Sedarkah kamu itu seperti bulan yang menerangi setiap malamku
biarpun pada realitinya sudah lama hilang.
Bulan;
yang membuat manusia itu jatuh cinta
pada sesuatu yang tiada.
Bulan mengajarku untuk mencintai seseorang
bukan sekadar dari pandangan mata kasar
kerana mata itu tidak sempurna;
kadangkala apa yang dilihat dengan mata kasar
belum pasti ada pada nyata
Bulan juga telah mengajarku;
yang telah pergi tidak mungkin kembali
jika dia kembali mungkin hanya untuk persinggahan waktu
jangan merintih luka kerana luka yang lama masih belum pulih
aku tulus mencintai kamu walau hanya sebatas melihat
aku tidak pernah mengutarakan rasa ini
kerana untuk memilikimu aku tidaklah sekuat yang disangka
untuk dilukakan buat kali kedua.