6. Siapa dia?

67 4 0
                                    

Menjelang malam, Mat Deris keluar meninggalkan rumah setelah dia memberitahu kepada Pak Cik Ahmad dan isterinya, Mak Cik Lijah. Dia telah membohongi pasangan suami isteri itu dengan menyatakan bahawa dia
keluar untuk pergi menemui seorang kawan lamanya tetapi tujuan sebenar Mat Deris keluar pada senja itu adalah untuk pergi ke tempat lain.

Mat Deris keluar rumah dengan tidak menggunakan keretanya sebaliknya dia hanya menaiki bas untuk menuju ke Kampung Pandan. Apabila sampai
di tempat yang ditujuinya, dia segera membunyikan loceng lalu bas berwarna biru kelabu itu berhenti.

Mat Deris turun lalu menyelinap di celah-celah rumah yang didirikan berhimpit-himpit itu. Rumah
yang ingin ditujuinya ialah rumah Pawang Khamis, seorang pawang yang terkemuka di kawasan itu.

Pawang Khamis sudah berusia tujuh puluh lima tahun tetapi masih kuat macam lelaki berusia empat
puluh tahun. Begitu jugalah dengan raut wajahnya.

Mukanya kelihatan masih muda dan tidak berkedut. Rambutnya juga masih belum ditumbuhi uban masih hitam sepenuhnya. Setelah tiga kali berubat dengan Pawang Khamis, penyakit ganjil yang dialami oleh rakan Mat Deris itu telah sembuh dan
pulih seperti sediakala.

Apabila mengalami kejadian-kejadian ganjil ke atas dirinya sejak kebelakangan ini tiba-tiba Mat Deris teringat kembali kepada Pawang Khamis. Dia ingin meminta pertolongan daripada Pawang
Khamis bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu. Rumah yang didiami oleh Pawang Khamis itu kelihatan tidak berubah. Masih sunyi. Masih sepi. Mat Deris memang tahu akan puncanya kerana di rumah itu hanya Pawang Khamis dan isterinya sahaja yang tinggal. Pokok-pokok besar yang tumbuh di keliling rumah itu kini sudah semakin membesar lalu menambahkan lagi kesepian dan lebih menyeramkan tambahan pula rumah yang didiami oleh Pawang Khamis itu tidak mempunyai bekalan elektrik.

Dengan langkah yang agak ragu-ragu, Mat Deris memberanikan hati memasuki perkarangan rumah buruk yang menyeramkan itu. Mat Deris menghampiri pintu lalu terus mengetuknya beberapa kali. Tidak berapa lama kemudian terdengar satu suara dari dalam rumah.

"Siapa?"

Mat Deris memang sudah mengenali akan suara itu. Suara isteri Pawang Khamis

"Saya, Mat Deris!"

Tidak terdengar lagi suara dari dalam rumah. Yang dapat didengaroleh Mat Deris ketika itu hanyalah bunyi langkah kaki orang menuju ke arah pintu. Kemudian pintu rumah itu pun terdedah.

"Selamat malam, wan," ucap Mat Deris apabila melihat perempuan tua itu berdiri tercegat di muka pintu.

Perempuan tua itu memandang ke arah Mat Deris dengan pandangan yang lemah. Matanya kelihatan agak kuyu. Mungkin dia sudah tidak ingat lagi siapakah anak muda yang berdiri di hadapannya itu.

"Wan tidak mengenali saya lagi?" Tanya Mat Deris sambil tersenyum memandang tepat ke muka perempuan tua itu, "dulu saya telah beberapa kali datang ke sini bersama rakan saya yang bernama
Bahari!"

"Ohhh..." sahut perempuan tua itu, "masuklah!"

Mat Deris terus masuk ke dalam rumah buruk yang didiami oleh Pawang Khamis dan isterinya itu. Mat Deris terus saja masuk ke dalam rumah tanpa perlu membuka kasutnya terlebih dahulu kerana
rumah buruk itu memang berlantaikan tanah.

"Atuk pergi ke mana?" Tanya Mat Deris apabila dia tidak ternampak akan kelibat Pawang Khamis didalam rumah itu.

"Dia ada di belakang rumah," terang perempuan tua itu sambil tersengih, "dia sedang menangkap ayamnya yang suka benar tidur di atas pokok. Dibuatkan reban pun, masih mahu tidur di atas pokok!"

Setelah suasana menjadi sepi untuk beberapa ketika kerana mereka tidak berkata-kata, tiba-tiba perempuan tua itu kembali bercakap tentang ayamnya.

"Ayam-ayam kami memang selalu hilang. Baru semalam hilang lagi seekor," ujar perempuan tua itu sambil mengunyah sirihnya, "mungkin dimakan ular agaknya. Awak tunggu sebentar biar wan panggilkan atukmu itu!"

Berkasih Dengan PontianakWhere stories live. Discover now