BAB 12 𐙚

20 8 0
                                    

"Mana suami aku ni"

"Aku mana lah tahu, kau call dia dah berapa kali?" soal erysha, dia tengok dat Laura ni risau betul la, takut suami dia mampus.

"Jap lagi dia balik la tu. Dah kau tak payah nak risau kan dia" dia ingat dengan cara memujuk macam ni boleh tenangkan hati aku ke?

"Macam mana tak risau kalau dia suami aku, ha kau apa tahu!" kita ni risau tau, dia kalau jadi kita pun dia mesti macam ni jugak! kata Laura dalam hati.

air mata mula membasahi pipi Laura, dia tak peduli dengan air mata tu. sekarang ni, dia nak tunjuk bukti kat Adrean yang dia dah buat isteri kesayangan dia ni menangis.

"Hiks..hiks.." rengetku tanpa sengaja.

"Kau menangis ke?!" kuat suara Erysha, entah entah jiran sebelah pun dengar ni.

"A..aku ta..takut kalau a..apa-apa.. jadi kat Thaqif.." renget aku dengan Erysha



Tok! tok! tok!



Laura terus berlari ke pintu untuk membuka.

"Laura?" tau la mata dia ada kesan sebab menangis, tapi tak apa. untuk menjadikan bukti, dia tak hiraukan apa-apa pun.

air mata Laura terus turun dengan lebat, entah kenapa dia tetiba jadi sensitive macam ni.

"Sayang kenapa nangis ni? yaallah...sape buat? nanti Thaqif upah gangster belasah dia." terdengar dia nak upah 'gangster' tu, terus ketawa terbahak-bahak dia.

"Erysha, kau buat apa kat bini aku?" tak pasal-pasal Erysha yang jadi mangsa.

"Dia tak buat apa-apa pun lah," cepat-cepat Laura memberitahunya supaya Erysha tak kena belasah dengan 'gangster' tu. ha takut sangat member kena belasah.

"Habis, kenapa sayang menangis ni?" soal Thaqif dengan nadanya risau.

"Hoi! tau lah aku single lagi, tak payah lah nak tayang romantis kau tu" sengaja Erysha tekankan perkataan 'romantis' itu.

"Dah tu, pergi lah tempat lain. Blah kau sekarang."

"Eish! aku nak main dengan bini kau lagi, ketepi ketepi." Erysha terus menuju ke arah aku, tangan aku kini digenggam oleh Erysha. haih budak ni, muka suami dah singa dah ni.

"Thaqif, Laura mintak izin nak main lagi dengan Erysha boleh?" tersenyum riang Erysha ketika aku meminta izin dahulu dengan Thaqif.

Kepala Thaqif terus mengangguk mengizinkan Laura untuk bermain bersama Erysha.

"Kau Erysha, jangan buat dia menangis. Kalau tak aku upah gangster belasah kau." dingin suara Thaqif. member sebelah ni apalagi! lutut dia macam nak tercabut dah aku tengok sekarang ni.

"Baik, jom Thaqif. Kita gosip" kata Erysha tanpa bersalah, memang kerja dia gosip 24 jam!

Laura biarkan tangannya ditarik oleh Erysha menuju ke bilik lain. Thaqif menggelengkan kepalanya dengan senyuman.

"Jangan dia suruh bini aku jadi gangster sudah." Thaqif melangkahkan kakinya pergi ke bilik mereka.

- Laura & Erysha -

"Weh haritu kan, aku nampak minah ni-"

"Hoi dengar la aku cerita ni!" marah Erysha.

"Aku penat lah, nak tidur." Laura membaringkan tubuhnya di katil bilik itu, haih penat dengar member bergosip.

"Alah kau ni, tak best la." Erysha mengambil tempat duduk di sebelah Laura. "kalau tak best, pergi blah. aku dah penat ni layan kau punya gosip." kata Laura sambil buat muka selamba.

Laura di hadiahkan dengan satu jelingan daripada Erysha, huft merajuk lah! kata Erysha dalam hati. tangannya bersilang di dada, buat-buat merajuk.


Tok! tok! tok!



"Sayang?" panggil Thaqif di luar bilik itu, Laura bergegas pergi ke pintu untuk membukanya. Kelihatan Thaqif yang baru sahaja lepas habis mandi, rambutnya basah dan sudah siap di sarung baju T shirt

"Sayangg..halau lah Erysha daripada rumah ni..Thaqif nak dengan Diya je..tak nak lah ada orang lagi..." renget Thaqif sambil membuat mengelip-ngelipkan matanya, Thaqif mula merasakan pipinya yang begitu panas, sebab cuaca panas kot!

"Laura, aku dah rasa panas pulak kat sini. Bye" Erysha terus keluar daripada rumah ni, Tgaqif yang tadi hanya memuncungkan mulutnya terus gembira melihat Erysha sudah balik dari rumah mereka ini.

"Sayang..apa kata kita.." tak sempat Thaqif berkata, Diya terus memotongnya dengan laju.

"Tak nak! tak nak!" laju menggelengkan kepalanya.

"Sayang tak nak teman kan Thaqif tidur ke?" semakin rendah nada Thaqif apabila diakhir ayat, adui kau salah faham lah Laura! marah Laura dengan diri sendiri.

"Eh tak! Laura nak!" senyum manis di hadiahkan kepada suaminya itu, terus melebar senyuman Thaqif.

"Sayang tadi fikir Thaqif nak buat apa?" terkaku Laura, eish! dah tentu lah dia fikir bukan-bukan. otak Laura kadang-kadang positif, kadang-kadang negatif.

senyum nakal di hadiahkan kepada Laura, otak Laura still blur. entah apa yang difikirkan.

"Heish! mana ada Laura fikir bukan-bukan." pipi Laura mula memerah, orang tersalah fikir je pun! bebel Laura dalam hati.

"Hm, Thaqif nampak bidadari cantik lah malam ni, Laura nak tahu tak yang mana satu?" soal Thaqif dengan senyuman manis, Laura mula merasa cemburu di hatinya, berani dia kata perempuan lain cantik? aku terajang dia jap lagi.

"Siapa?" suara Laura terus bertukar dingin. Thaqif di jeling maut dengan isterinya itu membuatkan dia tertawa kecil.

"Kat depan Thaqif" melebar senyuman Laura di mulutnya, dia dah jealous dah tadi!

"Thaqid pilih satu. nak tidur kat luar ke, nak tidur atas sofa ni?" tertawa kecil Thaqif, eish, macam dinosaur.. kata Thaqif di dalam hati.

"Auch! sakitnya dengar! Laura dah tak sayang Thaqif ke?" tangan kanannya di letakkan di dada Thaqif sendiri, seolah-olah tengah sakit hati sekarang ni.

Dia cintaku | SLOW UPDATE |Where stories live. Discover now