Lihatlah kehidupan orang dengan mata,
Bukan dengan telinga orang-orang lainDayana terpaku. Sungguh, tajuk berita utama yang tersiar di televisyen itu sangat mengejutkannya. Bahkan dia yakin pasti satu negara pasti gempar dengan berita panas itu.
Kehidupan Yusuf penuh dengan kejutan. Tidak sangka, Yusuf adalah anak daripada Hairil Hakim, pelakon terkenal yang terlihat tidak pernah berpunya dengan influencer wanita yang sangat berpengaruh di media sosial, Hajar Nuwairah.
"Allahuakbar..."
Bagaimana keadaan Yusuf sekarang? Semoga baik-baik saja. Sungguh, Dayana ingin tahu. Dia kemudian mengambil remote televisyen dan menutupnya, kemudian terus ke arah biliknya. Telefon dicapai dan aplikasi dibuka.
Seperti dugaannya. Ketiga nama itu trending di aplikasi X dengan nama Hairil Hakim yang paling atas, diikuti Hajar Nuwairah dan yang ketiga... Yusuf Hadi.
Dua-dua dulu teruk, kenapa berani sangat jadi public figure?
Aku dah agak dah. Pelakon macam Hairil tu tak sah tak ada skandal.
Serius la? Hajar Nuwairah? Yang alim nampak warak tu? Pernah buat benda terkutuk tu?
Aku dah agak dah. Nampak je alim, tapi dah pernah buat benda tak senonoh tu.
Jijik, bodoh. Siap ada anak yang dah remaja. Nak SPM pulak tahun depan.
Macam tu je eh satu negara digula-gulakan.
Dah agak dah. Aku junior dieorang, memang dieorang couple. Tak sangka dieorang putus sebab ni. Jijik!
Perempuan murahan!
Pelakon tak sedar diri! Ingatkan suci rupanya terlebih....
Cakap tak serupa bikin
Tapi serius anak dia hensem. Kalau bukan hasil anak luar nikah ni aku rasa lebih popular dari si Hairil tu.
Hum, sebab tu dua-dua tak kahwin lagi. Dah tak laku rupanya...
Beragam cuitan yang menjadi perbincangan hangat. Sungguh, Dayana tidak sanggup membaca kesemua itu. Hinaan dan juga beragam reaksi dan balasan. Semuanya menyakitkan!
Tetapi, tidak sepenuhnya cuitan yang mengandungi hinaan dan cacian. Ada sebahagian yang mengambil kejadian itu sebagai peringatan.
Semua orang boleh berubah, lagipun itu masa lalu kan? Sekurang-kurangnya dia dah berubah ke arah kebaikan.
Kenapa semua sibuk nak uruskan kisah silam orang? Semua orang ada masa depan!
Apapun yang terjadi, kami tetap akan sokong Hajar dan Hairil!
Berat ujian yang mereka hadap. Kita tak tahu cerita belakang dieorang macam mana.
Betul! Semua orang pernah salah!
Peluang selalu ada untuk orang yang berusaha!
Taubat. Usaha. Tawakal. Aku tahu ujian yang dieorang hadap memanglah berat. Kalau aku, aku sendiri tak mampu kata aku sanggup hadapi.
Ya Allah, beratnya ujian. Semoga kita sama-sama ambil iktibar dari kisah mereka.
Air mata Dayana jatuh. Kenapa Yusuf, remaja yang tidak bersalah itu menanggung semua penderitaan yang dibuat oleh ibubapanya sendiri?
KAMU SEDANG MEMBACA
Pelangi Selepas Hujan
General FictionApa itu bahagia? Bagi Yusuf, satu perkataan itu tidak pernah dirasai ataupun dialami sepanjang hidupnya. Kisah Yusuf tidak semanis kisah orang lain seperti buku cerita kanak-kanak yang dari awalnya bahagia sentiasa. Sejak lahir, dia tidak tahu siap...