Aidan duduk di atas kerusi kerjanya. Dia hanya melihat di komputer nya. Masih terfikir oleh kepergianku. Aidan membuat kerjanya seperti biasa.
"Weyh! Bro! Kau buat apa?" Soal Zulkifli kepada Aidan. Zulkifli ialah kawan rapat Aidan. Senang kata kawan lama.
"Kau memang tak boleh ketuk pintu dulu ke? Siallah!" Marah Aidan kepada kawannya yang seorang itu. Geram sungguh dia. Tidak ada dijemput tiba-tiba terjah dia tanpa ada salam. Nasib tidak tercabut jantungnya kerana terkejut.
"Relakslah! Kau ni! Asyik jadi bapak rimau je!" Berkerut dahi Zul tidak puas hati dengan kawannya itu.
Meluas mata Aidan mendengar perkataan yang diucap oleh kawannya itu. Bapak rimau? "Apa kau cakap tadi? Bapak rimau? Muka macam aku ni bapak rimau? Kau buta ke?" Dahi Aidan pula berkerut tanda tidak puas hati dengan kawannya itu.
"Kalau aku buta kau pekak. Adil sikit." Ucap Zul dengan tidak bersalahnya dan selamba sahaja mukanya.
"Aku datang ni nak ajak kau pergi minum dekat kafe. Alang-alang tu aku belanja kau." Zul pergi ke topik sebenar kenapa dia datang sini.
"Aik? Bila masa kau ada niat nak belanja ni bro? Takde angin takde ribut. Tiba-tiba nak belanja. Tapi baguslah. Jimat sikit duit aku." Sempat Aidan menyindir kawannya itu.
"Aku sebenarnya nak kahwin!" Hampir tercabut jantung Aidan mendengarnya. Kahwin? Kawan aku nak kahwin?
"Kahwin? Kau gurau apa ni bro?" Aidan kurang percaya sahabatnya itu. Yelah. Sahabatnya yang satu ini suka bergurau.
Zul menjeling kawannya itu. "Kenapa? Salah ke? Tak pun..." Sempat Zul membuat nada mengejek kepada Aidan yang memandangnya dengan mata terkebil-kebil.
"What the fu..." Tidak sempat Aidan mengahabiskan ayatnya, Zul mencampak file betul betul di muka Aidan.
"What?! Aku tak habis cakap lagi! Si..." Sekali lagi kawannya itu memotong kata kata Aidan tadi dengan membuat gaya seperti mahu melempar file sekali lagi.
"No, carut carut! Berdosa!" Zul memandang tajam kawannya itu. Kawan dia memang perangai macam ini. Mulut longkang!
Aidan menjeling kawannya itu dengan riak tidak puas hati. Lalu memori tentang diriku kembali terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Rindu. Tapi sedaya upaya Aidan menahan supaya tidak menitiskan air mata. Perasaan menyesal masih ada.
YOU ARE READING
Dia Milik Aku! [COMPLETE]
РазноеSeorang gadis yang malang kerana dihina , dimaki dan yang bernasib malang dibuang oleh keluarganya kerana menganggap dia tidak berguna. Namun semuanya menjadi lebih teruk apabila Amelyn berjumpa dengan seorang lelaki bernama Aidan iaitu seorang yang...