Bab 1🔥

22 1 0
                                    

"weyh kau taknak balik ke rumah family kau? Manalah tahu family kau dapat terima kau balik?" Soal Arisya kepada Amelyn. Arisya ialah anak yatim dan juga anak tunggal. Arisya juga bersahabat dan rapat dengan Amelyn.
Lagipun, Amelyn dah masuk universiti sekarang sebab lulus SPM malangnya Amelyn dibuang oleh keluarganya masa dia tingkatan 3 sebab tak lulus peperiksaan dan Amelyn tinggal bersama Arisya kerana Arisya duduk bersama keluarga tirinya.

"Aku rasa taknak la... Sebab aku tak boleh terima lagi apa yang mak ayah aku buat dekat aku." Jawab Amelyn dengan jujur.

"Aku tahu tapi abang kau bukan ke dia support kau selama kau duduk dengan family kau?" Amelyn melihat sahabat baiknya itu. Banyak soalan betul! "Biarlah aku malas nak cerita pasal diorang." Amelyn terus menarik tangan Arisya supaya mengikutnya. "Oi! Kau nak tarik aku pergi mana ni?! Aku tak pakai tudung gila!" Ucap Arisya dengan panik dan kelam kabut. "Oh! Lupa.. hehe kau pergi la pakai tudung dulu alang alang kita tengah pakai baju dari kelas tadi tinggal pakai tudung je la." Jawap Amelyn dengan selamba dan terus mengambil shawlnya lalu dililitkan pada kepalanya mengikut style dia sendiri.

"Kau nak buat apa kat library ni?" Soal Arisya apabila Amelyn menariknya untuk pergi ke library selepas mereka bersiap tadi. "Aku bosan duduk rumah... Jadi aku pergi dekat library je lah. Boleh aku cari idea untuk projek kita bukan?" Ucap Amelyn dengan selamba dan terus menuju ke rak buku untuk mencari buku yang boleh tolong untuk membuat projek mereka. "Oh.. sekejap aku tolong kau cari." Arisya menolong Amelyn mencari buku untuk membuat projek mereka dan tiba tiba

"Weyh! Lyn!!" Panggil Arisya gelabah sambil menepuk kuat bahu Amelyn di sebelahnya. "Aduh! Apa? Kau tak boleh panggil elok elok ke? Jangan la menjerit aku dekat sebelah kau ke ni"
Ucap Amelyn kegeraman sambil membelek buku dan masih focus untuk mencari buku. "Weyh! Tengok lah sekejap! Tu!" Ucap Arisya sambil menunjuk ke arah seseorang. "Apo?" Amelyn terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Arisya. Membulat matanya apabila melihat sosok yang
dikenalinya.

"Weyh! Dia buat apa kat sini? Siallah! Time ni jugak mamat ni nak muncul! Geram aku!" Ucap Amelyn seperti menahan marah apabila melihat tubuh Aidan tapi keningnya berkerut apabila melihat seorang gadis tengah memeluk lengan Aidan. "Tapi... Siapa perempuan sebelah dia? Nampak macam cantik tapi macam gedik?" Soal Arisya kepada Amelyn. "Kau ingat aku tahu ke? Tapi aku peliklah kau nak puji perempuan tu ke nak hina? Macam la diri kau tu bagus." Perli Amelyn kepada sahabatnya sambil menahan ketawa. Arisya pula sudah memandang tajam sahabatnya itu dan menjelingnya. "Tapi betul jugak kau kata... Bila aku tengok elok elok perempuan tu memang gedik.

Pakai tudung tapi singkat eh? Bijaknya lah anak mak." Perli Amelyn dan mengutuk perempuan itu sambil membelek buku. "Tengok! Kau pun mengutuk perempuan tu! Pastu mengata kat aku. Dua kali lima je kau dengan aku." Arisya sambung membelek dan mencari buku di rak itu Amelyn pula sudah gelak kuat di sebelahnya. "Oi! Oi! Jangan gelak kuat sangat! Ni library gila! Tak pasal pasal orang datang pastu tampar kita dekat sini kang jadi benda lain pulak!" Ucap Arisya dan terus menutup mulut sahabatnya itu supaya senyap. "Kau yang buat lawak aku pulak yang kena? Kau tahu tak usus aku ni dah nak terkeluar?" Amelyn masih gelak tetapi sedikit halus dan perlahan. "Oh usus kau dah nak terkeluar ek? Haa... Bagus lah kata macam tu jadi betul betul menangis kau!" Ucap Arisya dan gelak perlahan melihat muka Amelyn yang Sudah pucat itu. Takut lah tu!!

"Excuse me?" Sapa salah seorang gadis dan mereka terus berpaling serentak kepada pemilik suara itu. Membulat mata Arisya dan Amelyn apabila melihat gadis yang memeluk lengan Aidan tadi ada di depan matanya. Nada suara gadis itu seperti marah. "Yes?" Jawab Arisya dengan penuh sopan dan senyum manis ke arah gadis itu manakala Amelyn hanya senyum. "Korang ingat ni perpustakaan bapak korang ke?! Gelak macam orang gila!" Ucap gadis itu dengan nada marah dan membuat muka menyampah kepada Amelyn dan Arisya. Manakal Amelyn sudah mengetap bibir menahan amarah. Arisya pula sudah memandang tajam ke arah gadis di depannya. "Excuse me miss... Kalau awak nak cari pasal better miss pergi dan saya tak marah kalau miss nak tegur kami sebab buat bising dekat perpustakaan tpai saya rasa miss boleh je cakap elok elok?" Ucap Arisya cuba mengawal amarahnya. "Hello? You cakap apa tadi? Oh sekarang ni you nak salahkan I lah?" Ucap gadis itu dan cuba menahan marah. "Ada ke kawan saya cakap dia salahkan awak? Saya rasa dia hanya tegur je... But kalau awak tak puas hati sebab kawan saya ni tegur dengan cara kasar cuba awak fikir adakah awak mengguna cara yang elok dan baik untuk menyapa dan menegur kami puan?" Ucap Amelyn dengan sinis gadis itu terus beredar dari situ dengan raut wajah tidak berpuas hati.

"Nak mengadu kat Aidan la tu." Ucap Amelyn kepada Arisya. "Of course! Dia mesti cakap macam ni ehem!! ehem!!  'you... Ada dua orang perempuan ni dia cari pasal dengan I' perli Arisya dengan suara sengaja menjadi pickme sambil membuat gaya gedik dan Amelyn terus membuat gaya muntah. Mereka terus gelak apabila membayangkan jika perkara itu terjadi.

Dia Milik Aku! [COMPLETE]Where stories live. Discover now