Bab 11🔥

11 1 0
                                    

Hari yang dinanti nantikan dan membuatku berdebar kini sudah tiba, iaitu hari perkahwinan ku dengan Aidan.
Aku hanya senyap dan termenung melihat mukaku yang sudah di solekan oleh MUA kawan kepada adik Aidan, Aliya. Anak dara tapi dah jadi MUA? Eh! Bukan... Aliya ni pandai mekap. Jadi Datin Rosmah menyuruh Aliya menjadi MUA sementara untuk perkahwinan aku. Memang cantik hasil tangan Aliya ni.

"Cantiknya, bakal Kakak ipar saya ni! Untung abang Aidan dapat akak!" Puji Aliya dengan nada teruja oleh hasil tangannya sendiri. Kakak? Yup! Aliya masih sekolah menengah tingkatan 5. Baru nak habis SPM tapi pandai mekap. Macam tak percaya je kan?

"Takpelah untung sangat pun... Akak ni biasa biasa je. Terima kasih Aliya sebab sudi jadi MUA untuk hari perkahwinan akak." Ucapku dengan senyuman paling manis.

"No hal la kak! Aliya okay je... Liya harap, akak teruja atau terima lah dengan hasil tangan Liya yang tak seberapa ni." Ucap Liya sambil membalas senyumanku.

Saat itu juga kawanku memberitahu bahawa pengantin lelaki dah tunggu di bawah dan aku merasa jantungku sudah seperti mahu keluar dari dada sebab takut! Kawan? Yes! Arisya.

Aku terus berdiri untuk melangkah ke bawah tapi, sebelum tu sempat aku menilik melihat bajuku di pantulan cermin yang tersedia di dalam bilik. Apabila sedikit puas hati dan melihat tiada sebarang masalah. Aku terus melangkah ke bawah bersama Arisya. Manakala Aliya sudah berlalu pergi sejak tadi lagi.

Aku menggenggam erat tangan sahabatku apabila mendengar suara riuh rendah di ruang tamu. Namun, ruang itu kembali sunyi apabila melihat pengantin perempuan mula turun dan duduk di atas pelamin. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman buat mereka.

Sempat aku melihat wajah Aidan yang membuat riak biasa. Tanpa sebarang perasaan. Aku tahu dia terpaksa kahwin denganku, dan itu membuat aku takut dan risau apabila aku duduk berdua dengannya nanti.

Habis sahaja akad nikah, Aidan menghilang untuk menunaikan solat. Selesai sahaja menunaikan solat, Aidan menghampiri ku untuk membuat pembatalan wuduk. Aidan menyarung cincin di jari manis ku dan aku membuat perkara yang sama.

Selesai sahaja menyarung cincin, macam biasalah semestinya ambil gambar. Setelah itu menjamu selera. Perkara itulah yang aku buat sepanjang harini. Penat tak usah dikata!

Malam sudah tiba dan mommy Aidan menyuruh Aidan untuk membawa ku  masuk ke dalam bilik dan rehat kerana melihat aku yang seperti menahan mata dari mengantuk dan seperti sedikit lenguh badan.

Masuk sahaja ke dalam bilik Aidan menyuruhku untuk mandi. Aku hanya turutkan sahaja apabila melihat wajahnya yang sedikit bad mood tanpa sebab.

Selesai sahaja aku mandi dan memakai pakaian aku keluar dari bilik air dan melihat Aidan yang melangkah masuk ke dalam bilik air. Aku duduk di birai katil sambil melihat telefonku.

Namun pergerakan ku terhenti apabila mendengar pintu bilik air terbuka dan mataku terus melihat ke arah bunyi. Mataku terus meluas apabila melihat yang Aidan hanya bertuala separas pinggang sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala yang lain.

Apabila merasa diri diperhatikan, Aidan terus melihat ke arah ku dengan wajah biasa tanpa sebarang riaksi.

"Lama betul tenung aku. Aku tahu la badan aku ni seksi. Tapi tak perlu sampai nak tenung aku macam nak telan." Ucap Aidan dengan yakinnya dan tidak ada rasa malu.

Terus melopong mulutku apabila mendengar nya. Siapa nak tengok dia?! Seksi?!? "Saya takde niat pun nak tengok awak. Maaf kalau awak marah atau tak selesa" aku meminta maaf kepadanya. Mana tahu kalau Aidan tidak suka aku memandangnya yang tidak memakai baju.

Aidan tidak menjawab dan menyarung baju T-shirt berwarna hitam dengan seluar pendek berwarna kelabu.

"Kau jangan ingat aku kahwin dengan kau sebab cinta. Tapi sebab terpaksa dan aku tiada pilihan lain. Kau faham kan maksud aku?" Soal Aidan serius dengan wajah bekunya.

Aku hanya angguk mengiyakan. "Saya faham." Aku menunduk.

"Kau jangan panggil aku abang atau awak aku tak suka. Panggil aku tuan." Aku terus angkat muka memandangnya dan angguk.

"Baik tuan." Ucapku dengan sopan.

Dia Milik Aku! [COMPLETE]Where stories live. Discover now