Arif berpikir dimana harus mereka tinggal,Arif kemudian mendapat idea untuk pergi ke rumah Rahman
——————————
Seteleh tiba di rumah Rahman
Arif memberi salam "ASSALAMUALAIKUM,RAHMAAAAN!"
Arif memberi salam dengan nada yang kuatRahman membuka pintu lalu bertanya "kau nak apa?"Rahman melihat 3 beg yang digendong oleh Arif dan tertawa "Kau dah jadi pelarian ke?Mak kau buang kau?"soal Rahman lalu bergegas mengambil telefonnya untuk mengambil gambar.
Arif berkata "kalau aku tinggal sini boleh?"soal Arif dengan nada lembut
Rahman tergelak "HAHAHAHAHAHA,kau nak tinggal kat rumah mewah ni?Jangan harap!Orang miskin cam kau tak layak jejak kaki kat rumah ni!"Rahman menghempas pintu dengan kuat di hadapan Arif
Aiman menoleh ke Arif dan menyoal "Abang ngan Abang man gaduh ke?"soal Aiman ingin tahu
Arif hanya tersenyum manis dan keluar dari pagar rumah tersebut,Arif kemudian mengeluarkan kertas yang mempunyai nombor telefon Hussin."kalau ada apa2 problem,kau call je aku"kata2 Hussin kuat didengar didalam otak Arif
Arif menggaru belakang kepala "Aku takde fon,cam mana ni?"tiba-tiba,terdapat kereta Proton X50 bergerak perlahan seperti ingin memparking kereta disitu.Lelaki didalam kereta tersebut keluar lalu berjalan ke Arif "Heh!?kau buat apa kat sini!?"soal lelaki tersebut
Arif melihat pakaian lelaki tersebut yang berkot biru tua dan memakai tali leher merah "ni mesti bapak Rahman,mana tumpah kuah kalau tak ke nasi?"kata Arif didalam hati "saya nak pinjam fon pakcik boleh,saya nak call someone" soal Arif
Lelaki tersebut hanya membuat muka bengis dan menolak Arif dan adiknya keluar dari kawasan rumah "Jangan kau jejak kaki kau tu kat kawasan rumah aku!"jerit lelaki itu lalu masuk kedalam kereta untuk sambung parking rumahnya
Arif hanya membuat muka jijik "Ingat aku batak sangat ke nak masuk rumah kau?"kata Arif ngan nada kecil
Arif memimpin tangan adiknya dan berjalan ke arah sekolah "mana pak guard ni?"soal Arif
Tiba-tiba,Arif terdapat merasa sentuhan di bahu kanannya dan menoleh "Hussin!Terkejut aku,kau buat apa kat sini?"soal Arif apabila melihat Hussin dibelakangnya
Cikgu Hussin hanya tersenyum dan berkata "Aku tertinggal dokumen aku kat bilik guru,aku kena gi amik nak siapkan dokumen tu sebelum GB mintak"kata Hussin
"Yang kau buat apa kat sini?Dengan begnya"soal Hussin lalu melihat 2 budak cilik dan bertanya "Adik kau?"
Arif hanya angguk "mak aku halau kita orang dari rumah,sebab tadi si gergasi tu datang rumah nak jual adik2 aku.Dia kata kita orang menyusahkan tulah dia halau"kata Arif
Hussin berkata dengan nada tegas "masuk kereta aku"Arif dan adiknya hanya menurut dan masuk kedalam kereta Hussin
——————————
Setelah Hussin mengambil dokumen yang diperlukannya,dia membawa mereka bertiga ke rumahnya"Masuklah,anggap je ni rumah korang"pelawa Hussin terhadap mereka
Arif melihat ruang tamu yang dekat dengan pintu masuk yang dihiasi dengan medal,sijil dan piala Hussin.
