BAB 10 𐙚

19 10 0
                                    

Sesampai sahaja di depan pintu bilik itu , aku terus membuka pintu itu

"Cantiknya bilik Laura!" mata aku terkelip-kelip , tak percaya yang ni bilik aku

" Ni bilik kita sayang." kata Thaqif di belakang aku, aku menghadap di hadapan dia. Terpapar senyuman manis pada aku.

"Terima kasih Thaqif. " aku berterima kasih kepadanya. Tubuh aku dirapat dengan tubuh Thaqif, dia memeluk badan aku sambil membenam wajahnya pada tudung aku.

"Sama-sama princess" bibir dia tersenyum lebar, dia senyum kepada aku. Aku hanya membalas balik senyuman aku kepada dia

Thaqif melangkah kakinya untuk pergi ke luar bilik

"Thaqif."

"Yes?" dia menjawab panggilan aku itu

"Tolong belikan ais krim boleh?" aku bertanya kepada dia, tanpa muka bersalah aku

"Anything for you, princess." aku senyum dengan panggilan 'princess' itu, tahu lah dia suka buat aku cair !

Thaqif meminta izin dengan aku untuk pergi ke kedai, aku menganggukkan kepala aku.



.  .  .




"Haish, lamanya Thaqif " aku still setia kat depan pintu untuk menunggu Thaqif balik, kenapa dia lambat ni?

Aku melabuhkan punggung aku di sofa sambil menunggu kedatangan Adrean , aku terlelap mata kerana menunggunya lama.

. . .

Aku terbangun dari tidur, jam menunjukkan bahawa sekarang pukul 12:39 minit, agak-agaknya keadaan Adrean okey ke tak ya?



Tok! tok! tok!




pintu aku diketuk oleh seseorang , aku takut nak buka pintu itu. Ni dah larut malam ni, takut terjadi apa-apa. Aku menghembus nafas untuk menenangkan diri aku, aku mengumpul semua kekuatan untuk membuka pintu itu

Aku membuka pintu itu perlahan-lahan.


. . .



badan aku terkaku diam, aku dan Thaqif bertatapan mata.

"Kenapa Thaqif balik lambat? Laura risau kalau apa-apa jadi dekat awak." aku marah suamiku itu, dia merayau pergi mana?

"Laura..T-thaqif ada kerja tadi..Thaqif minta maaf.." tergagap-gagap dia untuk memberi penjelasan kepada aku.

. . .


Aku menangis kerana agak risau dengannya, dia tak fikir isteri dia kat rumah ni ke!

tubuh aku dirapat dengan tubuhnya, dia memeluk tubuh aku dengan erat.

"Thaqif minta maaf sebab buat Lauta risau sangat dengan Thaqif.." rambut aku dihelus lembut dengan tangan kasarnya.

tangan aku di tarik untuk pergi ke bilik kami, aku terus baring di katil itu seolah-olah sudah dah mengantuk .

. . .


"Thaqif."

"Hm" hm jeke?

"mana ais krim yang Laura suruh Thaqif beli tadi?" aku bertanya kepada dia pasal ais krim tu

"Thaqif dah letak kat peti ais, besok jelah sayang Thaqif makan." huhu besok pulak makan, aku hanya menganggukkan kepala aku

. . .


"Thaqif," aku memanggil dia

"Thaqif."

. . .

"dah tidur kot, hm aku dah lah tak boleh tidur ni." aku tak tahu nak buat benda apa, hm

"Eh haah la, ais krimku!" aku baru teringat yang aku suruh Thaqif membeli ais krim untuk aku

Aku perlahan-lahan turun dari katil itu tanpa suara, aku bergegas pergi ke pintu untuk pergi ke dapur.

"gelap, mana suis lampu ni?" aku bertanya kepada diri sendiri aku

"Aha! dah jumpa. "

aku terus membuka suis lampu itu, jam pula sudah menunjukkan yang sekarang dah masuk waktu subuh. Aku terus pergi mengambil air wuduk untuk menunaikan benda yang wajib terlebih dahulu.

Selepas aku habis menunaikan solat subuh aku terus teringat yang aku nak makan ais krim aku tadi! aku terus bergegas pergi ke dapur untuk mengambil ais krim aku itu.

"Ais krim solero!" aku terus mengambil cepat-cepat, tau-tau je yang aku suka ais krim ni!

aku terus membuka plastik ais krim kegemaran ku itu, tiba - tiba lampu terbuka sendiri.

"Lah, Laura ke ? ingatkan toyol mana yang bukak peti ais ni." Thaqif tersenyum kepada aku, dia ketawa kecil melihat perilaku aku seperti itu

"Hey! Laura bukan toyol eh!" sempat lagi aku memarah Thaqif ni , nasib baik suami aku. Kalau tak aku terajang dah dia ni.

Dia cintaku | SLOW UPDATE |Where stories live. Discover now