BAB 2 (Rose)

238 16 0
                                    

Dalam perjalananku untuk balik ke rumah, aku perasan bahawa ada satu kedai bunga yang berada di bangunan baru itu.

"Tak pernah nampak pun kedai bunga ni. Baru buka ke?" aku bertanya kepada diriku sendiri.
Kereta dipanduku seperti biasa; tidak terlalu laju atau perlahan.

Aku memarkir keretaku tidak jauh daripada kedai bunga itu. Bunga-bunganya nampak segar sekali.

Tanpa membuang masa, aku keluar daripada keretaku dan melangkah ke kedai itu.

"Hai puan, segar-segar bunganya ya." aku cuba untuk berborak dengan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun.

"Ye betul. Mestilah kami jual yang segar punya. Barulah pelanggan pun suka. Betul tak?" makcik tersebut membalas percakapan ku sambil tersenyum.

"Makcik, ada ros tak" aku bertanya kepadanya secara spontan.

Makcik itu cepat-cepat menoleh, "Bunga ros ke atau orang yang bernama Rose?" dia menjongket kening sebelahnya.

"Eh...Tak...Maksud saya bunga ros?" aku cepat-cepat menjawab persoalannya dengan kelam kabut.
"Siapa pulak Rose ni..." sekadar bertanya di dalam hatiku.

Selepas aku memperjelaskan tentang salah faham sebentar tadi, makcik itu terus melihatku dengan senyuman sinis.

"Bunga rupanya. Kalau adik nak tahu, pemilik kedai ini pun bernama Rose. Makcik ingat adik nak jumpa dengan anak makcik, Rose namanya." tangannya sibuk menyusun bunga ros yang segar dihadapanku sambil membalas percakapanku.

"Ohhh..." aku hanya sekadar mengangguk perlahan, tetapi jiwaku meronta-ronta ingin tahu siapakah gerangan Rose yang makcik tadi sebutkan.

Bunyi deringan telefon secara tiba-tiba mengejutkan kami berdua.

Makcik memandang mukaku seolah-seolah bertanya adakah bunyi itu datang daripadaku.

"Ehh, rasanya bunyi tu datang dari telefon makcik. Telefon saya kalau tak silap dalam keadaan senyap." aku tersenyum kelat.

Setelah dia mendengar penjelasanku, barulah tangannya mula meraba-raba poket seluarnya.

Sesudah bunyi deringan itu berhenti, dia mengeluarkannya dari poket seluar dan membelek skrin telefon tersebut.

Keadaan senyap dalam beberapa minit. Aku berasa kekok.

"Um..." suaraku memecah kesunyian antara kami berdua.

"Alamak, mintak maaf ye dik. Makcik memang macamni, kalau dah pegang telefon ni memang susah nak berhenti." tergelak kecil aku mendengar percakapannya.

"Tak apa, saya faham. Umm...boleh tak kalau saya nak order satu jambangan bunga ros. Tapi saya taknak harini."

Mata makcik terkebil-kebil seolah dalam kebingungan.

"Aaaa...maksud saya, nak tempah bunga untuk esok. " aku memperjelaskan sekali lagi kepada makcik itu.

"Ohhh..." panjang bunyi 'oh' makcik. "Jadinya ambik bunga esoklah?" makcik bertanya kepadaku.

"Ha ye! Betul tu makcik" aku menunjukkan isyarat tangan yang seperti logo Nike ke arah makcik sambil tersenyum.

Makcik itu tergelak kecil melihat gelagatku.

"Apa kata saya ambik nombor telefon makcik? Bolehlah nanti saya bagitahu bila saya ambik bunganya." aku berkata dengan bersahaja, tanpa menganggap makcik itu betul-betul hendak memberi nombor telefonnya kepadaku.

"Boleh dik boleh...Nah, adik salinlah nombor adik kat telefon makcik. Nanti kalau nak tempah bunga, boleh roger-roger makcik." sambil makcik itu membuat isyarat tangan telefon ke telinga.

Telefonnya dihulur kepadaku, membuatkan aku cepat-cepat mengambil dari tangannya. Seperti yang dimahukan oleh makcik itu, aku menambahkan nomborku kedalam kenalannya lalu terus membuat panggilan ke nomborku.

Tanpa tak sengaja, aku ternampak gambar latar belakang telefon makcik itu. Mungkinkah perempuan itu yang bernama Rose?

"Alamak, cantiknya..." aku berkata di dalam hati.

CEO dan Gadis Penjual BungaWhere stories live. Discover now