Ramai berpegang pada ayat;
"manusia perlukan masa untuk pulih"
Tetapi hakikat realitinya
masa sahaja tidak cukup untuk memulihkan
hati yang hancur
kerana sebanyak apa waktu yang kamu ada
jika dirimu masih berjuang untuk bertahan
maka waktu itu cuma perkara yang sia-sia
dan selama itu juga kamu tidak akan pulih
Luka itu harus segera dirawat
bukan dibiar baik sendiri
walaupun mungkin mampu dipulihkan
tetapi seberapa lama kamu mampu bertahan
dengan sakit itu
Berharap pada waktu
cuma memberi sakit yang lagi lama
kerana jika kamu merasa ianya memulihkan
maka buktinya kamu itu seorang yang sudah
terbiasa dengan kesakitan
Yang mungkin membuat kamu rasa seperti
luka yang baru itu sudah pergi
Tidak usah berpura-pura kuat
kamu perlu melepaskan segalanya
dengan ikhlas supaya tidak perlu
bertahan dengan luka yang pada akhirnya
akan membunuhmu secara perlahan.
