“AUNTIE, siapa nama baby ni?”
Suara halus yang mengajukan soalan itu mengalih perhatian Arya yang ketika itu sedang berbual bersama Nasya. Dia memandang ke arah gadis kecil yang sedang berbaring di sebelah anaknya itu. Bibirnya tersenyum tipis
“Aidan. Nama dia Aidan Louise.”
“Ooo... Aidan. Encemlah dia ni,” ujar Elsa seraya mencucuk pipi tembam Aidan dengan jari telunjuknya. Kemudian, dia mengekek suka dapat mengusik bayi lelaki itu.
“Amboi Elsa, kecik-kecik dah pandai ya tengok lelaki hensem?” soal Nasya. Tergeleng kepala dengan sikap anak daranya itu. Anak siapalah tu.
“Pandailah. Dia encem. Elsa suka!”
Arya tergelak melihat telatah gadis kecil itu. Comel!
“Mummy!” Elsa tiba-tiba bangun daripada duduk di atas lantai dan berlari ke arah Nasya.
“Nak apa ni?” soal Nasya, pandang wajah Elsa sambil jongket kening. Pelik.
“Mummy, besar nanti kan, Elsa nak kahwin dengan Edan. Boleh tak?” soal Elsa, memegang lengan Nasya.
“What? Kahwin” Suara Nasya naik seoktaf mendengar soalan anaknya itu. Apakah?
“Aah. Nak kahwin dengan Edan,” jawab Elsa dengan wajah selamba.
Terkedu Nasya dibuatnya. Dia berpandangan dengan Arya. Tak salah dengar ke?
“Mummy, boleh tak? Elsa sayang Edan.” Elsa goyang tangan Nasya bersama muncung di bibir.
Nasya garu tepi kepalanya. Apa mahu jawab ni? Silap jawab, hujan petir.
“Mummy...” Mata bulat Elsa mula berkaca apabila tiada balasan daripada mummynya itu.
Nasya tarik nafas panjang sebelum dihela nafas perlahan. “Yalah, yalah. Tunggu besar nanti ya. Baru boleh kahwin.”
“Betul ni?”
Nasya memandang Arya. Aduh, tak sangka pula gadis berusia empat tahun sudah pandai berbicara tentang kahwin. Mana belajar pun tak tahu ler.
“Ya Elsa. Elsa kena besar dulu. Okay? Kena jadi budak baik.” Arya bersuara.
“Lepastu boleh kahwin dengan Edan?”
Arya gigit hujung bibirnya. “Err, ya. Baru boleh.” Dilayankan saja. Budakkan? Dia bukan faham apa yang dia kata. Nanti-nanti lupalah. Kot.
“Yeah!” Elsa bersorak gembira. Dia berpatah semula ke arah Aidan.
“Apa yang riuh sangat suara Elsa?”
Tiga wanita yang berada di ruang tamu menoleh ke arah datangnya suara garau itu. Baru Nasya mahu buka mulut, Elsa sudah berlari ke arah Andi.
“Daddy!”
“Ya, kenapa ni? Kemain menjerit tadi. Ada apa-apa yang daddy tak tahu ke?” soal Andi, mendukung anak gadisnya itu.
“Daddy, Elsa nak kahwin!” jerit Elsa, teruja. Leher Andi dipeluknya erat.
Langkah Andi terus mati apabila mendengar kata-kata Elsa. Dahinya berkerut. “Apa? Kahwin?”
“Aah. Dengan Edan!” jerit Elsa lagi, menunjuk ke arah Aidan.
Kali ini, bukan Andi saja yang terkejut, Rayyan turut terkejut. Dipandang wajah gadis kecil itu. Kemudian, dia pandang Aidan. Seriuslah?
Andi dan Rayyan pandang isteri masing-masing meminta penjelasan. Kedua-dua wanita itu menggeleng kepala.
“Kita akan berbesan ke macam mana ni?” soal Andi kepada Rayyan.
“Entahlah...”
YOU ARE READING
MY LOVE, EDAN! (EBOOK)
Short Story"Mummy, besar nanti kan, Elsa nak kahwin dengan Edan." "Elsa sayang Edan." Pertama kali bertemu, ELSA, gadis berusia 4 tahun jatuh suka dengan AIDAN, yang ketika itu baru berusia lapan bulan. Meminta mahu berkahwin dengan Aidan. Difikirkan, sekadar...