231 17 0
                                    

Seperti biasa, aku dan Hawa mengemas dahulu sebelum kedai kami dikunjungi oleh pelanggan.

Namun kali ini, firasat anehku tiba-tiba menyelubungi diriku. Entah apakah yang akan berlaku kepadaku pada hari ini.

Hawa menukar gantungan papan kecil di pintu yang tertulis 'CLOSE' kepada 'OPEN', menandakan kedai kami sudah bersedia menerima pelanggan.

Pelanggan mulai datang memunculkan diri satu persatu. Ada hari pelanggan ramai, adakalanya tidak; sehinggakan kami terpaksa meminta bantuan tenaga dari makku sendiri.

Dalam tidak sedar, jarum pendek pada jam tanganku sudah menunjukkan pukul 2.

"Hawa, jom lah rehat dulu. Makan dahulu ataupun Zohor?" aku menyapanya dengan perlahan.

Dia mengerling ke arah jam yang ada pada dinding.

"Pukul dua dah? Patutlah aku lapar semacam. Takpe kita solat dulu baru pergi makan. Okay?" sambil Hawa membuat isyarat tangan 'OK'.

Aku mengangguk-angguk kepalaku seperti ayam mematuk tanah. Hawa berlari anak menuju ke pintu untuk menukar papan kecil yang bertanda 'OPEN' kepada 'CLOSE'; untuk memberi ruang kepada kami berehat makan sebentar.

Selesai sahaja solat Zohor, kami berdua menuju ke kereta yang di parkir di hadapan kedai bungaku. Memang betul sangkaan ku pagi tadi, kereta mewah misteri tanpa identiti parkir tepat bersebelahan keretaku.

Aku berdiri kaku sambil mengerling tajam melalui mata ekor.

"Hawa..." aku memanggilnya dengan perlahan sambil memberi isyarat menggunakan mataku; untuk melihat kereta mewah itu.

Jari telunjukku di letak ke mulutku; memberitahunya agar senyap. Hawa perlahan-lahan menoleh untuk melihat kereta mewah itu.

Alangkah terkejutnya, kedua-dua tingkap kereta tersebut telahpun diturunkan, menampakkan sosok misteri yang duduk di bahagian pemandu. Sosok tersebut tersenyum sinis melihat gelagat kami. Sambil membalas senyuman sosok itu, kami melangkah laju ke kereta aku yang bersebelahan dengan kereta itu.

"Lea. Kau nampak tak? Laki tu...dia senyum wehh..." Hawa menutup cepat pintu kereta selepas masuk ke dalam; seolah-olah takut sosok tersebut tiba-tiba membuka pintu kereta yang kami naiki.

"Haah. Aku nampak jugak weh. Apasal lah laki tu pakai cermin mata hitam? Tak menyempat nak tengok muka dia." aku menyambung perbualan kami dengan rancaknya.

"Agak-agaknya lah kan. Kenapa dia senyum kat kita sampai manis macamtu sekali?" Hawa memandang mukaku; lagaknya seperti seorang murid yang menunggu jawapan daripada cikgunya.

"Alah kau ni. Senyum kan sedekah. Tak salah kalau senyum kan. Dapat pahala, ye tak?" aku membalas jawapannya bersahaja sambil menjongket kening sebelahku.

Aku menoleh ke sebelah kananku; tempat dimana kereta lelaki itu parkir. Cermin keretanya telahpun dinaikkan

"Mungkin dia kerja dekat kawasan ni jugak kot..." kataku di dalam hati.

CEO dan Gadis Penjual BungaWhere stories live. Discover now