"Muhammad Aden Azry bin Azhami.. Aku nikahkan kau dengan Elryna Sapphira binti Asmand dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai" ujar tok kadi dihadapan Aden.
Dia menghela nafas, berasa gemuruh. "A-aku.." Gemuruh rasanya, gugup! Aku, yang berada di belakang aden, tergelak senyap.
"Aku terima nikahnya E-elryna Sapphira binti Asmand-" terhenti kata-katanya. Bukan setakat aku, tok kadi pun sudah tergelak! "Sabar.. Tarik nafas.. Tenang."
Zrie, bersama dengan ayah, duduk dibelakang aku. "Atuk.. Kenapa uncle Aden macam tu?" Soalnya pada ayah. Ayah sendiri tergelak mendengar soalan Zrie. Gelagat cucunya yang seorang ini! Tak makan insuran! "Uncle Aden nervous, Zrie. Nanti bila Zrie dah besar Zrie bakal faham apa yang sebenarnya terjadi."
"Kita ulang lagi sekali ye..?" Soal tok kadi itu kepada Aden. Aden mengangguk, lantas fokus untuk mendalami kata kata yang diberi.
"Muhammad Aden Azry bin Azhami.. Aku nikahkan kau dengan Elryna Sapphira binti Asmand dengan maskahwin sebanyak RM10,000 ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Elryna Sapphira binti Asmand dengan maskahwin sebanyak RM300 ringgit tunai!" Lantas suaranya.
Tok kadi tersenyum, lantas dia mengalihkan pandangannya disekelilingnya. "Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah." Terus dia berjabat tangan bersama Aden. "Sah ya, awak sah menjadi suami kepada Elryna." Senyum Aden dengan riak wajah yang lega.
Tersenyum aku, malu malu kucing!
"Yeayy!! Zrie dah ada daddy balikk!!" Lompat dengan penuh gembira ya Zrie? "Ish! Elok elok lah Zriee!" Lalu, tangan dihulur "izinkan saya panggil awak.. Sayang..?" Aku lantas mengangguk.
Tangannya aku mengambil tangan Aden. Dengan perlahan, aku salam dan kucup perlahan. Kepalaku dielus lembut olehnya. "Jadi isteri yang baik untuk abang ya..?"
Aku tergelak sedikit. Iya lah, pada mulanya kawan, mestilah sudah 'aku' 'engkau' apakan data jika jodoh. Aku dengan perlahan, mengagahkan diri untuk bangun lalu lantas duduk disisi Aden. "abang.. Sayang janji bahawa sayang bakal kekal setia dengan abang sehingga nafas terakhir sayang didunia ini..
Kata kataku itu.. Tergelak si aden mendengarnya."abang pun.. Mahu janji tentang perkaran yang sama.. Setelah terlafaznya akad nikah diantara kita.. Tanggungjawab, dosa, semuanya abang akan pikul.. Inilah tanggungjawab abang sebagai suami sah sayang.. Jikalau abang ada tersilap tingkah lakunya ataupun perangai abang tidak setanding dengan cita rasa sayang.. Jangan berberat hati untuk tegur abang ya..? Kahwin ini bukan sekejap tetapi.. Sehingga ke akhir hayat kita.. Abang tidak mahulah jika sayang tidak suka akan perangai abang tetapi sayang berdiam diri."
Aku tergelak "ish abang ni.. Kita kan sudah lama berkenalan diantara kita.. Jadi, tidak ada apa lah yang perlu dibimbangkan kerana sayang rasa abang sudah cukup kenal dengan diri dan perangai sebenar sayang ini.."
"Sayang.. Abang cuma risau.. Abang juga hanyalah hamba Allah, manusia biasa yang sering sekali melakukan kesilapan. Kita semua tidak lari dari melakukan kesilapan, sayang.. Jadi.. Tegur sahajalah segala kesilapan abang ya? Abang akan usaha sebaik mungkin untuk perbaiki diri abang yang jauh dari kata sempurna ini."
Aku anggukkan sahaja atas kata kata Aden. "Eh.. Dimana Zrie ye?"
"sini!!" suara halus itu lantang menjerit didalam masjid itu. Tampaknya ada yang sedang gembira ya dapat ayah baharu? "eleh.. Suka lah itu dapat daddy baru?"
"sukaa! Nanti Zrie nak ajak daddy Aden bawa Zrie pergi main dekat padang!!!"
