bab 23

57 7 0
                                    

Sampul surat berwarna coklat yang tebal dicampak ke bawah tanah. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajahnya yang kosong tanpa emosi dipandang Kamal. Sekejap matanya memandang sampul surat itu dan kemudian merenung kornea milik Faleq.

Dia turut meniru gaya Faleq dengan bersahaja. Lantas, menundukkan tubuhnya dan mengambil apa yang dibaling Faleq tadi. Cuba mengintai isi yang begitu tebal itu.

Matanya membuntang melihat duit berwarna ungu. Bukan sehelai atau dua helai tapi berhelai-helai. Bahkan boleh dijadikan bantal untuk tidur.

"Ahem! Asal kau bagi duit ni kat aku?" Kamal bertanya. Hairan kenapa Faleq memberi duit dengan sejumlah wang yang besar.

"Supaya kau berhenti ganggu Rina. Guna duit tu untuk hidup kau dan mak kau." Katanya.

"Mana cukup ni. Kau ingat kitaorang makan sekali sehari ke?"

Dah bagi duit tak bersyukur pula! Patut dia dan Kuntom yang berada di tempat Rina sewaktu rumah mereka terbakar.

"Kalau tak cukup, kerja. Senang. Aku bukan hamba kau yang nak kena sediakan semuanya depan mata kau. Dah, aku nak balik. Ingat, jangan kacau Rina lagi. Kalau aku dapat tahu kau kacau dia sebab duit dan sebagainya, sebelah mata kau pula yang lebam nanti." Kata Faleq. Sempat dia mengugut Kamal sebelum melangkah pergi dari rumah satu tingkat yang dibelinya beberapa hari lalu.

Teringat kejadian yang dia kena tumbuk dengan Faleq sewaktu itu meremangkan tubuhnya. Sakitnya masih terasa.

"Hmmm, tengoklah. Habis tu, Rina duduk mana?"

"Dengan aku."

"Dengan kau? Kauorang belum kahwin lagi. Asal pula nak duduk sama-sama?" Berkerut keningnya.

"Jangan risau. Aku bukan 'jantan', aku lelaki. Aku tak akan buat apa-apa pada dia selagi dia belum bergelar isteri aku yang sah." Tuturnya dan melukis senyum senget pada wajah. Berbunga-bunga hati ini apabila mengeluarkan perkataan 'isteri' dari mulut. Bayangkan saja sudah melebarkan senyuman sehingga nampak gigi belakang.


"Siapa yang kau jumpa kat luar tu? Lelaki yang suruh kita duduk sini ke?" Soal Kuntom seraya mengunyah kuaci di hadapan tv.

Sampul yang berisi dengan duit dilemparkan ke atas lantai. Seolah-olah menyuruh Kuntom untuk memeriksa sendiri apa yang diberi Faleq tadi. Malas hendak dia berkata-kata.

Pantas tangan Kuntom mencapai dan melihat. Riak wajahnya sama seperti anaknya.

"Itu yang lelaki tu bagi. Dia kata kalau tak cukup kerja tapi memang taklah orang nak kerja."

"Banyaknya dia bagi. Dia tu orang kaya ke, huh? Sampai boleh rumah cash sekelip mata." Ujarnya. Tergamam dengan tindakan Faleq. Kaya-raya betul jejaka itu.

"Agaknya. Tapi kan mak, tadi masa orang tanya Rina duduk mana dia jawab yang diaorang duduk bersama. Gilalah. Tak sangka Rina tu murah sangat. Muka nampak suci tapi haram jadah juga perangai." Kutuknya.

"Lantaklah, yang penting aku dapat duit banyak macam ni. Nanti kalau dah habis kau minta lagi pada dia."

Kuntom pun boleh tahan sama naik perangai.

"Tak naklah. Karang tak pasal-pasal kena tumbuk lagi. Dia dah warning orang dah." Bantahnya. Cukup sekali sahaja dia merasa hadiah daripada Faleq. Minta nyawalah!





Sudah larut malam tapi mata masih tidak tertutup rapat. Sudah mengantuk tapi siapa sahaja boleh tidur di tempat baru yang lagi janggal? Pusing kiri, tidak selesa. Pusing kanan juga tidak dapat tidur. Akhirnya dia menyerah. Mencapai tudung jersi shawl berwarna hitam yang masih berada di dalam beg lalu dililitkan di atas kepala.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang