n/v-4

32 1 0
                                    

Terdengar siulan seolah memanggilnya, dua orang lelaki itu terus palingkan tubuh menghadap dua orang lelaki lagi.

"Kau nak apa?" soal salah seorang kepada lelaki yang bersiul tadi.

"Itu soalan aku untuk kau. Did you guys need something?" kening dijungkitkan.

"Siapa yang hantar korang?" soal lelaki yang berdiri disebelah lelaki yang bersiul tadi.

Dua orang lelaki tadi menelan liur apabila dirasakan diri mereka seolah berjaya dikesan dan tingkah mereka sudah dihidu.

"Tiada siapa. Aku cuma berjalan aje dekat kawasan sini. Tak tahu pula sini jalan bapak kau sampai tak ada siapa boleh lalu.." soal mereka kembali. Sinis..

"Kalau ini jalan bapak aku. Kau.. dan kau... tak akan hidup sampai saat ini. Tak payah la nak disorokkan benda yang dah terang lagi bersuluh. Korang orang upahan untuk cari dimana anak tunggal keluarga Tuan Hafzan, kan?"

"I told you.. I'm not that stupid. Aku tak sebodoh korang. Siapa agaknya yang upah orang tak bertauliah macam korang ni untuk buat kerja? Tak clean langsung.." sinis lelaki yang berada di sebelah lelaki bersiul tadi.

Dua orang lelaki itu terus berpaling dan melarikan diri.

Lelaki yang bersiul serta rakan disebelah cuma tergelak sinis.

"Cuma kali ini aku lepaskan dia orang." ujar lelaki bersiul tadi.

"Kau nak beritahu Tuan Raja ke, Zayn." soal lelaki disebelah lelaki yang bersiul tadi, Zayn.

"Kita perlu ada maklumat tambahan lagi sebelum beritahu Tuan Raja, Maliki. Jom, aku tahu mana nak selongkar lagi maklumat ni." balas Zayn kepada rakannya.

***

"Kau betul, Tuan. Dia orang memang ada lalu lalang di tempat yang cik Hayfa tinggal dulu." Iyyaz kerut dahi.

Apa yang dia orang nak?

"Itu aje?"

"Kami masih siasat lagi ni, kalau ada apa-apa yang terbaharu, kami akan beritahu kau dengan segera." beritahu Zayn.  Iyyaz hanya mengangguk.

"Call aku dulu kalau nak jumpa. Aku sekarang tinggal dekat rumah parents aku. Jangan datang pulak! call aje aku, kita jumpa dekat apartment aku. Faham?"

"Faham.." sahut mereka berdua.

"Dah keluar, menyemak aje datang sampai hospital. Kau orang ingat sini apa? tak pasal-pasal orang ingat aku ni penjenayah." Iyyaz geleng kepala. Sudah la datang bersut hitam bagai. Dengan Ray-Ban lagi..

Tak pasal-pasal orang ingat ada unit khas nak siasat dia.

"Kau nak pergi mana ni Tuan?" soal Maliki.

"Aku nak pergi jumpa sepupu aku kejap, nanti aku balik dengan dia.  Kau orang balik la dulu.."

"Baik, Tuan Raja." Zayn dan Maliki berlalu keluar dari bilik itu.

Belum sempat pintu ditutup..

"Eh! bukan dia yang suruh kita report terus ke kat dia?"

"Apa-apa tentang Hayfa, lapor terus dekat aku walau dekat mana sekali pun aku berada!" Maliki mengajuk cara bercakap Tuan nya.

Zayn hanya menyenggol lenggan Maliki.

Berkali-kali..

"Kejap! biar aku luah perasaan sat!" Maliki tolak lenggan Zayn semula.

"Aku ni sanggup tinggai tunang aku tepi jalan semata-mata nak ikut kau lapor kat dia tau! Kau la tak menyepat! kalau ye pun, bagi la aku breakfast dulu sampai selesai. Ini kalau dia mintak putus.. memang pu---" Maliki telan liur dengan senyum kambingnya.

"Assalamualaikum Tuan Raja.. Sihat?" Maliki teguk liur.. terasa pasir. Iyyaz jungkit kening.

"Sejak bila Tuan ada kat belakang kami?" soal Maliki. Zayn senyum sinis.

"Sebelum sempat kau 'EH!' kan aku lagi aku dah terpacak dekat sini. Cuba kau baca tanda nama kat pintu ni? nama siapa?"

"nama Tuan Raja Iyyaz." tutur Maliki perlahan.

"Jadi kau mengumpat aku didepan pintu bilik kerja aku. Kau nak aku potong gaji--"

"Siap sedia tuan! sekarang jugak saya pergi cari siapa yang cuba sakiti bakal cik puan kita. Jom Zayn!" penuh semangat suara Maliki. Diheret lengan sahabanya itu.

'cepat laaa jalan badak air oiii. Kemain berat kau ni, banyak dosa ka!' bebel Maliki dalam hati sambil mengheret tubuh Zayn menjauhi kawasan itu.

Dirinya seolah dihantui oleh bayangan tuannya.

"Itu la, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kan dah terkata bapak singa." sinis Zayn semula.

---TBC..

17.9.2024

TESORO'S [n/v]Where stories live. Discover now