Nuh & Dallysa | 3

20 2 0
                                    

Dallysa POV.

PINGGAN disusun bersebelahan singki. Pili air ditutup sebelum aku mengesat tangan menggunakan baju yang aku pakai sekarang ini. Apa susah? Kejap lagi nak mandi.

Rasa hilang sedikit kerja aku. Basuh pinggan sudha siap, lepas ni buang sampah, kemas dapur, menyapu dan membasuh baju. Itu aje kerja aku setiap hari tanpa gaji. Nak gaji apa sebab duduk rumah. Sedangkan kakak dan abang aku yang pulang ke kampung boleh aje duduk santai macam anak raja. Aku di dapur pula berhempas pulas bagaikan seorang bibik.

Orang kata kalau anak-anak yang duduk merantau akan dilayan seperti tetamu oleh ibu bapa sekiranya mereka pulang ke kampung, tapi aku? Aku juga pernah bekerja di negeri orang tapi aku dilayan seperti bibik selepas pulang.

Untung mereka.

Nasiblah aku dilahirkan di atas muka bumi ini. Entah siapa yang salah. Salah aku sebab dilahirkan, salah ibu aku sebab melahirkan aku ataupun kelahiran aku ini terlalu berdosa sehingga dilayan seperti ini.

Cemburu?

Jujur, aku cemburu dengan kakak dan abang. Mereka boleh duduk bersantai, makan minum dan buat seperti tak ada apa-apa. Aku boleh pejam mata lagi kalau dengan adik-beradik, tapi abang dan kakak ipar aku pula? Memang terlalu diberi muka.

Sampaikan pinggan sebiji pun tak boleh nak basuh. Semuanya nak disuruh aku untuk buat. Keluarga aku mengajar tentang erti kerjasama, tapi tidak kepada basuh pinggan, kemas rumah, masak dan basuh pakaian. Semua aku kena buat.

Kononnya aku ni anak dara. Kena buat kerja rumah. Nanti orang pandang serong dan tak laku. Masalahnya bagi aku bukan sebab pandang serong, mereka aje yang malas. Tak laku? Nak laku macam mana kalau aib aku sentiasa dibuka di khalayak tetamu dan aku juga tak bebas ke mana. Nak berkawan dengan lelaki pun tak boleh.

Bila dengan satu keluarga, akulah yang dipuji macam-macam.

Aysa rajinlah.

Aysa cantiklah.

Aysa budak pandailah.

Ayaa itu dan Aysa ini.

Naik meluat aku dibuatnya. Bukan apa, kalau di hadapan tetamu atau ketika kami pergi ke rumah orang, akulah yang paling buruk.

'Aysa pemalas di rumah. Semua kerja ibu dia ni kena buat.'

'Aysa ni makan dan tidur aje dekat rumah. Suruh cari kerja, malas.'

'Kalau adik-beradik dengan ipar dia balik, diorang aje buat kerja rumah. Asyik terperuk dalam bilik je.'

'Keputusan SPM memang cemerlang tapi malas pergi belajar.'

Bila diingatkan balik, aku memang terasa dengan mereka. Aku ni ibarat tahi yang orang mudah hidu bau busuknya tapi adik-beradik aku yang merantau jauh ibarat bunga yang wangi.

Yang dekat tahi, yang jauh bunga. Sesuailah dengan situasi aku sekarang. Nak meluah, tapi aku tak ada kawan. Nak pendam, nanti aku sakit. Bukan aku tidak pernah meluah dekat ibu dan abah aku, tapi luahan aku itu ibarat cerita lawak bagi mereka. Paling aku tidak boleh lupa di mana luahan aku dijadikan topik perbualan dengan tetamu. Maruah aku dipijak-pijak semudah itu sahaja.

Sejak itulah aku pilih untuk pendam walaupun aku tahu, aku akan menanggung sakit. Tapi aku tidak ada pilihan. Cukup sekali meluah, aku serik.

Letih?

Memang aku letih hadap keluarga aku. Sampai sekarang aku masih mencari di mana untung menjadi sebagai anak bongsu yang selalu diperkatakan oleh orang ramai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Milik Dallysa (E-Book)Where stories live. Discover now