Tergelak Aden "amboi.. Budak sukan kah si kenit Zrie ini?" soalan aden itu. Lantas aku mengangguk "ya entahlah dari siapa dia mengikutnya itu.. Mahu kata sayang, sayang bukanlah seorang pelajar yang aktif melibatkan diri didalam pelbagai acara sukan.. Jadi, mungkin lah dia mengikut daddy lamanya, Aafazyad. Kerana pekerjaan nya sekarang pun sudah ganas, mestilah dia perlukan senaman dan sukan yang mampu menyental dan mengasah kekuatannya, bukan?"
"pergi..pulang lah ke Malaysia, cari dan track lokasi Cik Iraa! Jikalau salah seorang dari kau orang ini gagal menemukannya didalam masa sehari. Hukuman setimpal akan aku beri kepada satu kumpulan ini sekali!" arah Aafazyad dengan tegas dan dinginnya, apa dia kisah fasal pekerja under dia? Kerana, kuasa ditangannya, dialah boss diantara mereka, dia tidak ada apa apa yang perlu ditakuti. Mereka juga mestilah lebih dengarkan arahan arahan dia bukan?
Untung yah kerja sebagai 'VVIP MAFIA CLAN SECOND LEADERS LIONACES'
Lionaces, nama yang dibina dan diberikan oleh pemilik dan pencipta klan itu.. Zachriez Asthon. Itulah ketuanya.. Dan takhta SECOND LEADER telah diturunkan kepada Aafazyad kerana telah berjaya menjadi CLAN yang terkuat diantara semua KLAN bawahannya. Kepercayaan nya diletakkan 100% kepada Zyad. Dialah ahli klan mafia yang boleh dipercayai, digeruni orang ramai.
Tetapi.. Titik lemah Aafazyad terletak pada Isterinya sendiri, Elryna Sapphira binti Asmand. Dialah insan pertama yang mampu meluluhkan hati sekeras batu milik Aafazyad. Tidak tahulah dia guna jampi apa.
Kapal penerbangan peribadi milik Aafazyad juga telah disiap sediakan, dan hanya menunggu masa untuk berlepas pulang ketanah air.
"Arh.. Apa akan jadi jikalau kita semua gagal untuk menemui cik Iraa?"
"Habislah kita semua.. Dihukum setimpal.. Kedengarannya seperti hukuman yang melibatkan nyawa.. Jadi.. Sangat penting pada kita untuk fokus didalam tugasan yang diberi olehnya. Kau tak mahu mati ditangannya, bukan?"
Lantas dia mengangguk, memang tidaklah.. Mahukah dia mati ditangan boss atasannya sendiri? Dia juga mahu hidup dengan aman.. Tetapi dipaksa untuk melakukan kerja yang kejam ini.
Pengumuman berlaku.. "Kita bakal mendarat di Malaysia.. Lekas ya cari lokasi cik Iraa sebelum masa 24 jam ataupun.. Hukum mati digantung."
Meremang bulu roma masing masing ya.. Tuan Muda Encik Aafazyad Efarahan Left Assistant of Zachriez Asthon, nama gelaran panjang pangkatnya didalam klan mereka.
Istimewa.. Sekejam itu ya Aafazyad didalam diam.
Pintu dibuka "sekarang.. Pergi cari lokasi Cik Iraa, aku tidak mahu salah seorang dari engkau semua mati ditangan Aafazyad ye" kata kata Aeril. Ternyata didalam diam.. Dia juga telah merasakan simpati keatas nasib mereka semua.. Dipaksa melakukan pekerjaan haram yang mungkin peluang besar mampu mengadaikan nyawa mereka.
Tetapi itulah.. Gajinya lumayan.. Tiga kali ganda dari gaji seorang Doktor dan Pemandu ruang udara.
Tetapi.. Jikalau dia mempunyai keluarga.. Apa mereka sanggup meneruskan pekerjaan ini? Mati kerana ajal ataupun ditangan Aafazyad?
Memang tidaklah mereka mahu mati ditangan Aafazyad.
Sesetengah dari mereka juga telah mempunyai keluarga.
Dia juga ada..
Aafazyad juga ada sebuah keluarga.. Tetapi sudah berpecah belah.. Dan dia sendiri juga cuba untuk merapatkan balik hubungannya bersama Isterinya. Kerana, dia lah insan yang berjaya menakluk hatinya.
Itulah menjadi sebuah alasan diatas alasan mengapa Aafazyad sukar untuk melepaskan Elryna.

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | REMAKE | 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 JANGAN PELIK KALAU JALANNYA MACAM PELIK II SEBAB SAYA NAK TULIS BALIK