia bekerja makan gaji nak tak nak kena la pergi kerja.

Pandai la kamu tu Jazmin ada je jawapan kamu bila mak cakap. Rajuk nenek. Ni kamu berdua nak ke mana?

Min, nak jalan-jalan sekejap dengan Amna. Malam ni Amna kerja shiff malam jadi kami nak Me time bersama.

Ye lah Hati-hati.. Kamu Mazanah tak ke mana-mana hari ni. Semalam kalau tak silap mak kamu ada buat makan-makan dengan kawan-kawan kamu kat rumah ni.

Yes mak semalam saya ada buat makan-makan sikit jemput kawan kelab wanita saya tu. Ingat minggu depan kami nak ke bali. Temankan Puan Sri Ramona belikan barang persiapan perkahwinan anak dia.

Hai bukan main kamu ye. Hari tu masa Uwais dan Amna nikah tak nak pulak kamu buat persiapan siap majlis di sebelah perempuan sahaja. Takut calon menantu dan bakal besan kamu tahu ke. Sindir nenek.

Denting Where stories live. Discover now