DRESS labuh berwarna merah itu dibelek. Dipadankan pada tubuhnya. Cantik. Tidak berfikir panjang, terus dibawa dress itu ke bilik air. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dengan lengkap memakai dress merah itu. Dia bergerak ke arah meja solek. Berpusing 180 darjah, mahu memastikan dress itu terletak elok pada tubuhnya. Cun!
Elsa capai pula shawl berwarna dusty pink yang sudah diseterika lalu disarungkan di kepala. Belit, belit, belit dan belit. Kemas! Kemudian, dia tepek compact powder di muka bersama lip balm di bibir. Buat kesekian kalinya, dia pandang dirinya di pantulan cermin. Elsa tersenyum sendiri. Tidak sangka diri sendiri cantik. Hehe.
Tidak mahu terus syok sendiri, dia melangkah ke arah katil. Beg tangan berwarna hitam yang berada di atas tilam dicapai. Setelah itu, bergegas dia melangkah ke pintu dan melangkah keluar dari biliknya itu.
“Elsa?”
Langkah Elsa mahu ke tangga terbantut apabila mendengar namanya dipanggil. Dia berpaling. “Papa…”
“Nak pergi mana ni?” soal Andri, sebaik tiba di hadapan gadis itu. Ditilik gadis itu atas bawah. Cantik kemain dengan dress labuhnya. Jaranglah dia nak lihat gadis itu berpakaian sebegitu. Selalunya pakaian macam jantan.
“Keluar sekejap.” Ringkas Elsa menjawab.
“Pergi mana? Dah malam ni. Kan papa kata tak boleh keluar selepas pukul lapan. Lupa?”
“Err, sekali ni je. Boleh? Please papa…” Elsa buat wajah simpati. Kedua kelopak matanya dikelip-kelip comel.
“Mana?” soal Andri sambil berpeluk tubuh.
“Rumah orang.” Perlahan Elsa menjawab sambil menggigit hujung bibirnya.
“Apa? Rumah orang? Siapa? Pakwe?” Bertalu-talu soalan diajukan Andri. Pandangannya juga tajam menikam wajah anak buahnya itu.
“Hei, bukan pakwelah!” Elsa menafikan. ‘Tetapi bakal suami.’ Hatinya menyambung.
“Betul ni? Habis tu rumah siapa?” soal Andri. Meragui. Setahunya, Elsa tiada kenalan di Malaysia.
Elsa tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. “Okaylah, ceritanya macam ni…” Dia mula bercerita kepada Andri, daripada A hingga Z tentang apa yang berlaku dua hari lepas.
Andri yang menjadi pendengar buat wajah kosong. Tidak tahu mahu percaya atau tidak.
“Begitulah ceritanya. Boleh tak papa? Kesian auntie tu, dia dah masak siap-siap untuk Elsa. Boleh ya?” Elsa buat lagi wajah comel. Mengharapkan keizinan daripada bapa saudaranya itu.
Andri hela nafas perlahan. “Jangan balik lambat. Lepas habis makan, balik. Jangan nak singgah mana-mana. Faham? Awak tu perempuan. Keluar malam macam ni. Bahaya. Daddy amanahkan awak pada papa. Apa-apa jadi, papa yang nak kena hadap daddy awak tu.”
“Baik papa. Janji, Elsa balik terus nanti lepas dah siap kat sana. Tak merayap. Okay?”
Andri berdeham pendek.
“Jadi, bolehlah ni? Kan?” soal Elsa menginginkan kepastian.
Sekali lagi Andri berdeham pendek.
“Yeay! Terima kasih pa. Love you.” Elsa kucup hormat tangan Andri. Tubuh lelaki itu turut dipeluk kejap. Setelah itu, bergegas dia melangkah ke arah tangga. Laju kakinya memijak anak tangga turun ke bawah.
Kunci kereta di atas meja tepi pintu utama itu disambar sebelum keluar dari rumah. Kasut disarungkan ke kaki. Buat apa pakai heels. Pakai kasut je senang. Senang nak terajang orang.
YOU ARE READING
MY LOVE, EDAN! (EBOOK)
Short Story"Mummy, besar nanti kan, Elsa nak kahwin dengan Edan." "Elsa sayang Edan." Pertama kali bertemu, ELSA, gadis berusia 4 tahun jatuh suka dengan AIDAN, yang ketika itu baru berusia lapan bulan. Meminta mahu berkahwin dengan Aidan. Difikirkan, sekadar...