PROLOG

36 4 0
                                    

Kecil besar kecil besar aje Fina merenung lelaki di hadapannya ini. Semalaman kut dia tidak tidur kerana memikirkan cara untuk meluahkan rasa. Tapi lelaki itu balas dengan satu patah perkataan saja.

"No!"

Dua huruf yang menghadirkan rasa malu teramat sangat. Mana dia nak letak muka selepas ini? Itu belum lagi kira pertembungan demi pertembungan yang bakal berlaku antara mereka.

"Saya tak berminat dengan awak."

Dum!

Bengkak hati Fina mendengar sebaris ayat yang dirasakan kejam untuk dirinya itu.

"Ada yang menunggu saya. Awak tak berminat untuk jadi perampas, kan?"

Kuat Fina menggigit bibirnya. Tangan menggigil kerana menahan daripada menampar muka lelaki yang bermulut jahat ini.

"Sebab saya layan awak baik, awak perasan saya sukakan awak. Dan sekarang awak malu sendiri."

Dimalukan lagi. Fina tidak tahan. Lantas...

Pang!

"Tak suka tak apa tapi jangan nak banyak mulut kata saya bukan-bukan. Dalam ni ada hati tau. Hati ni hidup. Ada perasaan."

Sepenuh hati Fina meluahkan rasa marah dan geramnya. Kalau dia berdiam, dia akan terus dimalukan. Jadi lebih baik dia bidas lelaki yang bermulut kejam ini.

"Baguslah kalau tahu hati awak tu hidup. Jadi awak tahulah yang hati saya ni juga hidup. Dan dalam hati hidup saya ni dihuni hati hidup yang lain. Mohon jangan simpan perasaan pada saya. Tak akan berbalas rasa yang awak ada untuk saya tu."

Bongkak. Sombong. Malah tertera ego lelaki itu di hadapannya. Boleh saja lelaki itu bercakap dengan cara yang lebih baik dengannya. Bukannya dia bodoh sangat untuk memahami.

"Saya ada paksa awak suka saya ke?" tanya Fina.

"Selalunya dalam drama kalau perasaan tak berbalas watak perampas akan buat apa saja. Asalkan dapat memiliki."

Fina tergelak. Raja drama rupanya. Nanti dia bagi ayat balasan yang ala-ala dalam drama juga.

"Tapi dalam drama juga ada watak lelaki yang kembali menagih kasih bila menyedari kesilapan perasaan sendiri."

"Saya setia. Jadi tak mungkin perasaan saya akan belot pada dia. Lagipun saya melayan awak baik sebab kita manusia. Bukan sebab saya cintakan awak."

Fina berdecit. Nak dicubit-cubit aje mulut yang menyakiti hatinya.

"Saya baru cakap sukakan awak bukannya cinta. Yang perasan sangat kenapa?"

Tak nak kalah. Jadi Fina putar belit semula ayat yang diucapkan pada lelaki di hadapannya ini.

"Suka atau cinta sama saja. Mula-mula suka. Lama-lama jadi cinta."

Fina mendengus. Kalau tadi dia datang dengan perasaan suka sekarang sudah bertukar menjadi meluat. Menyesal pula simpan perasaan pada lelaki tak berperasaan seperti ini. Tak boleh ke rejek dia dengan cara yang lebih baik.

"Disebabkan hal ni saya dah tak boleh nak berbaik dengan awak lagi. Saya tak mahu awak makin suka pada saya. Jadi..."

Splash!

"Perasan. Meluat aku."

Fina beredar. Puas hatinya melihat lelaki itu kehilangan kata-kata. Tak sia-sia dia memesan air lemon ais gelas besar.

"Good joob, good job bro. Macam ni lah adik abang."

Hanya jelingan diberi sebelum dia juga turut beredar. Sayu pandangannya melihat si gadis pergi membawa hati terluka. Bukannya dia tak suka. Dia suka tapi keadaan tidak memihak padanya ketika ini.

JANGAN KATA TAK SUKAWhere stories live. Discover now