permulaan fasa kelam

8 0 0
                                    

     Tujuh tahun telah berlalu namun kisah gelap itu masih menghantui kehidupan sebuah keluarga yang dikenali sebagai keluarga ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah adalah seorang pengamal agama yang amat disegani di sebuah kampung. Beliau merupakan guru agama yang ditugaskan mengajar ilmu agama dan penceramah yang telah merantau hampir ke seluruh Malaysia untuk menyampaikan dakwah. Setelah beliau pencen atas faktor usia, beliau terus mendekatkan diri ke jalan Allah dengan menjadi imam masjid di kawasan kediamannya. Tidak hanya dilantik menjadi imam, beliau turut menjadi tempat bergantung masyarakat setempat dengan menjadi tempat mengadu atau tempat menyelesaikan masalah rumahtangga, pergaduhan dan pelbagai lagi. Tidak pernah berkata “tidak” untuk membantu sesiapa sahaja yang meminta bantuannya, beliau sangat disegani sehingga ke luar kawasan kampungnya.

   Ustaz Abdullah mempunyai tujuh orang anak hasil pernikahannya dengan seorang wanita yang hebat kerana telah berada di sisinya setiap jatuh dan bangun. Dikurniakan lima lelaki dan dua orang perempuan cukup untuk membentuk sebuah keluarga yang besar dan meriah setiap kali berkumpul.

   Segalannya terlihat begitu normal dan bahagia sehingga tibanya satu malam yang menjadi saksi satu titik hitam dalam keluarga ini. Humaira merupakan anak bongsu kepada ustaz Abdullah yang baru pulang daripada asrama kerana cuti hujung minggu merupakan seorang yang periang menjadi orang pertama yang bertanggungjawab membawa keluarga ini memasuki fasa kelam. Humaira baru sahaja selesai mandi pada waktu maghrib di rumahnya terus masuk ke dalam biliknya untuk bersiap menunaikan solat maghrib terdengar satu suara yang sayup-sayup di luar tingkap biliknya, dia yang penuh dengan perasaan ingin tahu ketika itu mengatur langkah bagi menghampiri tingkap itu namun semakin dia menghampirinya semakin jelas kedengaran suara itu. Pada mulanya dia hanya menganggap hanya suara kicauan burung yang gemar bertenggek dia atas bumbung sambungan di atas tingkap biliknya..

   Inilah kesilapan pertama Humaira, dia masih mendekati tingkap biliknya tanpa sebarang was-was sehingga dia betul betul mendengar dengan jelas bahawa itu bukan suara kicauan burung tetapi satu suara wanita yang sedang ketawa dan suara ini seiras suara seorang nenek yang sudah tua. Humaira tersentak dan terkejut, tanpa membuang masa dia terus berlari keluar daripada biliknya sambil menangis dan memeluk ibunya. Setelah dia menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian dia tersedar namun tidak berhenti menangis seperti menahan kesakitan, pulangnya ustaz Abdullah daripada masjid untuk menunaikan solat maghrib bersama abang Humaira.. Dia menangis dengan lebih keras seolah-olah teriakkannya boleh didengari oleh jiran tertangga.

Abang humaira iaitu Afif terus bertindak dengan menghubungi kenalannya yang mahir dalam ilmu perubatan tradisional untuk merawat Humaira. Tidak lama kemudian perawat itu tiba dan terus menjalankan sesi rawatan, humaira yang tidak mengeluarkan sepatah kata sejak daripada tadi tiba tiba mengucapkan “tolong..tolong aku”...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

misteri di sebalik tawaWhere stories live. Discover now