Nuh & Dallysa | 1

95 5 0
                                    

Dallysa POV.

HAMPIR muflis aku dibuatnya. Sepanjang aku berada di sini, duit aku sudah habis untuk membiayai ubat-ubatan ibu dan abah. Baki yang ada pun sudah tinggal RM10. Nasib baik aku terdetik untuk memeriksa baki yang ada dalam akaun Bank Simpanan Nasional. Adalah juga sedikit, lepas nak bayar bil elektrik.

Tapi aku buntu sekarang ini. Aku tak ada kerja. Dah dua bulan aku berada di sini. Nak lari lagi? Memang taklah!

Malas aku nak hadap drama air mata ibu dan abah. Sejujurnya, aku benci dengan kehidupan aku.

Orang kata anak bongsu ini beruntung. Apa yang diminta akan dapat semuanya dengan ibu bapa. Kalaulah ada kuasa untuk menukar badan, dah lama aku letak diri mereka ke tempat aku. Biar mereka rasa, tak seronok jadi anak bongsu.

Mereka yang berkata adalah mereka yang memberi segalanya kepada anak bongsu mereka, tidak pada aku.

Anak bongsu yang lain kalau tak dapat apa yang mereka nak dari ibu bapa, mereka akan usaha. Aku ni, jangan kata nak minta dengan ibu dan abah, nak usaha pun tak boleh.

Hidup aku disekat dan dikawal 100% oleh ibu bapa. Aku ni anak strict parents secara rasmi. Kalau aku budak-budak memang bolehlah aku nak bergantung sepenuhnya dengan ibu dan abah aku. Masalahnya aku ni dah dewasa. Umur dua puluh tahun, bukan dua tahun nak kongkong hidup aku.

Keluh dilepaskan.

Langkah aku membawa diri ke dapur. Barang dapur sudah habis. Yang ada pun hanyalah dua tin sardin.

Sekali lagi aku mengeluh.

Ibu dan abah aku berada di ruang tamu. Sejak mereka sihat daripada demam panas, perangai mereka terus berubah. Kalau dulu bukan main muka kasihan kalau aku nak berambus, ini muka nak jadikan aku babu mereka.

Masa aku nak berambus, mereka berdrama air mata konon mereka tiada anak lain selain aku. Nasiblah aku lahir je terus jadi anak bongsu.

Benci!











TING!

Selesai sahaja tugasku, terus aku menjenguk telefon aku yang masuk notifikasi.

'Siapa pulak order barang ni?'

Pelik juga. Aku rasa aku tak ada beli barang dalam talian. Ini tahu-tahu nak sampai. Cash on Delivery pula tu.

Aku bukan apa, risau sebab zaman sekarang zaman scammer. Macam-macam mereka lakukan demi sekeping wang.

Tapi aku tetap menghantar lokasi rumah. Tak apa, aku dulu belajar taekwondo di sekolah. Biarpun bukan blackbelt, tapi sedikit sebanyak adalah juga seni mempertahankan diri.

Eh, kejap!

Aku sekarang cashless. Mana ada duit sekarang. Habislah aku!

Takkan aku nak minta duit dengan ibu dan abah? Mereka pun tak ada duit secara cash, mesti ada dalam akaun bank. Masalahnya satu, mereka tak pandai nak membuat pembayaran secara dalam talian. Aku ni hanya tahu guna Touch n Go saja.

Terus aku buka semula telefon aku. Aplikasi Touch n Go dibuka.

Syukurlah aku ada wang sebanyak RM30 dalam aplikasi ini. Rezeki aku. Allah SWT masih menyelamatkan aku. Buatnya abang kurier itu garang? Tak ke naya aku?

Pin! Pin!

Terangkat kepalaku. Lajunya.

Terus aku mencapai anak tudung sebelum menyarungkan tudung sarung aku.

Dia Milik Dallysa (E-Book)Where stories live. Discover now