n/v-3

30 2 0
                                    

Niyaz mengelamun jauh. Otaknya bingung memikirkan apa yang harus dilakukannya. Sampai bila harus menumpang?

"Niyaz?" dia berpaling kebelakang. Terlihat wanita separuh umur itu tersenyum manis kepadanya. Jatuhkan sedikit pandangan, dia terlihat ada dulang makanan yang dibawa oleh wanita itu.

"Kenapa tak turun makan dari pagi tadi lagi?" dia senyum kelat. Niat tidak mahu menyusahkan tuan rumah, malah tindakkannya ini lagi menyusahkan orang sekelilinya.

"Tak akan tak lapar.  Dari pagi tak makan, kesian dekat perut Niyaz." ujar Tengku Nara.

"Niyaz cuma tak nak menyusahkan semua orang.." perlahan suaranya.

"Niyaz.." Tengku Nara hanya diam menanti Niyaz menyambung kata sambil mendekati Niyaz yang duduk di atas katil.

"Niyaz apa?"

"Niyaz tak nak tinggal dekat sini." Tengku Nara tersenyum segaris.

"Kalau tak nak tinggal di rumah Iyyaz, Niyaz tinggal dirumah bonda aje la." laju Niyaz menggeleng.

"Tak apa. Sini bukan tempat saya.. Niyaz nak pulang ke tempat asal Niyaz." Tengku Nara kemam bibir.

'Sini lah tempat awak Hayfa sayang.. rumah ni, rumah awak.' hanya mampu diungkapkan di lubuk hati Tengku Nara.

"Tengku.." Tengku Nara terkejut apabila jemari sejuk itu menyentuh kekura tangannya.

"Awak tak menyusahkan. Bonda suka Niyaz ada dekat sini. Dekat dengan hati bonda. Bonda tak ada anak perempuan jadi bonda suka bila Niyaz ada dekat dengan bonda. Ada kawan." jemari Niyaz digengam kembali. Rambut pendek separas bahu itu diusapnya.

"Ikut bonda balik rumah bonda ye? tinggal dengan bonda, bonda tahu Niyaz tak selesa tinggal serumah dengan Iyyaz, kan?" walaupun ini rumah Hayfa, tapi Iyyaz juga tinggal disini. Agak kurang manis anak dara ini tinggal serumah dengan anak terunanya walaupun dia turut ada disini.

Tak akan dia nak halau Iyyaz pulang ke rumahnya dan tinggalkan Hayfa berseorangan disini?

Lebih baik dia bawa Hayfa tinggal bersamanya. Senang sikit dia nak pantau keadaan Hayfa.

Tok!

Tok!

Kepala Niyaz yang sedari tadi menunduk kembali diangkat apabila terdengar beberapa kali pintu biliknya diketuk.

"Iyyaz la tu." perlahan suara Tengku Nara, kekura Niyaz ditepuk perlahan.

"Bonda keluar dulu. Jangan lupa makan tau, nanti Iyyaz marah. Dia kalau marah boleh bertukar jadi hijau, silap-silap dia pasang tiup dekat hidung Niyaz supaya Niyaz makan." ugut bonda. Niyaz tergelak perlahan.

"Nanti Niyaz makan, Tengku."

"Panggil bonda aje."

"Nanti bonda bincang dengan Iyyaz tentang hal Niyaz akan berpindah ke rumah bonda ye?" lambat-lambat Niyaz mengangguk.

"Baik." Tengku Nara tersenyum suka.

"Good girl.." pipi itu dicubit sedikit geram. Menyeringai Niyaz dibuatnya.

"Bonda buat apa ni?" soal Iyyaz. Dia terus buka pintu apabila terdengar suara Niyaz seolah menyeringai.

"Ha! yang awak buka aje pintu bilik anak dara orang sesuka hati nenek awak kenapa? Tak malu?" Iyyaz angkat bahu. Bibir dicebek.

Dah dia tahu bonda kat dalam mesti la dia berani buka. Alasan kukuh? sebab dia yakin Niyaz tak akan berkemban didepan bonda.

Sebab itu dia main terjah aje. Dah ketuk pintu dekat seminit pun dia masih belum dapat izin boleh masuk.

"Nenek Yaz tu, ibu bonda.." jawap Iyyaz sarcastik.

Kalau tak menjawap, bukan Iyyaz la..

***

"Kau yakin ada orang sedang cari Hayfa?" soal Iyyaz hairan.

"Hm, ada seorang jururawat ni beritahu aku, katanya ada seorang wanita datang bertanya tentang wad yang didiami oleh cik Hayfa. Tapi selepas seminggu cik Hayfa keluar."

"Dia beritahu ke Hayfa dah discharge?"

"Ye. Dan perempuan tu terus blah." beritahu lelaki itu.

"Suspicious betul." Iyyaz kerut dahi.

Siapa?

Siapa lagi yang mengenali Niyaz?

Tak..

Niyaz tidak memiliki apa-apa..

Jadi..

"Dia orang bukan cari Niyaz Binti Abdullah.." Iyyaz membuat andaian sendiri.

"tapi, Tuan Nur Hayfa Binti Tuan Nuh Hafzan."

---------------TBC..

9.9.2024

vote and comment untuk unlock next cp.

20 vote boleh?

TESORO'S [n/v]Where stories live. Discover now