173 9 0
                                    

Ketika dalam perjalanan hendak kerumah, aku baru teringat akan sejambak bunga yang aku pesan dari makcik bunga pagi tadi.

Aku melihat ke arah jam tanganku. Jarum pendek telahpun menunjukkan nombor 3.

"Sempat nih ambik bunga." pacuan 4 rodaku dipandu dengan berhemah, risau akan kejadian tengahhari tadi berlaku kembali.

Tidak sampai satu jam, keretaku telah selamat parkir dihadapan kedai bunga. Enjin kereta dibiarkan hidup sementara aku duduk melayani lagu yang berkumandang dari radio.

Mataku tiba-tiba menjadi berat; memberi peringatan kepadaku bahawa aku akan tidur bila-bila masa sahaja lagi. Aku menyandar dengan selesanya, sehinggakan aku tertidur di dalam kereta.

"Awak..." sayup kedengaran suara memanggilku dari jauh. Aku cuba untuk mencari gerangan siapakah yang memanggilku.

Semakin aku berjalan ke arah suara, semakin kuat bunyinya.

"Awak nak bunga..." dari pandangan kabur, berubah menjadi semakin jelas.

Aku terkejut apabila gerangan yang memanggilku rupa-rupanya adalah anak kepada makcik bunga, Rose.

"Ehh..." aku menggumam perlahan. Belum sempat aku menyentuh tangan lembutnya, tiba-tiba aku tersedar dari mimpiku.

"Lahh, mimpi rupanya." aku mengusap mukaku dengan perlahan sambil melihat ke luar tingkap.

"Gelap dah! Pukul berapa dah ni?!" aku cepat-cepat melihat ke arah jam tanganku; menunjukkan nombor 6.

Aku mengangkat mukaku untuk melihat kedai bunga dihadapanku. Papan kecil yang bertanda 'CLOSE' sudahpun di gantung di pintu.

Telefon yang berada di tempat duduk penumpang sebelah ku diambil dengan cepat oleh ku. Aku cepat-cepat mendail makcik bunga.

Tutttt..tutttt... Tutttt..tutttt

"Nombor yang anda dail..." aku terus mematikan panggilan itu.

"Esok jelah aku call makcik bunga tu..." dengan perlahan, pacuan 4 roda ku berlalu pergi meninggalkan kedai bunga itu.

CEO dan Gadis Penjual BungaWhere stories live. Discover now