bab 6 🔥

8 0 0
                                    

Harini hari di mana mereka akan pulang ke University dan akan masuk ke Semester baru. Mereka sedang mengemas barang mereka supaya tidak ada satu pun yang tertinggal. Amelyn meletakkan beg pakaiannya di tempat sepatutnya dan melihat pemandangan yang indah itu buat kali terakhir. Konon! Macam lah tak boleh pergi sendiri! HAHAHAAHA

"Tak sangka dah balik dah kita." Ucap Arisya sambil memeluk bahu Amelyn dengan kuat. "Kau nak peluk aku ke dera aku ni?" Soal Amelyn dan tajam memandang ke arah Arisya. Sahabatnya itu hanya ketawa melihat Amelyn marah. "Nanti kalau kau dah habis semester kau nak sambung belajar lagi ke?" Soal Arisya kepada Amelyn. Amelyn memandang kawannya dan mengangkat bahu. Ya, dia sendiri pun tidak tahu. Sebab dia tak pernah fikir pasal sambung belajar. Pelik kan?

"Kalau aku kalau boleh lah, aku sambung sebab takkan nak kahwin? Aku nak enjoy dulu." Ucap Arisya sambil membuat gaya enjoy dengan nada gembira. "Kahwin jugak yang dia fikir." Amelyn menjeling kawannya malas mahu melayan.

Selepas itu mereka sudah diarahkan untuk masuk ke dalam bas dan bersiap sedia untuk pulang!

Sepanjang perjalanan kebanyakan pelajar tidur termasuklah Amelyn!
Arisya? Hump! Dengar lagu bertiktok semua tu dia punya kerja. Tidur? Lambert lagi. Katanya rugi kalau tak buat kenangan.

Beberapa jam perjalanan akhirnya sampai juga dan semua pelajar mengambil beg pakaian masing masing dan bergerak menuju ke penthouse masing masing. Lagipun penthouse dekat je dengan universiti. Hehe. Sampai sahaja di penthouse aku terus merebahkan badanku di atas katil dan menutup mata sebentar. Sebentar? Mana boleh percaya!

Keesokan harinya (weekend)

"Weyh! Lyn! Kau taknak jalan jalan ke Harini? Aku bosan lah duduk rumah."
Ucap Arisya kepada Amelyn yang masih lena itu. Terpaksa juga Amelyn membuka matanya dan membuat silang pangkah tanda tidak. Arisya yang melihat itu terus mengambil bantal dan menekup ke muka Amelyn. Amelyn terus meronta untuk dilepaskan baru lah Arisya lepaskan. Kalau tak mati dia.

"Pahal kau ni?! Kejut elok elok lah aku penat lah." Ucap Amelyn dan baru sahaja mahu baring tubuhnya ditolak sehingga jatuh dari katil. "Nak tidur kan? Tidur lah! Atas lantai tu!" Arisya terus keluar dari bilik itu manakala Amelyn masih menggosok pinggangnya yang sakit akibat tolakan agak kuat itu. Bukan biasa biasa ya kawan dia ni.

Amelyn termenung di tingkap dan sambil bermain telefonnya. Bosan. Tapi penat. "Woi Risya! Sini sekejap!" Amelyn memanggil Risya sedikit kuat dan tanpa perlu menunggu lama Risya datang dengan muka tertanya tanya. "Kau dah masak?" Soal Amelyn. Lapar. "Belum. Sebab barang masak dah habis." Jawab Arisya tenang dan santai. "Pastu? Kenapa tak beli?" Soal Amelyn. "Beli? Kau suruh aku pergi beli sorang sorang dekat pasaraya tu?" Soal Arisya dengan memerli.

Amelyn menjelingnya "fine! Aku teman kau jalan tapi kita pergi pasaraya and kau order grab." Terus melebar senyuman Arisya dan terus pergi bersiap manakala Amelyn hanya perlu menukar baju kerana dia baru mandi. Setelah siap Amelyn melilit shawl sampah puas dan rapi dia terus beredar dari bilik dan keluar dari pintu dia nampak Arisya tengah menunggunya sambil memakai kasut.

"Kau nak beli apa untuk masa harini?" Soal Amelyn kepada kawannya itu. "Aku nak buat ayam butter je harini." Ucap Arisya dan melihat list yang dia sudah tulis di kertas. "Aku nak pergi ambik pencuci muka sebab dah habis kau nak ikut tak?" Soal Amelyn kepada Arisya yang ralik baca list kertas itu. "Tak nak. Tapi kau jaga diri kau elok elok aku tunggu dekat tempat beras." Amelyn mengangguk dan melangkah ke tempat yang dia cari. Sampai sahaja di sana dia terus mencari pencuci muka yang selalu dipakainya. Setelah jumpa dia terus mengambil dan pergi ke tempat beras sebab kawan dia tunggu kat tempat beras.

PAP!

"Aduh! Eh... Sorry encik saya tak sengaja." Amelyn meminta maaf kepada jejaka yang berlanggar dengannya itu. Jejaka itu senyap dan hanya melihatnya. Amelyn mengangkat muka dan memandang jejaka itu. Membulat matanya apabila jejaka di hadapan sekarang nya ini ialah Aidan!
Amelyn terus menunduk. Jejaka itu tersenyum sinis.

"I will make you suffer one day" gumam jejaka itu dan terus meninggalkan Amelyn yang masih blur seakan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Aidan. Tapi dia membuat tidak tahu sahaja.

"Lama betul kau pilih pencuci muka." Gumam Arisya kepada sahabatnya itu. Berjam jam jugak dia tunggu si Lyn cari pencuci muka. "Hehe.. sorry babe! Kau dah siapa beli ke?" Soal Amelyn apabila melihat barang di dalam troli. Banyak jugak. Arisya mengangguk dan menarik tangan Amelyn untuk pergi bayar.

Dia Milik Aku! [COMPLETE]Where stories live. Discover now