Ana menyoal "ini ruang tamu ke atau bilih hiasan?"soal Ana dengan selamba
Hussin hanya tersenyum "dua2 boleh"Hussin kemudian berkata "sana tandas,sebelah tandas ada bilik air,kat atas ada 3 bilik.Bilik tepi tangga tu bilik aku,Bilik lain korang boleh masuk kecuali bilik aku"kata Hussin
Arif mengangguk "ni sijil silat kau ke?Sampai ke peringkat negeri,dah berapa tahun kau bersilat?"soal Arif
"Adalah dalam 10 ke 15 tahun gitu"Kata Hussin "Tapi aku dah berhenti masuk gelanggang silat,senang cite aku dah tak bersilat"Kata Hussin dengan nada kecewa
Arif bertanya "Asal,kau lagi kuat dari aku.Tapi kenapa kau berhenti?"soal Arif dengan muka yang keliru
Hussin berkata "aku bukan yang terkuat,aku pernah ada saingan yang 10 kali ganda lagi kuat dari aku,tapi dia lumpuh sampai sekarang disebabkan aku"
Arif keliru "cam mana?Kan dia lagi kuat dari kau"kata Arif
Hussin pun membalas dengan mimik muka yang sedikit kecewa "Dia lumpuh sebab aku,teknik dia lagi hebat dari aku.Tapi aku takleh kawal kekuatan aku masa tu,tu yang dia lumpuh"kata Hussin
Arif berkata"sekarang kau dah boleh kawal kekuatan ke belum?"soal Arif
Hussin menggeleng "Bila dia lumpuh aku terus berhenti.Aku tak sangka yang pesaing aku yang aku anggap cam kawan tu lumpuh disebabkan aku"kata Hussin
Arif hanya membalas "kalau dia tak lumpuh,kau nak buat apa?"soal Arif
"Mungkin kita orang akan sambung sampai ke peringkat negara"kata Hussin
Arif hanya "ouuuuh" lalu berlari menaiki tangga untuk mengambil bilik disebelah bilik Hussin
Aiman dan Ana turut melakukan hal yang sama,mereka mengambil bilik di hadapan bilik Arif
————————————Di sekolah
Rahman melihat Arif yang dibaluti di muka dan di bibir,Dia menyiku seniornya "Itu lah budak pelarian tu,baru lepas kena halau semalam"
Geng mereka terus tergelak.Adam menjerit "Oi anak buangan!"mereka semua tergelak melihat Arif yang hanya mengabaikan mereka.
Adam mengejar si Arif dan memegang bahunya.Alif yang spontan terus memegang tangan Adam dan memulasnya hingga Adam tertunduk.
Mereka semua terkejut "Oi,lepaskan budak tu!"jerit seorang senior yang bernama Aidil
Aidil berkata lagi "ke kau nak kita orang belasah kau cam semalam?"mimik muka Aidil sedang senyum sinis kerana dialah orang yang memukul belakang leher Arif
Arif melepaskan tangan Adam "Aku tak kacau korang,jadi jangan kacau aku"kata Arif lalu berjalan ke arah kelasnya
Dia duduk di kerusinya dan mula melukis
Geng mereka berbisik antara satu sama lain seperti merancang sesuatu yang jahat
Mereka berjalan ke arah Arif dan melihat dia melukis "kalau kau taknak kita orang kacau kau,baik kau jadi hamba kita orang"kata Aidil
Arif pula membalas "Aku hanya hamba pada yang esa,korang pun sama.Jadi jangan sombong sangat"kata Arif lalu menjeling ke arah mereka
Mereka tergelak mendengar kata2 Arif "Takyah acah alim sangatlah,kau nak masuk madrasah pun tak mampu"kata Irfan
"Islam tidak memaksa kita belajar agama sampai ke madrasah,cukup tau apa halal haram,sifat nabi dan rasul,sifat allah,rukun iman dan rukun islam.Itu je"kata Arif
Adam memegang kolar baju Arif dan ingin mencampaknya,tetapi Arif mengangkat tangan "chill man,nak gaduh jangan dalam kelas aku lah.Kita gaduh kat belakang"kata Arif
Tengah vacation,ni pun tulis pakai laptop.So,Aku akan update next chapter esok atau lusa.Caw lu👋🗿
YOU ARE READING
Trust Issue | By Jemah
Teen FictionMurid sekolah berumur 15 tahun yang dikhianat dan mempunyai trust issue,dia juga menjalani hidupnya bagaikan seorang manusia biasa yang sebenarnya sedang merasa pahitnya kehidupan dan kesakitan yang dilaluinya.Di umur 16 tahun,dia berjumpa dengan be...