Tak semena-mena Rina terpaksa membuang masa duduk di sini sambil minum kopi pahit yang dipesan Faleq. Wajahnya sugul. Nampak sangat dia terpaksa duduk berhadapan dengan Faleq. Tapi Faleq pula sebaliknya. Dia suka kerana dapat berjumpa lagi dengan Rina.
"Apa yang awak nak cakap? Penting sangat ke sampai ajak saya minum kopi?" Soal Rina.
"Relax. Chill dulu. Minumlah kopi tu." Katanya sambil melemparkan senyuman kecil.
"Saya tak minum kopi o'."
"Really?. Habis tu kau minum air apa?"
Anak mata dijuling ke atas. Tangan disilangkan. "Kenapa awak nak kena tahu? Cepatlah cakap apa yang awak nak cakap sangat tu. Saya ada hal penting ni."
"Okey. First of all, aku nak ucap terima kasih sebab dah rawat aku. Second..."
Sebelum dia habiskan ayat itu, dia dekatkan kerusi dengan meja. Wajahnya didekatkan dengan kornea milik Rina. Semakin ia hampir, semakin besar jarak yang Rina cipta.
"Awak ni kenapa? Gila ke?" Soalnya, dingin. Dia tidak suka jika orang ini hanya mahu bermain dengannya.
Faleq gelak besar. Tubuh kembali disandarkan pada kerusi. Betul ke dia ni tak ingat? Atau pura-pura tak ingat?
"Kau tak ingat aku ke?" Soalnya. Masih lagi gelak.
"Awak Faleq Iskandar." Jawabnya. Dahi berkerut halus. Nak berteka-teki pula.
"Salah."
"Habis tu? Alien?"
Faleq tersenyum senget. Lucu dengan jenaka itu. Lagi-lagi melihat muka Rina yang sudah hilang kesabaran.
"Tropicana Smoothie? Tak ingat?"
Rina berkerut. Apa maksud dia ni? Sekejap!
"Awak...awak lelaki tu ke? Yang potong queue tu, kan!?" Tekanya. Pandangan matanya terus berubah sebaik sahaja dia teringat kejadian hari itu.
"Bingo. Sekarang kau dah ingat. Patutlah muka kau ni macam aku pernah nampak." Tuturnya.
"Kenapalah saya tak cam muka awak? Kecil rupanya dunia ni. Tapi memang salah awak sebab main potong aje queue. Kan tak pasal-pasal kena bayarkan order orang lain. Tak marah, kan?" Soalnya.
Patutlah dia tak cam muka Faleq sewaktu dia diusung ke hospital kerana rambutnya menutup dahi dan ada juga beberapa luka pada wajah.
"Marahlah juga. Tapi kau suruh aku anggap macam sedekah, kan? Aku dah halalkan. Tapi sebagai balasan untuk tu, aku nak kenal dengan kau." Ujarnya, serius.
Jauh renungan itu sehingga boleh tembus ke dinding. Sejak dia tiba di rumah Nana, dia asyik terganggu dengan sesuatu. Sesuatu yang dia was-was. Apa yang dibicarakan Nana pun dia hanya mengangguk tanpa faham tentang arahan untuk raptai hari ini. Wajahnya kosong tanpa emosi.
"Rina. Nisrina? Kau okey tak ni?" Soal Nana. Dia labuhkan punggung di atas sofa sebelah Rina. Bunga lili masih dipegangnya selepas siap digubah.
"Huh? Okey...aku okey. Turn aku nak rehearsal bila? Sekejap lagi eh?" Suara Nana terus matikan lamunan Rina. Dia mengumpulkan semula pandangan dan fokus pada Nana.
"Haah, sekejap lagi. Yakah kau okey? Macam tak aje? Ada apa-apa berlaku ke?" Soalnya lagi. Tak boleh percaya sangat dengan Rina ini. Kadang kalau tidak okey pun dia kata dia okey.
Rina menarik nafas dalam.
"Apa kau nak buat kalau ada orang nak kenal dengan kau? Okeylah, bayangkan yang kau ialah aku."
![](https://img.wattpad.com/cover/368927415-288-k82059.jpg)
YOU ARE READING
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...